|-|Urt² 25

Romance Series 12069

"DIA DAH DATANG DYER."

Bisik salah seorang anak buahnya dan segera Dyer menoleh terkejut kerana tidak menduga Ford masih berani memunculkan diri di hadapannya dengan memegang sebilah pedang samurai walaupun nyawanya dalam keadaan bahaya.

Perlahan kaki Ford melangkah masuk ke dalam dan matanya memerhatikan satu jasad yang terbaring kaku di tanah basah kehujanan.

"JII...MIEEE..."

Kakinya jatuh melutut di tanah sebaik mendekati jasad Jimie lalu air mata kesedihan Ford berguguran menitis di wajah Jimie tanpa Ford dapat mengawal perasaannya lagi.

"Tunggu abang Jimie. Abang janji, abang akan temani Jimie dekat sana nanti. Abang janji Jimie... Abang janji..."

Lembut tangan Ford menutupi rapat kedua-dua belah anak mata Jimie dan dirinya terus membukakan jaket hitamnya untuk menutupi wajahnya.

"DYYEEEEER!!!"

Laungnya menggegarkan tempat itu.

"Aku bersumpah sesiapa sahaja yang sentuh Jimie, aku akan bunuh orang tu. Dan bersedialah DYER DECLAN KERANA KAU AKAN MATI DI TANGAN FORD HEIDEN MALAM NI!!"

Sepantas laju Ford berlari dengan memegang pedang samurai ke arahnya dengan niat untuk membunuhnya.

"Bukan aku yang membunuhnya tapi Dimitri."

Jawapan Dyer menghentikan langkah Ford.

"Kau bunuh adik aku Dimitri?"

Tajam Ford menoleh ke arah Dimitri yang bersembunyi di belakang Dyer.

"A--a--aku...tak sengaja Ford. Aku tak sengaja nak tembak Jimie. Maafkan aku Ford. Maafkan aku..."

Bergetar-getar Dimitri menjelaskan.

"Kita membesar bersama-sama Dimitri. Dan Jimie dah anggap kita berdua macam abang kandung dia sendiri Dimitri. Tapi kenapa, KENAPA KAU MASIH SANGGUP BUNUH DIA?!! Sampai mati pun, aku tak akan pernah maafkan kau Jimie. KAU MEMANG TAK GUNA!"

Ford menyerang Dimitri dengan memukulnya bertubi-tubi separuh mati tanpa Dimitri melawan kerana perasaan rasa bersalahnya membuatkan Dimitri hanya menyerahkan nyawanya pada Ford.

"Huh, kau berdua memang bodoh. Bunuh Ford."

Arah Dyer pada orangnya dan segera beredar masuk ke dalam rumahnya.

Sebelum Ford sempat membunuh Dimitri dirinya telah di serang tanpa henti oleh orang-orang Declan seperti orang gila secara beramai-ramai yang masing-masingnya juga menggunakan pedang samurai sama sepertinya namun gagal menjatuhkannya kerana Ford yang dari kecil di latih bukan sahaja hebat mengendalikan senjata api malahan juga pedang samurai.

BAAAAANG!

Terpelanting salah seorang musuh di rempuh sebuah kereta hitam menghalangi mereka daripada mendekati Ford dengan membukakan pintu untuknya.

"MASUK DALAM KERETA CEPAT FORD!"

Muncul Gabriel cemas datang menyelamatkannya.

Dalam keadaan genting Ford menoleh sayu ke arah jasad Jimie dari jauh dengan harapan dapat membawanya pulang bersama-samanya namun badannya terus di tarik kuat oleh Gabriel masuk ke dalam kereta dan begitu pantas kereta Gabriel menekan minyak memecut melarikan diri dari orang-orang Declan.

&___________&___________&

Gabriel terus memberhentikan keretanya di suatu kawasan sunyi setelah terselamat dan Ford keluar dalam keadaan marah.

"KAU SEPATUTNYA SELAMATKAN JIMIE DAN BUKANNYA AKU GABRIEL! TETAPI KENAPA KAU SELAMATKAN AKU, KENAPA?!"

Tengking Ford.

"KERANA GABRIEL TERLALU CINTAKAN FORD! Dan Ford dah lupa ke, kalau Gabriel selamatkan Jimie sekali pun Jimie dah tak ada Ford. JIMIE DAH MATI!!"

Ford tersentap mendengarnya.

"Aku memang abang tak berguna Gabriel sebab aku tak mampu lindungi Jimie. Aku cuma nak adik aku balik Gabriel... AKU NAK JIMIE AKU BALIK!!"

Teriak Ford sepenuh hati penuh terkilan jatuh melutut ke tanah di hadapan Gabriel pantas Gabriel memeluk badannya kuat cuba mengurangi kesakitan luka hatinya atas pemergian Jimie.

Walau apa pun yang terjadi aku tak akan pernah tinggalkan kau Ford kerana kita telah mengharungi segala-segalanya bersama-sama selama ni dan aku juga nak kau tahu yang aku SANGGUP MATI DEMI KAU FORD HEIDEN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience