|-|Urt² 7

Romance Series 12069

Hazel melarikan diri untuk bersembunyi di atas bumbung bangunan melepaskan segala perasaannya.

"Hazel benar-benar berharap yang Tristan ada bersama dengan Hazel dekat sini."

Rayunya bersama tangisan juga di temani kesunyian malam.

Muncullah lelaki itu dari belakang menemani Hazel secara diam-diam untuk memastikan Hazel tidak keseorangan tanpa mengganggu dirinya yang sedang menangis tidak berhenti-henti untuk seketika.

"Tak perlulah kau bersembunyi dari aku sebab aku tahu yang kau ada dekat sini dengan aku daripada tadi."

Ucap Hazel dingin kerana marahnya yang masih belum reda.

"Kenapa kau ganggu hidup aku? Aku bencikan kau sebab kau ambil berat pasal aku!"

Soalnya tanpa memalingkan wajahnya sedikit pun padanya.

"Salah ke kalau aku ambil berat pasal kau?"

Balasnya begitu yakin.

"Kau ambil berat pasal aku atau kau cuma kesiankan aku?"

Hazel menatap tepat kedua anak matanya.

"Perlu ke aku jawab soalan kau tu untuk kau percayakan aku yang aku sememangnya tak ada niat jahat langsung pun pada kau?"

Terangnya.

"Terus-terang aku katakan pada kau, yang aku memang langsung tak percayakan kau sejak dari mula lagi aku kenal kau!"

Hazel mengangkat kaki untuk pergi setelah melepaskan geramnya padanya.

"DAN JANGAN CUBA EKORI AKU LAGI!"

Tanda amaran mautnya membuatkan lelaki itu terkedu memerhatikan gerak-gerinya.

Aku tahu kau cuma nak berlagak kuat di depan aku Jun dan aku tak salahkan kau kalau kau susah nak percayakan orang macam aku setelah apa yang menimpa kau tadi.

Dan aku tak akan sesekali biarkan apa-apa berlaku lagi pada kau lepas ni selagi aku ada sebab kau sekarang adalah BIDADARI AKU YANG PERLU AKU LINDUNGI DARI DUNIA KEJAM NI dan kau perlu terima aku sama ada kau suka atau pun tidak kerana aku tetap akan jadi PENJAGA KAU HAZEL BELLA!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience