|-|Urt² 24

Romance Series 12069

Bunyi deringan nada di handphone dan segera Ford menyeluk di poket seluar jeans.

"FOORD...?"

Kedengaran suara Dimitri di talian.

"Apa hal kau call aku ni Dimitri, kau nak apa?"

Jawab Ford dengan nafas marah begitu berat.

"Adik kau Ford. Adik kau Jimie."

Ford mendengar Dimitri tergagap-gagap menggigil ketakutan.

"Jimie?? KENAPA DENGAN ADIK AKU?! DIA DEKAT MANA SEKARANG?!!"

Cemas Ford.

"JIMIE...ADIK KAU. DIA...DAH TAK ADA FORD. DIA...DAH MATI DAN MAYAT JIMIE SEKARANG ADA DENGAN DYER."

Akhirnya Dimitri menjelaskannya.

"KAU CAKAP DENGAN DYER SURUH DIA TUNGGU AKU DATANG UNTUK JEMPUT MAYAT DIA BERSAMA-SAMA ADIK AKU JIMIE."

Handphone terus terlepas dari pegangan tangan Ford jatuh terhempas ke lantai.

"AAAAAAAAAARGHHH...!!!"

Jerit Ford menangis sekuatnya.

&____________&____________&

"Kamu selamat dekat sini sekarang. Ingat pesan daddy Jimie, selain daripada daddy, kamu hanya boleh keluar dari tempat persembunyian kamu jika orang yang bernama Ford datang untuk selamatkan kamu okay Jimie, janji dengan daddy?"

Lucian memberikan kucupan di dahi Jimie yang masih kecil.

"Jimie janji daddy."

Akur Jimie comel.

"JIMIE, KAMU DEKAT MANA JIMIE?!"

Ford berlari cemas mencari-cari keberadaannya tidak tentu arah dalam terowong bawah tanah tempat persembunyian Jimie yang cuba di lindungi Lucian sebelum Lucian mati di bunuh musuh sehinggalah suara Jimie menangis ketakutan akhirnya di dengari Ford.

"Jimie? Jangan takut, abang Ford akan selamatkan Jimie. Percayakan abang?"

Jimie menangis teresak-esak keluar merangkak comel dari tempat persembunyiannya ke arah Ford.

"Daddy tak ada..."

Ford terus memeluk sayu badan Jimie mengenangkan nasib malangnya yang masih kecil.

"Abang tahu. Sebab tu abang datang. Mulai dari hari ni, abang akan lindungi Jimie walau apa pun yang berlaku, kerana abang adalah abang Jimie sekarang, okay?"

Pelukan Ford menghentikan tangisan Jimie.

AKU GAGAL... AKU GAGAL PEGANG JANJI AKU PADA UNCLE LUCIAN DAN LEBIH-LEBIH LAGI JANJI AKU PADA JIMIE. SEPATUTNYA ABANG DI TEMPAT KAMU SEKARANG JIMIE BUKANNYA KAMU!!

&____________&____________&

"FORD? KENAPA NI FORD? FORD TAK APA-APA KE DAN KENAPA FORD MENANGIS? BUKA PINTU NI FORD PLEASE...FORD?!"

Hazel mengetuk-ngetuk pintu berkali-kali terkejut mendengar jeritan tangisan Ford di luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience