|-|Urt² 19

Romance Series 12069

"SEKALI LAGI AKU TANYA KAU MANA KAU SEMBUNYIKAN PEREMPUAN TU FORD?!!"

Laung Dimitri pada Ford setelah memukulnya secara beramai-ramai sehingga separuh mati.

Kaki Hazel terus terhenti dan bersembunyi di balik dinding dalam suasana gelap terperanjat menyaksikan badan Ford di pegang kuat sekumpulan lelaki dengan kepalanya telah di acukan senjata api oleh salah seorang ketuanya.

"Kalau kau nak tahu dia ada dekat mana kenapa kau tak tanya je dekat NENEK kau Dimitri?"

Balas Ford dengan senyuman tenang walaupun keadaan dirinya nyawa-nyawa ikan.

"KURANG AJAR!"

Penumbuk Dimitri mencium pipi kanan Ford lalu darah di bibirnya mengalir begitu banyak.

"Baik. Kalau itu jawapan kau. GELEDAH TEMPAT NI CARI PEREMPUAN TU SAMPAI JUMPA SEKARANG!!"

Arah Dimitri pada orang-orang Declan miliknya.

"Tak ada gunanya kau cari perempuan tu dekat sini Dimitri sebab dia tak ada pun dengan aku. Lagi pun idea gila mana yang kau dapat yang kau boleh fikir perempuan tu ada dengan aku?!"

Ludah Ford protes menahan kemarahannya pada Dimitri.

"Kau jangan ingat aku bodoh Ford. BERTAHUN KAU CUBA LINDUNGI HAZEL DARIPADA DYER SELAMA NI BETULKAN FORD? Dan kali ni aku nak tengok sejauh mana pula kau mampu lindungi Hazel daripada aku Ford."

Rahsia Ford bersama Dimitri seolah-olah membuatkan jantung Hazel terhenti mendengarnya.

"Mereka berdua kenal aku? Dan Ford tahu siapa aku selama ni tapi dia tipu aku cuba pura-pura ingin mengenali diri aku? Aku tak faham semua ni apa yang berlaku sebenarnya?"

Hazel yang masih terselamat dari tertangkap benar-benar keliru dengan situasi itu.

"PEREMPUAN TU TAK ADA DEKAT SINI DIMITRI!"

Sergah salah seorang anak buahnya mencelah perbualan tegang mereka berdua.

"Kali ni kau terselamat Ford sebab aku kawan baik kau. Ingat tu. BERAMBUS SEMUA!"

Dimitri beredar bersama orang Declan.

"JADI SELAMA NI KAU SEBENARNYA KENAL AKU FORD DAN KAU TAHU SIAPA AKU TAPI KENAPA KAU TIPU AKU FORD? KENAPA?!!"

Soal Hazel kecewa setelah mengetahui rahsia yang di sembunyikan Ford padanya.

"KAU MASIH ADA DEKAT SINI JUN? Aku ingat kau dah lari selamatkan diri kau waktu aku beri isyarat bunyi tembakan peluru tadi tapi kenapa kau tak lari?"

Raut wajah Ford berubah marah bercampur bersalah menyedari kemunculan Hazel di hadapannya yang menyaksikan keadaannya sebegitu.

"AKU TAK MUNGKIN TINGGALKAN KAU DALAM KEADAAN KAU SEBEGITU FORD."

Jawab Hazel dengan mengalirkan air mata kesedihannya.

"Kauu... Benar-benar ambil berat pasal aku? Aku fikir kau bencikan aku Jun?"

Soal Ford bagai tidak percaya dengan kata-katanya.

"Aku bencikan kau sebab aku belum cukup kenal kau Ford tapi sekarang aku lebih bencikan kau setelah aku kenal diri kau sepenuhnya yang kau seorang PEMBOHONG!!"

Teriak Hazel sekuatnya memecahkan suasana sunyi tempat itu.

"Selama ni aku pertaruhkan seluruh nyawa aku demi kau Jun. Jadi tak salahkan kali ni je aku pula mintak sebagai balasan pada kau untuk mempercayai aku HAZEL BELLA?"

Rayu Ford merenung sayu tepat pada anak mata Hazel yang sememangnya berkaca-kaca dengan air mata.

"AKU TAK MINTAK KAU LAKUKAN SEMUA TU UNTUK AKU! DAN AKU TAK AKAN TERTIPU LAGI DENGAN PERMAINAN ORANG MACAM KAU FORD! PADA AKU ORANG MACAM KAU SEMUANYA MEMANG SAMA KEEJAAAM!! Jangan cari aku lagi."

Hazel menutup kedua cuping telinganya tidak mahu mendengar rayuan Ford lalu dirinya terus melarikan diri jauh sejauhnya daripada Ford tanpa menoleh ke belakang lagi.

"HAZEL TUNGGU HAZEL! KAU TAK BOLEH JAUH DARIPADA AKU HAZEL KERANA KAU PERLUKAN AKU! AKU LAKUKAN SEMUA NI SEMATA-MATA AKU INGIN MELINDUNGI KAU HAZEL KERANA NYAWA KAU DALAM BAHAYA! HAAZEEEL!!"

Laung Ford lemah cuba menghalanginya tetapi tidak berdaya atas kecederaan di alaminya.

Mana kau nak pergi malam-malam macam ni Hazel dan mana kau nak tidur? Hati aku benar-benar risaukan kau jika kau dalam keadaan bahaya Hazel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience