|-|Urt² 26

Romance Series 12069

"Kau bebas sekarang."

Gabriel membukakan pintu bilik untuk Hazel.

"Mana Ford?"

Soal Hazel marah melihat kelibat Gabriel yang menyakitkan matanya.

"Kenapa kau nak cari Ford lagi sedangkan aku dah pun lepaskan kau? Kau sepatutnya bersyukur sebab aku lepaskan kau hidup-hidup. Bukan ke ini yang kau nak, jauh daripada Ford dan Ford tak ganggu hidup kau lagi?"

Tengking Gabriel geram.

"Masalah antara aku dan Ford tak ada kena-mengena langsung dengan kau! HANYA FORD YANG BOLEH BUANG AKU DAN BUKANNYA KAU! Jadi, aku tanya kau sekali lagi, MANA FORD?!"

Kata-kata Hazel mengetap bibir Gabriel.

****_____*****______******

"More..."

Ford yang mabuk teruk meneguk airnya berkali-kali tanpa henti.

"Hai handsome! Nampaknya U perlukan teman, boleh I temankan U minum?"

Sapa seorang wanita blonde dengan tangannya meraba-raba badan sasa Ford depan dan belakang.

"Suuure."

Balas Ford yang bukan lagi dirinya.

"Kalau U mahu... kita boleh pergi tempat LAGI SUNYI untuk I mengenali U dengan lebih dekat lagi."

Bisik wanita blonde dengan nafas berat di telinga Ford cuba menggodanya.

"Okay... take me to your place."

Jawab Ford dengan segera bangun mengikuti wanita asing baginya itu.

"NOOO! IT'S NOT OKAY FORD!"

Laung Hazel menghalangnya.

"Mana kau nak bawak Ford dalam keadaan dia macam tu?"

Tajam suara Hazel dengan berdiri memeluk tubuh mencelah di tengah-tengah memisahkan antara mereka berdua.

"Yea, kau nak bawak aku pergi mana?"

Sambung Ford juga mengajuk setiap gerak-geri Hazel.

"Bukan ke kita dah deal tadi yang U nak balik rumah I babe?"

Jawabnya panik dengan kemunculan Hazel.

"Dengan diri dia langsung tak ingat apa-apa sanggup kau nak ambik kesempatan pada dia?!"

Nada Hazel makin meninggi.

"Yea, sanggup kau nak ambik kesempatan pada aku dengan bawak aku balik rumah kau?"

Ajuk Ford lagi dalam keadaan mabuk.

"Kau ni siapa pada dia?"

Blonde itu menunding jari pada Hazel.

"Yea, siapa kau pada aku?"

Wajah jengkel Ford mengeluhkan Hazel.

"Aku GIRLFRIEND DIA."

Jawab Hazel selamba.

"Yea, girlfriend aku."

Ford hanya mengikuti setiap kata-kata Hazel tanpa menyedari apa yang berlaku sebenarnya di antara mereka bertiga dalam kelab malam itu.

"GIRLFRIEND???"

Blonde itu ketakutan lalu segera beredar kerana tidak mahu Hazel menyerangnya seperti teman wanita yang gila di sebabkan cemburu buta.

"Jom balik Ford sebelum Hazel buat gila dekat sini!"

Ford mengejar Hazel di belakang.

****_____*****______****

"Pergi masuk dalam bilik mandi sekarang Ford. Hazel ambikkan baju untuk Ford pakai nanti."

Arah Hazel memerhatikan Ford yang berjalan terhuyung-hayang perlahan-lahan ke arah bilik airnya.

"FORD! KENAPA NI FORD? APA YANG FORD BUAT NI TAK KELUAR-KELUAR DARI BILIK MANDI DARIPADA TADI?"

Terperanjat Hazel menerjah masuk ke dalam dengan menarik badan dingin Ford yang menggigil kesejukan kerana berendam terlalu lama di tab mandinya.

Hazel memakaikan baju untuknya dan membaringkan tubuh lemah Ford di katil sambil menyelimutinya.

"Stay..."

Rayuan Ford melemahkan hati Hazel lalu Hazel baring bersebelahannya tetapi dirinya terkejut apabila Ford terus menarik tangannya dengan memeluk badannya kuat.

"Jangan tinggalkan Ford Hazel... Maafkan Ford... atas apa yang Ford dah buat pada Hazel sebelum ni... Tolonglah jangan bencikan Ford?"

Ford menangis kecil memeluk Hazel.

"Hati Hazel sakit sangat Ford bila Ford tipu Hazel."

Jawab Hazel yang badannya masih di peluk seperti anak patung oleh Ford.

"Terus-terang Hazel. Hazel akan bencikan Ford jika Hazel tahu Ford sebenarnya bukan seperti lelaki yang Hazel sangkakan sebelum ni... Jadi, Ford nak tahu... adakah Hazel tetap akan bencikan Ford Hazel? Tolonglah jawab dengan jujur Hazel..."

Ford menatap serius wajah juga anak mata Hazel.

"Apa yang Ford cakap ni... Hazel tak faham maksud Ford... apa yang Ford dah buat sebelum ni? Terus-terang Ford... Hazel cuba untuk bencikan Ford tapi Hazel tak mampu Ford... Hazel tak mampu bencikan Ford dan Hazel sendiri tak tahu kenapa."

Hati Hazel semakin risau mendengar luahan kata-kata mengarut Ford yang masih dalam keadaan mabuk dan bersikap pelik malam itu.

"Aku... CINTAKAN... KAU... HA... ZE..."

Kata-katanya terhenti.

"Ford? Ford?"

Ford akhirnya terlena dengan tangannya tidak melepaskan pelukannya pada Hazel.

APA??? FORD CINTAKAN AKU??? Tapi kenapa mesti aku? Kenapa Ford? Kenapa kau cintakan aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience