|-|Urt² 10

Romance Series 12069

"LEPASKAN AKULAH!"

Berontak seorang lelaki kerana kedua belah tangannya telah di ikat.

"MELUTUT SEKARANG!"

Jerit seorang lagi lelaki menolaknya ganas dari belakang sehingga lelaki yang mereka ikat itu jatuh ke tanah.

VROM! VROM! VROOOM!

Menandakan kedatangan Ford pada anak-anak buahnya.

Pandangan tajam Ford seakan-akan ingin menerkam makanannya di berikan pada lelaki malang itu sejurus sahaja turun dari motorbikenya.

"KAU JULIAN! Berani betul kau main gila dengan orang-orang DECLAN? Kau sendiri tahukan apa nasib pada orang-orang yang telah mengkhianati Declan sebelum ni?"

Tajam Ford menyoalnya.

"MAA--UT..."

Jawabnya menggeletar.

Tindakan Ford semakin menakutkannya apabila tangan kanan Ford mengeluarkan senjata api dari belakang jaketnya dan tepat di arahkan pada anak mata kepalanya.

"COME ON FORD... Aku bukan sengaja pun nak hilangkan barang Dyer. Lagipun masa tu, polis buat serang hendap dekat tempat aku. Aku panik, aku tak tahu nak buat apa. Jadi aku buanglah barang tu dekat..."

Ayatnya terhenti.

"KAU BUANG BARANG TU?! Kau buang dekat mana?"

Senjata Ford semakin dekat pada kepalanya untuk melepaskan pelurunya kerana perasaan marahnya menguasainya.

"Dee--kaaaat..."

Sambungnya tersekat-sekat.

"DEKAT MANA?!!"

Sergah Ford bersama senjatanya.

"DEKAT DALAM LUBANG TOILET!"

Jelasnya setelah di gertak.

"KAU BUANG MACAM TU JE? Kau tahu tak yang harga barang tu tinggi nilainya? Dan aku jamin, walau tujuh keturunan keluarga kau sekalipun kau tak akan mampu dapat bayar balik Julian!"

Ford memejamkan kedua anak matanya dengan menarik nafas panjang cuba mengawal perasaan bengang yang teramat padanya.

"Sorry Julian. Kau dah langgar sumpah kau pada Declan. Rules is rules."

Ford nekad menekan picunya.

"NO NO NO NO! Tolong Ford! Tolonglah jangan bunuh aku! Please..."

Rayunya.

"NOOOOO...!!!!"

Terimbas sekilas bayangan seorang perempuan menjerit di matanya sehingga menyentakkan dirinya seketika.

"FORD?"

Dimitri orang kuat kanannya menyapanya pelik.

Ford hanya membekukan diri di hadapan mereka sambil tangannya masih mengarahkan senjata apinya pada Julian.

"Aku lepaskan kau. Tapi ingat, aku nak kau pergi jauh daripada sini. Jauh dari mata Dyer tanpa dapat di kesan. Sebab aku tak jamin nyawa kau akan selamat kalau Dyer dapat juga jumpa kau lepas ni."

Ford akhirnya mengalihkan senjata apinya dari kepala Julian.

"THANKS FORD! Thanks... Aku tak akan lupakan kebaikan kau pada aku sampai bila-bila. Aku pergi dulu."

Julian mengambil kesempatan dengan terus melarikan diri sejauh mungkin daripadanya.

"APA YANG KAU BUAT NI FORD?! Kau tak boleh lepaskan dia macam tu je! Kalaulah Dyer tahu tentang hal ni..."

Dimitri tidak berpuas hati pada keputusan yang di buat Ford sebagai ketuanya.

"HAL NI TIADA SESIAPA PUN YANG BOLEH SAMPAIKANNYA PADA DYER! Kalau aku tahu ada antara korang semua yang pecahkannya, aku akan buru seluruh keturunan keluarga korang semua sampai ke lubang cacing! Ingat tu, aku adalah capo korang semua!"

Amaran maut Ford terus mendiamkan Dimitri.

Dimitri kini memendam rasa marahnya teramat pada Ford kerana telah mengkhianati kepercayaan Dyer terhadapnya sebagai kepala besar Declan.

~~~~~~~~~~~~~~~

KENAPA PERASAAN SERBA SALAH NI MAKIN MEMAKAN DIRI AKU? Maafkan aku Hazel kerana telah menghancurkan hidup kau sebelum ni.

Tapi percayalah, apa yang aku buat ada sebabnya yang aku tak dapat nak jelaskannya pada kau.

Sebab aku takut yang kau tak boleh terimanya. Malahan yang paling menakutkan aku adalah kesakitan yang kau alami sekarang akan lebih bertambah lagi menyakiti diri kau.

Aku lebih rela lagi biarkan kau tak tahu daripada kau tahu tentang kebenaran masa silam kau Hazel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience