Bab 5

Family Completed 32722

Hari ni aku pergi tolong ayah menabur baja di bendang. Ayah aku ada buat bendang dalam 6 petak ja. Hari ni kami baru tabur baja 3 petak bendang ja.Esok pagi baru sambung lagi 3 petak

Balik dari bendang aku tengok mak dah tunggu kami di depan pintu. Muka mak nampak agak cemas sikit.

"Ada apa mak,muka mak nampak cemas ja." tanya ku.

"Ayah hang mana? Tadi paksu Aiman telefon bagi tau tuk Ma sakit masuk hospital." jawab mak.

"Tu ayah tengah bersihkan tong mesin baja tu kat tepi parit." ucap ku. Tak lama kemudian ayah pun sampai dengan membawa tong bekas tabur baja tadi. Aku pun ambil tong tu simpan dalam stor. Aku kalau guna tong ni tak la bubuh baja banyak macam orang laki. Aku buh separuh ja bajanya kalau buh penuh alamatnya tak terangkat la tong tu. Faham-faham la tenaga perempuan tak sekuat tenaga lelaki.

Sampai ja ayah mak terus bagi tau pasal tuk Ma masuk hospital. Mak saudara belah mak aku yang masih hidup hanya tinggal tuk Ma ja lagi. Tuk aku belah mak dua-dua dah tak ada. Belah ayah pun sama juga. Jadi hanya tuk Ma tuk kami yang tinggal,walau hanya tuk saudara ja.

" Esok lepas selesai membaja lagi 3 petak bendang kita pi penang tengok tuk Ma" kata ayah masa kami satu keluarga berkumpul di ruang tamu selesai makan malam.

"Tapi izati tak boleh ikut la sebab esok ada mata perlajaran penting "kata Izati.

" ifah pun tak boleh ikut sebab ada ujian esok"ucap Afifah.

"Izara pun esok ada kelas tambahan." sambung izara pula.

"Macam ni ja la esok ayah pi dengan mak dan kak Diana ja. Malam kami balik la. Nanti izara ayah suruh makngah hangpa tolong ambik balik sekolah." ucap ayah.

Makngah adik pada ayah tinggal sebelah rumah ja. Anak makngah pun ada yang sebaya Izara.

"Kalau mak,ayah dan kak Diana lambat sangat balik hangpa tumpang ja tidur rumah makngah. Nanti pagi nak bersiap pi sekolah balik rumah balik. Lagi pun sebelah rumah ja pun" kata mak pulak.

Siap saja membaja bendang aku,ayah dan mak pun bertolak pergi penang. Aku pun memandu kereta ayah aku Nissan sani. Kereta ni walau pun kereta lama tapi dah merata dah aku bawa kereta ni. Enjin pun baru overhaul ja ni.

Sampai kat penang kami terus pergi kat hospital besar Pulau Pinang. Mak aku dah telefon paksu dan paksu pun dah tunggu kat depan bangunan hospital. Aku berhenti kan kereta kat depan bangunan tu untuk turunkan mak dan ayah. Lepas tu baru aku pergi cari tempat parking.

Mak aku duk kat kerusi roda ayah aku tolak. Walau pun mulanya dia tak mau bawa kerusi roda dia tapi aku dan ayah suruh jugak guna. Bukan apa nanti tiba-tiba kaki mak lemah kan jadi susah pulak.

Kami pun ikut paksu pergi ke wad tempat tuk Ma di rawat. Sampai di wad ada maklong kakak pada paksu. Aku pun bersalam dengan maklong dan tuk Ma. Tuk ma senyum pada aku.

Paksu kata penyakit kanser tuk Ma dah merebak. Tuk Ma memang ada penyakit kanser payudara tapi dah buang dah 10 tahun lalu. Sebab tu paksu dan maklong tak sangka rupanya dalam diam kanser tu dah merebak. Sedangkan selama ni lepas melakukan pembedahan dan kimo tuk Ma nampak sihat. Sebab tuk Ma rasa sihat dia tak mahu dah ulang-ulang pergi hospital. Sepatutnya 6 bulan sekali akan ada temu janji ulangan tapi tuk Ma tak pergi alasannya dia rasa sihat.

Tengah mak,ayah dan maklong bersembang dengan tuk Ma,tiba-tiba paksu tarik tangan aku." Jom ikut paksu ada hal paksu nak bincang dengan Diana"

Aku pun mengikuti paksu dari belakang. Paksu bawa aku pergi makan di gerai sebelah bangunan hospital.

Selesai ambil nasi dan lauk untuk kami makan. Aku dan paksu duduk di satu meja.

" Ada hal apa paksu nak bincang dengan Diana ni" tanya ku.

"Paksu nak Diana nikah dengan paksu" jawab paksu.

Aku terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut paksu."Biar betul paksu ni".

"Betul la Diana, ni semua demi tuk Ma. Tuk Ma nak paksu nikah sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir .Tapi paksu dah putus dengan awek paksu. Jadi paksu rasa Diana ja yang yang boleh jadi isteri paksu." kata paksu.

"Tapi paksu dengan mak kan sepupu rasa pelik la pulak" ucap ku dengan mengarukan kepala.

"Kali ni ja paksu minta tolong dengan Diana. Tapi dari segi hukum kita memang boleh nikah. Paksu janji bila dah nikah nanti paksu akan jaga Diana dengan baik dan paksu akan bagi modal untuk Diana ambik lesen lori tu." ucap paksu lagi.

Aku bagi tahu paksu nak fikir dan bincang dengan keluarga aku dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience