|-|Urt² 12

Romance Series 12069

Tibanya di kawasan bukit kering tanah tinggi tersembunyi, Dimitri bersama orang-orang suruhannya yang di gelar SOLDIER bersiap-sedia menghambakan diri masing-masing pada Dyer iaitu ketua kepala paling besar mereka dalam kumpulan mereka yang di namakan DECLAN.

BANG! BANG! BANG! BANG! BAAAAANG!

Dyer membunuh kejam dengan melepaskan tembakannya sebanyak lima kali tepat dan dekat berturut-turut ke arah setiap kepala soldiers di hadapan mata Dimitri sehingga mati.

"AKU BERI PELUANG PADA KAU DIMITRI UNTUK KAU TUNJUKKAN SEJAUH MANA SETIA KAU PADA DECLAN KERANA AKU NAK LEPAS NI KAU YANG AKAN AMBIL ALIH TEMPAT FORD SI PENGKHIANAT TAK GUNA TU! Dia belum cukup kenal lagi siapa Dyer Cross yang sebenarnya. Dia nak main-main dengan aku sangatkan, baik aku akan tunjukkan pada dia permainan sebenar aku. BIAR DIA TAHU LANGIT TU TINGGI ATAU RENDAH, FORD HEIDEN!"

Dendam Dyer semakin membuak-buak menguasai dirinya.

"Apa sahaja untuk kau Dyer, nyawa sekalipun aku sanggup berikan pada kau kerana aku hanya setia pada Declan. Itu sumpah aku pada kau Dyer."

Balas Dimitri tersenyum sinis di belakang Dyer.

"Bagus. Aku harap kau tahu apa yang kau perlu buat lepas ni."

Dyer memberikan arahan mautnya sebelum beredar.

Dimitri hanya mengangguk sekali bersama anak matanya memandang bawah tanda fahamnya dan terus membukakan pintu kereta untuknya sebagai penghormatannya.

~~~~~~~~~~~~~~~

Sebaris tiga buah kereta mewah hitam milik Dyer telah di lindungi empat soldiers termasuk Dimitri pada setiap penjuru hadapan dan belakang dengan menunggang motorbike hitam masing-masing mengiringi Dyer.

Hari ni hari kau Ford. Dan hari aku akan tiba nanti. Kau silap kalau kau rasa kau lebih hebat dari aku sebab orang mempunyai sisi lembut macam kau sememangnya tak layak langsung untuk jadi CAPO DECLAN sedangkan aku lebih layak lagi daripada kau.

AKU TAK SABAR NAK TENGOK KAU MELUTUT PADA AKU SATU HARI NANTI UNTUK MINTA NYAWA KAU DARIPADA AKU FORD HEIDEN!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience