|-|Urt² 20

Romance Series 12069

Maafkan aku Hazel kerana aku terpaksa tipu kau selama ni. Aku berharap yang satu hari nanti kau dapat memaafkan atas segala kesilapan yang aku telah lakukan pada kau sebelum ni Hazel.

"AABAAANG FOOORD!"

Jeritan Jimie berlari cemas ke arahnya memeranjatkan Ford yang sedang terbaring lemah di tanah.

"JIMIE?? Kamu buat apa dekat sini dan macam mana kamu tahu abang ada dekat sini?"

Suara Ford semakin lemah memerhatikan wajah risau adiknya dengan keadaannya.

"JIMIE DAH AGAK DAH MESTI ADA SESUATU YANG TAK KENA BILA KAWAN-KAWAN JIMIE KATA DIORANG ADA NAMPAK DIMITRI DENGAN ORANG-ORANG DECLAN BERKELIARAN DEKAT TEMPAT NI! DIMITRI MEMANG DAH MELAMPAU! Apa yang dia dah buat pada abang sampai abang cedera teruk macam ni sekali?!"

Badan lemah Ford di pegang erat olehnya.

"Itu semua tak penting Jimie. Apa yang lebih penting sekarang, abang kena cari kawan abang malam ni jugak."

Ford cuba untuk bangun tetapi gagal apabila kakinya tidak mampu berdiri lalu jatuh semula ke tanah.

"Abang Ford, abang ok ke? Abang nak cari kawan abang yang mana?"

Soal Jimie semakin risau.

"HAAZEL... Abang kena cari dia."

Ford cuba melepaskan pegangan kuat tangan Jimie pada badannya.

"Jimie tak boleh biarkan abang pergi dengan keadaan abang macam ni abang Ford, BAHAYA!"

Tegas Jimie semakin kuat menahannya.

"Hazel perlukan abang Jimie. Tolonglah faham situasi abang sekarang. Tolong lepaskan abang?"

Rayu Ford tidak kuat untuk berperang mulut dengannya.

"KENAPA ABANG SENTIASA PENTINGKAN NYAWA ORANG LAIN DARIPADA NYAWA ABANG SENDIRI?! Selama ni abang sentiasa lindungi Jimie daripada Dyer dan jugak Dimitri. Jadi boleh tak untuk kali ni, Jimie pulak lindungi abang? Sebab tu, Jimie mintak, tolong jangan pergi? Jimie janji akan tolong carikan kawan abang tu. PERCAYAKAN JIMIE...?"

Suara sayu Jimie melemahkan Ford.

"TOLONG ABANG JIMIE KALAU APA-APA BERLAKU PADA DIA ABANG TAK MUNGKIN DAPAT MAAFKAN DIRI ABANG. TOLONG ABANG CARI HAZEL SAMPAI JUMPA?"

Ford terus jatuh pengsan tidak sedarkan diri di dalam pelukan Jimie.

-------------------------------------

Aku tak faham, apa yang terlalu penting sangat perempuan tu pada kau Ford sampai kau sanggup terluka macam ni sekali demi dia abang Ford?

Jimie merawati luka Ford satu persatu dengan penuh sayangnya terhadapnya.

"Tidurlah Ford. Aku nak kau tidur dengan aman tanpa memikirkan orang lain untuk kali ni Ford."

Perlahan tangannya menyelimuti badan dingin abangnya lalu dirinya juga terlena di sisi Ford menjaga abangnya sepanjang malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience