|-|Urt² 8

Romance Series 12069

Nasib malang aku malam tu rupa-rupanya masih lagi belum berakhir sebaik sahaja aku melangkahkan kaki aku ke arah pintu masuk pangsapuri aku apabila aku melihat beg pakaian milik aku telah pun di letakkan di luar.

~~~~~~~~~~~~

"JOM, IKUT AKU!"

Muncul lelaki itu dengan menunggang motorbike hitamnya mengekori Hazel secara perlahan yang sedang berjalan kaki di tepi jalan.

"KAU MASIH EKORI AKU LAGI?! Kau tak penat ke huh?"

Hazel menjelingnya tajam dan terus ke arah perhentian bas untuk duduk kerana keletihan.

Kedegilan Hazel membuatkan lelaki itu juga turut mengikutinya dengan duduk bersebelahannya sejurus memberhentikan motorbikenya.

"Tak. Aku tak akan tinggalkan kau. Dan aku tak peduli sama ada kau suka atau pun tidak aku tetap akan duduk dekat sini dengan kau sampai kau ubah fikiran kau untuk ikut aku."

Jawabnya selamba tanpa rasa takut pada reaksi kasar Hazel.

"Nampaknya kau ni salah orang sebab aku tak sebodoh tu yang senang-senang je nak ikut kau lagipun aku bukannya kenal kau pun sedangkan nama kau pun aku langsung tak tahu!"

Sindirnya tajam.

Lelaki itu terus mengeluarkan sesuatu yang di selitkan pada belakang bajunya yang menyerupai pisau rambo.

"Nama aku FORD HEIDEN. Kau boleh panggil aku Ford. Aku nak kau simpan pisau ni untuk kau gunakannya dekat aku kalau kau rasa takut pada aku, deal?"

Ford cuba meyakinkannya.

Tangannya di pegang Ford untuk menyerahkan pisau itu padanya sambil kedua anak matanya di renung Ford lembut.

Masa seakan-akan terhenti seketika tanpa mereka berdua sedari apabila masing-masing sedang leka menatapi wajah sesama sendiri sehinggalah suara seseorang menyedarkan mereka berdua kembali.

"Itu bukan tiga orang lelaki mabuk dekat kelab ke yang cuba apa-apakan aku tadi?"

Hazel memandang tajam mereka bertiga yang berjalan mabuk ke arah kereta mereka.

"YUP! Dan aku tak akan apa-apakan mereka bertiga selagi kau tak berikan aku isyarat mata kau pada aku untuk aku ajar keldai-keldai tu."

Ford mengeyitkan seksi mata kanannya sekali pada Hazel.

Usikkan Ford membuatkan mata Hazel terkelip-kelip memandangnya juga mulutnya terus terkunci hilang segala ayat-ayatnya untuk menjawab kerana rasa malunya atas usikkan Ford itu.

"Nampaknya aku dah dapat banyak sangat isyarat mata daripada kau. Thanks..."

Perlinya dengan reaksi Hazel atas godaannya tadi cuba mencairkan hati beku Hazel padanya.

"TIDURLAH KORANG DEKAT ATAS JALAN MALAM NI!"

Ford menumbuk mereka bertiga sehingga pengsan.

"KITA KENA LARI SEKARANG FORD SEBELUM POLIS NAMPAK KITA!"

Jeritnya dengan menarik tangan Ford membawanya lari ke arah motorbike.

"Kenapa kau tak naik? Kau masih tak percayakan aku lagi ke?"

Bertanya Ford pelik menyedari Hazel masih lagi tercegat memerhatikannya yang sedang menunggang bersedia untuk memecut.

"Aku Ford dan kau Jun. Sekarang, kau dah pun kenal akukan? Jadi kau tunggu apa lagi, naiklah. Atau kau nak tidur dalam lokap malam ni?"

Mengusiknya lagi.

Aku sendiri tak sangka yang aku akhirnya bersetuju juga untuk mengikuti Ford ke mana sahaja dia pergi. Ford lelaki yang aku baru sahaja kenal tapi seolah-olah aku merasakan yang TRISTAN AKU TELAH KEMBALI SEMULA pada aku.

Malam itu juga aku tak berhenti-henti tersenyum dengan tanganku memeluk kuat dan erat pada Ford yang membawa aku menunggang motorbike bersamanya meluncur dengan begitu laju di bandaraya penuh sesak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience