|-|Urt² 17

Romance Series 12069

Setelah lama Ford termenung menatapi gambarnya bersama Uncle Lucian di dalam telefonnya.

"Sepuluh panggilan tak di jawab daripada Hazel? Dammit! Matilah aku kena bebel dengan dia."

Ford terus bangun dengan berlari terburu-buru tanpa memikirkan dirinya yang dalam kehujanan lebat semata-mata ingin pergi menemui Hazel demi memenuhi permintaan Hazel padanya siang tadi.

---------------------------------------------

"FORD?! Kenapa basah kuyup ni? Apa yang terjadi Ford?"

Muncul Ford di muka pintu rumah menarik nafas tercungap-cungap kepenatan memeranjatkan Hazel.

"Sorry...? Aku berlari balik tadi. Kau... Tak marahkan sebab aku lambat? So, macam mana, kau masih nak keluar tak dengan aku?"

Kedengaran nada bersalahnya pada Hazel.

"Masuklah, aku pergi ambilkan tuala untuk kau."

Hazel menghulurkannya pada Ford dengan pandangan serius memerhatikan setiap gerak-geri pelik Ford.

"Kenapa kau berlari balik ke rumah? Mana perginya motorbike kau?!"

Wajah Hazel semakin ketat.

"Motorbike aku... ROSAK. Jadi, aku terpaksa balik jalan kaki sebab aku takut kau..."

Jelasnya gugup.

"APA?! KAU BALIK DENGAN BERLARI DALAM HUJAN LEBAT DEKAT LUAR SANA?!"

Soal Hazel makin serius.

"Aku cuma takut kau marah. Itu je..."

Ford memalingkan wajahnya menyembunyikan perasaan malu di sebabkan keadaannya sebegitu.

"Aku lebih marah lagi Ford kalau apa-apa perkara buruk berlaku pada kau di sebabkan aku Ford!"

Tegas Hazel.

"APA-APA BERLAKU DIRI AKU DAN BUKANNYA DIRI KAU JADI BUAT APA KAU NAK SIBUK RISAU SANGAT PASAL AKU?! AKU LELAKI AKU BOLEH JAGA DIRI AKU SENDIRI DAN AKU TAK PERLUKAN PEREMPUAN LEMAH MACAM KAU UNTUK JAGA AKU!"

Tengking Ford mendiamkan Hazel.

"Aku dah sediakan makan malam kau dekat atas meja makan tu. Tapi kalau kau tak nak kau boleh campakkannya ke dalam tong sampah."

Hazel terus menutup pintu bilik begitu kuat.

Perlahan tangan Ford membuka penutup makanan yang masih lagi panas dan dirinya terduduk lemah di atas kerusi.

"Hazel buat semua ni untuk aku? Seumur hidup aku belum pernah lagi ada orang yang jaga aku macam ni. Kenapa susah sangat aku nak jaga mulut aku bila aku dengan Hazel sedangkan aku tak pernah gugup pun bila dengan perempuan tapi dengan Hazel... Kenapa aku rasa macam ni?"

Malam itu Ford cuba mengetuk pintu bilik Hazel tetapi tangannya di hentikan dengan rasa takutnya di marahi oleh Hazel kerana itu Ford hanya mampu tersandar sedih di pintu.

__________________________

Bunyi pintu di tutup begitu kuat mengejutkan Ford yang tertidur di sofa ruang tamu sehingga ke pagi. Ford terus terduduk mematungkan diri dan anak matanya terlihat makanan sarapan paginya yang di sediakan oleh Hazel di atas meja makan.

Perlahan kaki Ford melangkah ke arah meja makan menatapinya seketika.

"Aku tak peduli kalau Hazel nak maki aku sekali pun aku sanggup. Sebab aku rindukan bebel dia dekat aku. Aku yang mulakannya jadi aku jugak yang kena hentikannya."

Ford gegas menyiapkan diri untuk menemui Hazel di tempat kerjanya dengan niat untuk meminta maaf.

_________________________

"JIMIE??"

Kelibat adiknya menunggunya di luar rumah bersama motorbike hitam miliknya.

"Aku dengar kau bergaduh dengan Dimitri semalam disebabkan hal aku betulkan?"

Soalnya serius.

"Kamu tahukan Jimie yang aku sanggup lakukan apa sahaja demi melindungi kau."

Jawab Ford tegas.

"Sebab itulah aku benci sangat-sangat pada kau Ford! Aku bencikan perasaan sayang kau tu pada aku selama ni. Sebab aku tak nak perasaan tu akan membuatkan aku kehilangan kau suatu hari nanti. Aku tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ni selain daripada kau Ford. Jadi, aku janji lepas ni yang aku akan jadi adik yang baik untuk kau dan aku tak akan main lagi benda tu sebab aku tak nak kau ada masalah lagi dengan Dyer dan Dimitri di sebabkan aku. Aku janji Ford. Jimie janji abang Ford."

Ford terus memberikan pelukan seorang abang padanya.

"Kau tak akan kehilangan aku selagi tanggungjawab aku pada ayah kau belum berakhir Jimie. Walau apa pun yang terjadi aku nak kau tahu aku lakukan semua tu kerana aku terlalu sayangkan kau."

Pelukannya semakin kuat seperti kasih sayang terhadapnya yang telah membesarkannya dari kecil hingga dewasa.

"Jimie tahu. Sebab tu Jimie nak pulangkan semula motorbike hitam kesayangan abang Ford yang Jimie telah ambilnya daripada abang."

Jimie menyerahkan kuncinya dengan lemparan senyuman comel.

"Kenapa kamu nak pulangkannya semula pada abang? Bukan ke kamu sukakan motorbike tu?"

Ford pelik dengan tindakan Jimie yang berubah angin tiba-tiba.

"Sebenarnya Jimie nak jadi cool macam abang Ford pandai bawak motorbike. Tapi malangnya Jimie tak pandai pun nak bawak motorbike hitam besar abang tu."

Jawapan spontan Jimie membuatkan Ford ketawa besar mengusiknya.

Sepanjang hari Jimie berbual begitu rancak sekali bersama abangnya Ford tanpa menyedari masa berlalu begitu singkatnya kerana itulah saat terindah buat Ford dan juga Jimie yang akhirnya dapat juga merasai hubungan yang normal tanpa perlu memikirkan bahaya di sekeliling mereka berdua sebagai keluarga yang di gelar mafia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience