Bab 23

Family Completed 32727

Pagi ni aku terbangun awal kerana terasa berat bagi aku nak perpisah dengan paksu. Sebab pagi ni paksu akan balik ke penang. Dan sebelah petangnya paksu akan menaiki kapal terbang dari pulau pinang ke kemboja.

Aku lihat jam baru pukul 4 pagi tapi mata sudah tak mahu terlelap. Jadi aku bangun pergi bilik air ambil wuduk untuk sembahyang sunat. Selesai sembahyang mata ku terlalu asyik memandang wajah paksu yang masih tidur.

Mungkin berapa minggu ni paksu mesti letih terpaksa ulang alik ke kuala lumpur.Tua-tua pun nampak segak dan hansem juga suami aku ni,bisik hatiku.

"Ada apa dekat muka abang ni,sampai tak berkelip mata tu" kata paksu yang tiba-tiba membuka mata.

"Tadi ada nyamuk dekat muka abang, tapi tetiba hilang. Tu yang Diana duk perhati muka abang, kut la nyamuk tu menyorok dalam lubang hidung abang." kata ku.

"Ada-ada ja la isteri abang ni. Abang tahu sebab muka abangkan kacak tu Diana duk ralit tengok muka abang" kata paksu.

"Mana ada,abang ja yang perasan lebih" kataku sambil menahan malu.

Tiba-tiba paksu memelukku dengan erat.

" Diana,abang cinta dan sayang Diana" bisik paksu padaku.

"Haaa apa dia,cuba ulang balik" kataku.

"Abang cintakan Diana" kata paksu agak kuat sedikit.

"Diana pun cintakan abang" kataku malu-malu.

Paksu memandang wajahku tersenyum. Tiba-tiba tangan paksu dengan gatalnya menyusuri tubuhku. Selanjutnya faham-faham ja la apa yang terjadi.

Selesai melakukan hubungan suami isteri aku minta paksu mendukungku ke bilik air. Angin manja dan mengadaku dah datang pulak dah. Tapi paksu ikutkan ja siap dukung aku masuk bilik air lepas tu kami mandi bersama.

Sebenarnya lepas aku kahwin tinggal dekat penang ayah tambah buat bilik 1 lagi. Dan dalam bilik tu siap ada bilik air dan tandas sekali. Modal buat bilik dan tandas tu paksu yang bagi sebenarnya.

Pagi selepas sarapan paksu minta diri untuk pulang ke penang. Sebab sebelah petang paksu akan berangkat ke kemboja pulak.

Pagi ni aku asyik berkepit ja dengan paksu. Entahlah hati aku rasa tak boleh nak berengang dengan paksu.

Masa paksu nak masuk dalam kereta tangan aku tarik tangan paksu dan peluk badan paksu. Entah kenapa air mata ku jatuh. Lalu paksu mencium dahiku.

"Jangan macam ni,abang pergi sekejap ja dalam 3 hari. Nanti abang belikan buah tangan untuk Diana" kata paksu.

Aku hanya diam dan kepalaku menganguk mendengar kata-kata paksu.

"Sudah la jangan duk sedih sangat, suami hang pergi tak lama" kata mak.

"Aiman hang pergi ja. Diana tu biasa la orang mengandung memang macam tu, sedih tak tentu pasal" kata ayah.

Paksu pun masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin lalu pergi menuju ke penang. Entah kenapa hatiku terasa sedih sangat kali ni nak berpisah dengan paksu.

Sudah 3 hari paksu berada di kemboja. Sehari sekali paksu akan telefon aku. Paksu memberitahu aku esok dia akan pulang. Tak sabarnya menunggu hari esok. Malam ni aku susah nak tidur asyik teringat dekat paksu. Paksu kata dia ada belikan hadiah untuk aku.

Paginya dalam pukul 10 paksu hantar whatsap bagi tahu dia dah mendarat dekat penang. Dan sedang dalam perjalanan ke rumahku.

Kekadang aku akan melihat jam sambil menanti kedatangan paksu. Sampai pukul 1 kelibat kereta paksu tak muncul-muncul juga.Aku semangkin gelisah kerana hari sudah petang tapi paksu tak sampai-sampai juga. Sedang perjalanan dari penang ke rumahku hanya mengambil masa dalam 2 jam saja.

Aku cuba menefon paksu tapi telefon paksu tidak aktif. Kenapa paksu ni tak sampai lagi ,kata hatiku. Aku asyil mudar-mandir di dalam rumah.

"Diana mungkin Aiman ada hal kut,tu yang lambat ni" kata mak cuba menenangkan hatiku.

"Tapi tadi abang Aiman kata dia dalam perjalan ke rumah kita" kataku.

"Sabar, nanti sampai la tu" kata ayah.

Dalam pukul 7 malam tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku cepat-cepat mengambil telefon bimbit ku. Mengharap paksu yang telefon. Tapi di skrin telefon itu muncul nama maklong kakak paksu yang menefon.

Aku pun angkat walau rasa hairan kenapa maklong telefon nak dekat magrib ni.

"Assalamualaikum. Hello diana."kata maklong.

"Walaikumusalam. Ada apa maklong." kataku.

"Diana hang kena kuat semangat dan kena banyak bersabar" kata maklong buat aku rasa hairan.

"Kenapa maklong" kataku.
"Ni tentang Aiman,Aiman kemalangan kereta di jambatan pulau pinang dan kereta dia terjunam masuk dalam laut" kata maklong.

Aku mendengar kata-kata maklong terkejut dan menangis. Ayah dan mak melihat keadaanku yang seperti hesteria terus pergi kearahku. Ayah mengambil telefon di tanganku dan bercakap dengan maklong. Mak pula memelukku cuba untuk menenangkanku.

Kepalaku terasa berat dan mataku menjadi kabur. Dan aku pingsan di pakuan mak.

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-01-21 15:37:40 

Ya allah kesiannya diana.


NovelPlus Premium

The best ads free experience