Bab 9

Family Completed 32722

Lagi 2 minggu aku akan bernikah dengan anak sepupuku Ardiana. Betul ke tindakan aku ni. Diana gadis lasak yang selalu melakukan kerja-kerja lelaki.

Diana jauh beza dengan bekas-bekas awek aku. Aku mahu bernikah dengannya sebab dah tak dak perempuan lain yang boleh aku pilih dah. Kalaulah izati tu dah habis belajar memang aku akan pilih izati adik Diana. Tapi Izati masih berlajar mana mungkin sepupu aku mahu bagi.

Aku Mohd Aiman Bin Nordin. Aku lulusan universiti bagian pengurusan bank. Tapi aku terpaksa ambil alih syarikat ayah aku lepas ayah aku jatuh sakit 6 tahun lalu. 2 tahun kemudian ayah aku meninggal.

Aku hanya 2 beradik ja. Kakak perempuan aku dengan aku jarak umur 8 tahun. Kakak aku ada 2 orang anak. seorang lelaki dan seorang perempuan.

Suami kakak aku ada buka kedai Hardware untuk barang-barang pembinaan. Kekadang syarikat aku akan beli barang-barang pembinaan dekat kedai abang ipar aku.

Ardiana ni kekadang aku rasa kagum dengan dia. Kerana dia memang cekap buat kerja-kerja kasar ni. Selalu nampak macam tak dak masalah ja. Sepupu aku kata Diana ni pandai berjimat dengan duit. Motor dinamik dia tu pun beli guna duit dia sendiri.

Sebelum ni aku ada ja awek. Kawan dah lama dari sekolah menengah tingakatan 4. Tiba-tiba masa tinggal lagi 1 sementer lagi aku nak habis berlajar awek aku tu bertunang dengan orang lain. Masa dia dah bertunang, awek aku tu masih berhubung dengan aku lagi.

Ingatkan aku masih ada peluang lagi sebab awek aku selalu mengadu tentang tunang dia. Rupanya dia hanya cari aku bila ada masalah ja. Bila dia tengah seronok dengan tunang, dia tak hubungi aku pun. Tup-tup dapat tahu dah nikah dah. Itu pun kawan aku yang pernah satu sekolah bagi tahu. Lepas tu apa lagi aku block la nombor dia.

Kecewa dan sakit hati aku tak dapat nak gambarkan. Sampai keluar juga air mata jantan aku ni. Lama kut aku kawan dengan dia siap aku pernah hadiah kan dia jam tangan harga RM 400.00 untuk hari lahir dia. Nasib baik la jam tu harga RM 400.00 ja. Kalau RM 4000.00 memang aku minta balik la jam tu.

Lepas awek aku tu kahwin memang aku tak dak dah nak kawan dengan perempuan serius sangat. Sebab serik nanti berkawan sampai nak rak tahu-tahu jodoh orang lain.

2 minggu lagi aku akan bernikah dengan Ardiana demi ibu aku. Sebab kanser ibu aku dah peringkat akhir doktor pun cuma boleh bagi ubat tahan sakit ja lagi. Sebelum ibu aku pergi biarlah dia dapat tengok aku bernikah. Jadi tak perlu dia duk susah hati pasal jodoh aku dah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience