|-|Urt² 13

Romance Series 12069

"Bukan aku tidur tak pakai selimut ke semalam macam mana pula selimut ni boleh ada dekat aku sekarang, tak akan dia...?"

Ford duduk termenung seketika di sofa mendengar suara Hazel bersin tidak berhenti-henti kerana selesema di dalam bilik airnya.

"Jadi, betullah dia yang berikan selimut ni pada aku sampai dia sendiri kena selesema sebab cuaca sejuk semalam."

Ford terus beredar keluar dari dalam bilik.

~~~~~~~~~~~~~~

"Hmm... Apa yang bau sedap sangat ni?"

Muncul Hazel di belakang sedang Ford sibuk menyiapkan sarapan paginya.

"Dah siap dah. Duduklah, kita makan sama-sama."

Ford menarikkan kerusi untuknya.

"Aku memang tak sangka yang lelaki macam kau ni pun pandai masak makanan sesedap ni."

Mengusiknya dengan di balas gulingan mata Ford.

"Terima kasih, kau jagakan aku daripada kesejukan semalam. Dan aku juga nak minta maaf pada kau. Aku rasa bersalah pula sebab aku kau kena selesema. Sepatutnya aku yang kena dan bukannya kau."

Ford mengawal rasa kekoknya pada Hazel.

Seumur hidupnya tidak pernah sekali pun dirinya merasa begitu di hadapan perempuan tetapi dengan Hazel jantungnya berdegup dengan begitu pantas sekali.

"Aku cuma tak nak kau ganggu tidur aku di sebabkan suara menggigil kau kesejukkan semalam."

Jawab Hazel fokus pada makanannya.

Tak kisahlah kau nak cakap apa pun pasal aku Hazel. Aku tetap gembira bila kau ambil berat tentang aku.

Dan aku juga nak kau tahu betapa aku juga ambil berat pasal kau Hazel kerana kau sekarang adalah tanggungjawab aku sampai aku mati.

"Apa-apa pun thanks... And Jun boleh tak kau... berhenti kerja dekat club tu? Kalau kau nak aku boleh tolong carikan kerja lain untuk kau macam mana?"

Soalnya.

"Kau nak carikan kerja untuk aku? Baiknya kau ni."

Perli Hazel.

"Untuk kau je..."

Berkata Ford perlahan.

"KAU CAKAP APA?"

Sergah Hazel.

"Tak, tak ada apa-apa. Macam mana?"

Sambung Ford lagi.

"Okey. Tapi pastikan kerja tu sesuai dengan aku."

Jawabnya setuju.

Ford tersenyum kerana Hazel mempercayainya untuk kali ini tanpa perlu berperang mulut dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience