|-|Urt² 15

Romance Series 12069

"JANGAN! JANGAN BUNUH AKU!!"

Hazel meracau-racau menjerit seperti terkena histeria dalam tidurnya.

"Jun, Jun... Kenapa ni?"

Bingkas Ford berlari cemas mendapatkannya setelah terjaga.

"LEPASKAN AKU!! KAU PEMBUNUH!!!"

Meronta-rontanya tanpa sedar dalam pegangan dakapan pelukan Ford.

"JANGAN TAKUT JUN INI AKU FORD! Kau cuma bermimpi je Jun. Dan percayalah kalau ada sekalipun orang yang cuba nak sakiti kau, aku tak akan biarkan dia sentuh kau selagi aku ada."

Pujuknya lembut memeluk seerat badannya.

"AKU KATA LEPASKAN AKU PEMBUNUH!"

Tangannya terus menikam Ford menggunakan pisau rambo pemberiannya yang di simpan di bawah bantal tanpa sedar.

"ARGHH! Jun..."

Ford menahan kesakitan atas tikaman Hazel padanya dan dirinya terus rebah di lantai.

"FORD... FORD! MAAFKAN JUN FORD... JUN TAK SENGAJA NAK TIKAM FORD TADI MALAHAN JUN TAK ADA NIAT PUN NAK SAKITI FORD! MAAFKAN JUN FORD! FORD... FORD!"

Rayunya setelah tersedar dari histerianya.

APA YANG AKU DAH BUAT? Aku tak boleh KEHILANGAN KAU FORD! Cukuplah aku telah KEHILANGAN TRISTAN DULU dan aku tak nak sekali lagi kehilangan kau untuk kali yang kedua Ford.

TOLONGLAH MAAFKAN AKU ATAS APA YANG AKU DAH BUAT PADA KAU TADI FORD. Percayalah yang aku langsung tak ada niat pun nak sakiti kau.

Aku cuma tak dapat nak kawal emosi dan perasaan aku setiap kali mimpi ngeri tu menghantui aku. AKU TAKUT FORD! Aku harap kau faham dan juga boleh maafkan aku. TOLONGLAH BANGUN FORD JANGAN TINGGALKAN AKU...

Sepanjang malam Hazel menjaganya semata-mata berharap Ford dapat membuka matanya semula dan memarahinya kerana itulah detik-detik yang paling di rindui Hazel setiap kali bersama dengannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~

"Jun...?"

Suara lemah menyeru di telinganya.

"Ford... FORD! Ford rasa apa sekarang, sakit lagi ke Ford?"

Cemas Hazel sebaik terjaga.

"It's okay Jun."

Jawabnya perlahan.

"NO, IT'S NOT OKAY. It's not okay Ford. Jun cuba nak bunuh Ford tadi. Maafkan Jun Ford?"

Menangis teresak-esak.

"Shhh... Come here. Walau Ford perlu terluka demi untuk mendekati Jun Ford tak peduli semua tu Jun. Ford maafkan..."

Ford yang begitu lemah memeluknya erat dengan mengucup dahinya di atas katil.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Boleh Ford tanya sesuatu?"

Bisiknya pada Hazel yang terlena seketika dalam pelukannya kerana kepenatan menjaganya sepanjang malam.

"Apa yang Ford nak tahu?"

Jawab Hazel dengan melelapkan mata kerana begitu selesa sekali berbantalkan badannya.

"Mimpi ngeri apa yang mengganggu Jun sebenarnya sampai membuatkan Jun begitu takut sekali?"

Soalnya.

"Jun nampak seorang lelaki berwajah samar-samar datang mendekati Jun dengan mengacukan pistol pada Jun. Jun takut sangat-sangat Ford. Sebab itulah Jun tertikam Ford tanpa Jun sendiri sedar bila Ford juga mendekati Jun."

Jelasnya.

"Sudahlah Jun jangan terlalu fikirkan sangat sebab ianya tak baik untuk kesihatan Jun. Rehatlah, okey?"

Jun menyambung tidurnya semula.

ADAKAH HAZEL DAH INGAT SEMULA? KALAULAH HAZEL TAHU AKULAH LELAKI DALAM MIMPI TU HABISLAH AKU.

Aku yang sepatutnya minta maaf pada kau Hazel bukannya kau. Sebab aku dah buat hidup kau menderita selama ni di atas KESILAPAN BODOH AKU YANG DULU.

"MAAFKAN AKU HAZEL BELLA..."

Pelukan Ford padanya makin kuat dengan airmatanya menitis di pipinya mengucup lembut dahi Hazel sebagai tanda maafnya yang teramat-amat tanpa menyedarkan Hazel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience