|-|Urt² 23

Romance Series 12069

Pandangan tajam mata Jimie menyaksikan Ford satu-satunya orang yang paling di sayanginya menangis di lukai oleh orang yang paling dirinya benci dalam hidupnya iaitu Dyer membuatkan Jimie mengambil keputusan tidak waras dengan cuba untuk bertindak sendiri tangannya terus mencapai senjata api milik Ford tanpa Ford tahu dan malam itu juga Jimie pergi menemui Dyer seorang diri.

"DYYEEEEER!! KELUAR KAU JAHANAM, KELUAR!"

Laungnya kuat dengan tangan kanannya memegang senjata api lalu dirinya di kepung oleh orang-orang Declan.

"Jimie?? Kamu buat apa dekat sini? PERGI! Sebelum apa-apa perkara buruk terjadi pada kamu, PERGI CEPAT!"

Dimitri memberi amaran kerana takutkan akan keselamatan nyawanya.

"Aku nak jumpa dengan si PENGECUT TU MANA DIA?!!"

Sergah Jimie berkali-kali memecahkan suasana sunyi tempat itu.

"Aku ke yang kau panggil pengecut, PRETTY BOY?"

Akhirnya Dyer keluar dari arah belakang Dimitri.

BAAAAANG!

Satu tembakan tepat mengenai lengan kiri Dyer telah di lepaskan oleh Jimie lalu badan Jimie di pegang kuat anak buah Declan.

"JAHANAM! KAU MEMANG NAK SANGATKAN MATI DENGAN AKU BUDAK TAK GUNA SEPATUTNYA DARI AWAL-AWAL LAGI AKU DAH BUNUH KAU MAMPUS MACAM AYAH KAU!"

Dyer memegang lengannya yang berlumuran darah.

"Kau nak bunuh aku? BUNUHLAH, AKU TAK TAKUT LANGSUNG DENGAN UGUTAN PENGECUT KAU TU DYER! Dan ingat Dyer, sampai aku mati sekalipun aku tak akan pernah lupa atas apa yang kau dah buat pada abang aku Ford selama ni!"

Balas Jimie lantang.

"Apa maksud kau?"

Soal Dyer pelik.

"Tak cukup lagi ke kau seksa hidup Ford! Ford HILANG INGATANNYA MALAM TU PUN ADALAH DI SEBABKAN KAU DYER, KAU CUBA BUNUH DIA SEBELUM NI! Dan kau berharaplah agar ingatan dia tak kembali sebab kalau dia ingat semula kau akan tahu langit tu tinggi atau pun rendah DYER DECLAN!"

Tajam nada Jimie.

"HUH, BUDAK MENTAH CUBA NAK UGUT AKU. Kau tunggu apa lagi Dimitri, BUNUH BUDAK JAHANAM TU!"

Arah Dyer sekeras-kerasnya.

"AAP--APA DYER? BUNUH DIA? DIA MASIH BUDAK DYER DAN LAGIPUN DIA ANAK LUCIAN JUGA ADIK FORD! AKU TAK BOLEH BUNUH DIA DYER! PLEASE DYER LEPASKAN DIA, DIA CUMA BUDAK DYER, PLEASE..."

Dimitri merenung risau wajah Jimie dari jauh berharap Dyer melepaskannya.

"KALAU KAU TAK BUNUH DIA, AKU SENDIRI YANG AKAN BUNUH DIA DENGAN LEBIH KEJAM LAGI DI DEPAN MATA KEPALA KAU DIMITRI. JADI KAU PILIH SAMA ADA AKU ATAU KAU?"

Dimitri akhirnya mengangkat senjata apinya mengarahkannya tepat di mata kepala Jimie daripada jauh.

"MAAFKAN ABANG JIMIE. MAAFKAN ABANG..."

Tangan Dimitri menggeletar untuk kali ini memikirkan Jimie satu-satunya orang yang hidup membesar bersamanya yang pernah menganggap dirinya sebagai abangnya sendiri suatu ketika dahulunya.

"Kau hanya berani kerana kau di kelilingi kedai-kedai kau ni Dyer. Tapi pada hakikatnya kau sememangnya pengecut."

Balas Jimie bertalu-talu.

"BUNUH DIA DIMITRI!!"

Jerit Dyer dari belakang Dimitri.

"AKU TAK AKAN MAAFKAN KAU DIMITRI."

Tajam mata Jimie merenung Dimitri tepat dari jauh.

"BUNUH DIA JAHANAM!"

Sergahan lebih kuatnya memeranjatkan Dimitri.

BAAAAANG!

&_____________&____________&

"JIMIIEEEEE!!"

Jerit Ford tersedar dari tidurnya di pintu Hazel.

&_____________&____________&

"INGAT, BIARKAN MAYAT BUDAK JAHANAM NI MEREPUT DEKAT SITU SEBAB AKU NAK TENGOK SAMA ADA ABANG KESAYANGAN DIA FORD BERANI ATAU TIDAK DATANG UNTUK AMBIL MAYAT DIA!"

Dyer bersama orang Declan bersurai meninggalkan Dimitri.

Maafkan abang Jimie... Abang tak ada niat pun nak tembak kamu tadi Jimie... Maafkan abang...

Dimitri berdiri kaku di dalam hujan memerhatikan Jimie yang amat menyayat hatinya kerana jasad Jimie menggeletar kesakitan akibat darah keluar begitu banyak dari arah kepalanya di sebabkan tusukan peluru tepat padanya dan akhirnya Jimie menghembuskan nafas terakhirnya di depan Dimitri dengan kedua belah anak mata Jimie terbuka luas memandang wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience