|-|Urt² 9

Romance Series 12069

"Kita dekat mana ni Ford?"

Soal Hazel takut.

Ford telah membawanya ke suatu kawasan perumahan terpencil jauh daripada bandar yang persekitaran sekelilingnya terlalu merbahaya buatnya kerana tidak ramai jiran yang ada tinggal di situ.

"Aku tinggal dekat sini. Come."

Pelawanya tenang sambil tersenyum kecil untuk mengurangi rasa takut Hazel.

Setelah masuk ke dalam rumah, mata Hazel tidak berhenti-henti memerhatikan keadaan sekeliling rumah Ford.

Dan paling dirinya terkejut apabila melihat pakaian, botol-botol arak juga sampah-sampah makanan berselerak di setiap sudut.

"Aku tahu yang rumah aku tak semewah pangsapuri yang kau tinggal sebelum ni tapi inilah rumah aku kecil dan sederhana."

Berkatanya sambil dirinya leka mengemaskan rumahnya yang berselerak.

"Ini yang kau katakan rumah? Aku rasa rumah hamster haiwan peliharaan tuan rumah aku lagi bersih daripada rumah kau!"

Sindirnya pedas.

"Hei, apa yang kau harapkan lelaki macam aku pandai pegang penyapu sedangkan aku cuma pandai pegang sen--nja.. maksud aku sen--nduuk nasi je yang aku pandai pakai bila aku nak masak."

Jawapannya membuatkan Hazel mengguling mata padanya.

Ford nyaris-nyaris terlepas cakap tentang identitinya yang sebenar pada Hazel kerana dirinya tidak mahu menakutkannya.

Hazel terus berlegar-legar di setiap sudut kawasan dalam rumah sambil dirinya di perhati Ford dan tiba-tiba Ford di kejutkan dengan satu panggilan begitu cemas Ford menjawabnya tanpa di ketahui Hazel.

"Apa hal kau call aku ni?"

Bisiknya marah.

"Kita ada masalah Ford. Dan Dyer nak kau sendiri turun selesaikan."

Jawab suara seorang lelaki di talian.

"Tak boleh ke kalau kau selesaikannya sendiri tanpa aku?"

Balasnya.

"Kau dah lupa ke Ford yang setiap keputusan semuanya di tangan kau sekarang kerana Dyer telah pun menjadikan kau sebagai CAPO kami. Jadi, kitorang perlukan kau."

Jelasnya tenang.

"Tunggu aku datang."

Ford mematikan panggilannya dan terus mencari keberadaan Hazel.

"F***!! Kawal diri kau Ford! KAWAL DIRI KAAAAAUU!!!!"

Jeritnya di dalam hati.

Tanpa sengaja Ford telah masuk ke dalam biliknya ketika Hazel menukar pakaiannya dengan hanya berbaju dalam tanpa dirinya sedar yang Ford sedang leka memerhatikannya daripada belakang.

"AAAAAHHH...!!!! PUSING BELAKANG SEKARANG FOOOOORD!!!!"

Jeritnya terperanjat dengan segera memakai bajunya.

"Sor..ry..."

Ford terus membelakanginya setelah tersedar dari sergahannya.

"KAU TAK RETI NAK KETUK PINTU KE SEBELUM NAK MASUK?!"

Tengkingnya tidak puas hati.

"Perlu ke aku ketuk pintu bilik rumah aku sendiri?"

Soal Ford selamba cuba mengawal rasa kekoknya atas insiden tadi.

"PERLU! Sebab aku sekarang tinggal dengan kau dekat dalam rumah ni sebagai rakan perempuan serumah kau Ford. Dan jangan sesekali kau buat-buat lupa tu!"

Hazel memberi peraturan barunya padanya.

"Jangan risau SENORITA sebab kau bukannya ciri-ciri perempuan yang aku suka pun. So, jangan terlalu ambil hati sangat, okey?"

Ford membalasnya untuk mendiamkannya.

"Yea..."

Hazel hanya menjawab sepatah setelah mendengarnya.

"Aku sebenarnya nak beritahu kau yang aku nak keluar kejap dan aku janji akan balik secepat mungkin."

Ford terus keluar dari dalam biliknya menuju ke arah pintu.

"FORD! Jangan pergi lama-lama?"

Terselit nada takutnya kerana dirinya yang masih tidak biasa dengan persekitaran kawasan sekelilingnya.

"Aku janji yang aku pergi tak lama. And Jun, kunci pintu dan jangan sesekali pun kau bukakan pintu pada orang yang kau tak kenal selain daripada aku, okey? Aku pergi dulu."

Ford terus hilang dari pandangan mata Hazel dengan memecut laju motorbikenya.

DAMMIT! Kenapa aku cakap macam tu pada dia tadi? Tak guna. Dia bukan ciri-ciri perempuan yang aku suka? Huh... REALLY FORD? Buta ke apa kau ni Ford? Orang gila je yang cakap macam tu.

Tak, tak, tak, tak. Tak boleh. Aku tak boleh ada perasaan macam ni pada dia. Lagipun dunia aku bukan untuk dia. Macam mana kalau satu hari nanti dia dapat tahu PERKARA SEBENAR TENTANG MASA SILAM DIA DENGAN AKU SEBELUM NI? Apa yang kau harus buat Ford?

Malam itu Ford menekan gear dengan memecut meluncur semakin laju ke hadapan bersama fikiran bercelarunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience