|-|Urt² 3

Romance Series 12069

"Aarrrh.. aku dekat mana ni?"

Pantas lelaki itu bangun dari atas sofa sejurus sedar dari tidur yang begitu panjang.

"Akhirnya.. sedar pun kau. Kau sekarang ada dekat pangsapuri aku dan sebelum terlupa, pasal luka kau semalam SAMA-SAMA."

Hazel menghulurkan minuman panas padanya.

"Tak sangka pula aku yang kau pandai rawat luka aku ni? Tapi kalau ya pun letaklah aku dekat atas katil ke.. ni tidak ada ke letak aku atas sofa sakit-sakit badan aku kau buat."

Lelaki itu memegang balutan lukanya.

"Sepatutnya kau ni, aku letakkan je dalam bilik air aku semalam lagi selesa dan untuk pengetahuan kau, aku dah pernah rawat luka macam kau sebelum ni. So, jangan cuba nak merendah-rendahkan aku lagi, okey?"

Hazel mengguling mata.

"Aku tak bermaksud pun macam tu. Apa-apa pun, thanks.. sebab kau tak hantar aku pergi hospital semalam."

Lelaki itu meneguk lama air di tangan cuba mengawal suasana janggalnya menyedari mata Hazel tajam memandangnya atas kata-katanya tadi.

"Kau belum ceritakan pada aku lagi pasal hal malam tadi. Siapa mereka semua dan kenapa mereka cuba nak bunuh kita semalam? Nanti kejap, kau.. bukan penjenayahkan yang lari dari orang-orang kau, betul tak?"

Bertubi-tubi persoalan di lemparkan Hazel.

"Aku rasa aku kena pergi sekarang and thanks juga pasal air ni."

Jaket di pakai semula lalu lelaki itu terus bergegas untuk membuka pintu.

"KAU NAK PERGI MANA? Kau belum jawab lagi pertanyaan aku tadi! SIAPA KAU YANG SEBENARNYA DAN APA YANG KAU NAK DARIPADA AKU? Perlu ke aku takut pada kau kerana pada pandangan mata aku sekarang, kau ni sangat merbahaya untuk aku dekati kau."

Herdik Hazel geram kerana lelaki itu tidak mengendahkan kata-katanya.

"Kau hanya melihat dari pandangan mata kau tapi apa pula kata hati kau tentang diri aku sekarang?"

Balasnya hanya menoleh wajahnya sedikit ke belakang dan menyedari Hazel kelu dengan ayatnya mendengarnya.

"Macam yang aku pernah beritahu kau sebelum ni tentang kerja yang kau lakukan sekarang yang ianya terlalu bahaya untuk kau. Tapi kau jangan risau, sebab kau akan jumpa aku lagi lepas ni. So, jumpa lagi SENORITA."

Lelaki itu terus beredar meninggalkannya.

Pandangan mata Hazel terus terikat pada lelaki itu di atas kata-katanya di sebabkan pelbagai teka-teki bermain-main di fikirannya sekarang.

Kalau betul sekalipun kerja yang aku buat merbahaya, apa pula kena-mengena dengan dia? Perlu ke aku percayai dia iaitu orang yang aku baru sahaja kenal?

Mungkin betul kata dia yang aku hanya melihat dia dari pandangan mata aku tapi hati aku sebaliknya.

Dari cara dia selamatkan aku semalam aku memang tak terjangka yang dia sanggup risikokan nyawa dia sendiri hanya semata-mata untuk selamatkan aku je padahal dia baru je kenal aku hanya untuk semalam.

Dan mungkin aku dah gila pula sekarang di sebabkan hati aku rasa yang dia sememangnya bukan orang jahat yang sanggup untuk sakiti aku.

Apa-apa pun aku kena berhati-hati kerana aku tak tahu apa yang akan terjadi pada aku lagi lepas ni.

"Masalah apa pula yang aku dapat ni? Kenapa aku rasa tak senang hati dengan kemunculan dia? Adakah mungkin sebab dia akan buat hidup aku huru-hara lepas ni?"

Hazel masih memerhati lelaki itu yang sedang menaiki motorbike hitamnya dengan memecut laju dari atas tingkap pangsapurinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience