Bab 22

Family Completed 32722

Seronok pulak duk dekat rumah mak ayah aku ni. Hari ni ayah aku pergi kait buah sawit sebab dah banyak yang masak. Tapi mak dan ayah tak bagi aku ikut alasannya sebab aku tengah mengandung.

Lama juga aku tak kait buah sawit ni. Boring pulak asyik duk rumah ja. Tapi demi anak aku dalam perut ni aku ikutkan ja la kata mak ayah.

"Mak nak keluar sat,pergi kebun sawit tengok ayah" kataku.

"Hang nak buat apa pi sana, pakcik Din ada dengan ayah kat kebun sawit tu" kata mak.

"Ala mak ni boring la duk rumah ni,Diana bukan nak kait sawit pun.Diana cuma nak tolong kutip buah sawit yang terlerai tu buh dalam plastik ja" kata ku.

"Hang ni Diana memang tak reti duk diam. Pi la tapi jangan duk gatal pi angkat buah sawit pulak." kata mak.

Lepas mak bagi kebenaran, aku apa lagi ambil kunci motor dinamik dan start terus la pergi hala kebun sawit ayah. Kereta gading ayah dah bawa tadi.

Sampai dekat kebun sawit aku tengok ayah dan pakcik Din tengah duk berehat. Aku pun pergi parking motor dan pergi ke arah ayah dan pakcik Din.

"Hang buat apa mai sini Diana" tanya ayah.

"Diana nak tolong kutip buah sawit yang terlerai buh dalam plastik" kata ku.

"Ada-ada ja hang ni Diana, tu belah sana banyak buah sawit yang lerai. Jangan duk gatal tangan angkat buah sawit yang besar-besar tu" kata ayah.

Aku pun ambil plastik dan pergi ke tepi-tepi pokok sawit untuk mengutip buah sawit yang terlerai dari tandannya. Banyak juga aku dapat kutip dalam 2 guni plastik baja.

Lepas selesai kutip ayah tolong tuang dalam kereta gading.

"Aiman suami hang tu bila nak mai?" tanya pakcik Din

"Sabtu ni baru dia mai"kataku.

" Diana hang pi balik la,dah tengahari ni"kata ayah.

"Haala, Diana balik dulu" kataku sambil menuju ke arah motor.

Sampai di rumah aku lihat ada kereta hilux paksu. Hairan juga aku kenapa paksu datang hari ni sebab paksu janji nak datang hari sabtu. Hari ni baru hari khamis.

Aku mematikan enjin motor lalu turun dan memberi salam sebelum masuk ke rumah. Paksu menjawab salamku.

Paksu menghulurkan tangan padaku dan aku pun nyambut tangan paksu untuk salam dan cium. Dan paksu membalas dengan memberi ciuman di dahiku.

"Diana dari mana,kenapa badan basah dengan peluh ni?" tanya paksu.

"Diana dari kebun sawit ayah,abang mak mana" tanya ku.

"Mak ada dekat dapur" kata paksu.

Aku pun terus pergi menuju ke dapur. Aku lihat mak sedang membancuh air. Mak berapa hari ni jarang guna kerusi roda lebih suka guna tongkat jika di rumah.

"Mak biar Diana yang buat,mak duduk ja." kataku.

"Dah siap dah pun, Diana hang pi hidang nasi dengan lauk pauk letak dekat meja,ajak Aiman makan" kata mak.

"Tunggu adik-adik dengan ayah balik dulu la" kataku.

"Lambat kalau tunggu depa. Ayah hang dalam pukul 3 sat gi baru balik. Adik-adik hang yang 2 orang tu ada koko. Izati ada kelas tambahan".kata mak.

Aku pun siapkan nasi dan lauk pauk di atas meja makan. Tengahari ni aku makan bertiga dengan mak dan paksu.

Tengah makan tiba-tiba mak bersuara.

"Diana hang tak mahu bagi tau sesuatu pada suami hang"tanya mak.

Paksu memandang ku bila mendengar kata-kata mak tadi.

"Nanti la dulu" kataku.

"Ada apa ni." tanya paksu

"Tak dak apa la" kataku.

"Diana petang ni jom pergi pantai,kita naik motor dinamik Diana. Tapi kali ni biar abang yang bawa pergi dan balik"kata paksu.

"Haa la" kataku.

Selesai makan aku mengemas dan mencuci pingan. Dan paksu membantu dengan menyusun pingan di rak.
Mak membiarkan aku dan paksu berdua di dapur.

"Diana masih marahkan abang,tolong maafkan abang" kata paksu.

Mulanya aku diam ja,tapi kemudian aku memandang paksu.

"Diana dah maafkan abang,tapi abang kena bagi perjelasan dekat Diana." kataku.

"Nanti kita ke pantai, abang akan jelaskan segalanya" kata paksu sambil memelukku dari belakang.

"Abang,malu la sikit ada mak kut" kataku.

"Abang rindu dekat Diana" kata paksu.

"Diana pun rindu dekat abang" kataku.

Petang dalam pukul 5.00 aku dan paksu pergi ke pantai menaikki motor. Sampai di suatu tempat yang redup,paksu pun mematikan enjin motor. Paksu dan aku pun turun dari motor dan duduk di bawah pokok di tepi pantai.

Duduk saja di bawah pokok tiba-tiba paksu memengang tanganku dan mengegam tapak tanganku.

"Diana sebenarnya Azlin minta bantuan abang, untuk bantu suami dia yang di tahan di kemboja. Sebab abang ada kawan yang bekerja di wisma putra"kata paksu.

"Kenapa tak bagi tahu Diana awal-awal."kataku.

"Abang tak tahu nak jelaskan macam mana dengan Diana. Sebab abang ingat bila nak pergi ke kemboja baru abang akan beritahu segalanya pada Diana"kata paksu.

"Abang bila nak pergi ke kemboja"tanya ku."

"Jom ikut abang pergi hari sabtu ni ke kemboja,boleh bulan madu sekali"kata paksu.

Bila mendengar kata-kata paksu ada rasa teruja di hatiku. Tapi aku sekarang ni tengah mengandung trismeter pertama dan masih terasa mual dan pening. Tekanan darah aku pula rendah sebab tu aku selalu pening.

"Abang rasanya Diana tak boleh ikut"kataku dengan nada yang agak lemah.

"Kenapa pula?" tanya paksu.

"Sebab.. Masih ada 1 lagi janin dalam perut Diana ni"kataku.

Paksu terngamam mendengar kata-kataku.

"Betul ke ni"kata paksu sambil mata paksu berkaca-kaca.

Aku menganguk dan paksu memeluk ku.Aku melihat ada titisan air keluar dari mata paksu.

"Tolong jaga diri baik-baik demi anak kita"kata paksu sambil tangan kanan paksu mengusap perutku.

Hampir magrib baru aku dan paksu pergi dari tepi pantai. Dan paksu membawaku ke shoping mall, hampir setengah jam perjalanan. Sampai di shoping mall paksu ke surau muslimat dan aku ke surau muslimin untuk sembahyang magrib.

Selesai sembahyang magrib paksu membawaku menonton wayang. Tapi tekakku terasa mual kerana bermacam bau masuk di hidungku.

"Abang tak tahan,rasa nak muntah" kataku sambil menarik tangan paksu untuk keluar.

Keluar saja dari pawagam aku terus ke tandas memuntahkan isi perutku. Paksu berdiri di tepi pintu tandas wanita menunggu ku.

Orang yang lalu lalang melihat paksu dengan hairan. Tapi selamba ja paksu cakap"Saya tunggu isteri, dia muntah-muntah dekat dalam". bila ada mata-mata memandang kearahnya

Sebelum balik paksu ajak pergi makan dulu. Paksu kata tadi aku dah muntah jadi sekarang kena ganti balik la. Sampai di rumah keluargaku sudah pukul 11 malam.

Malam ni aku tidur dalam pelukkan paksu. Selang lagi sehari lagi paksu akan pergi ke kemboja. Aku sedar paksu punya hati yang baik walau sudah di kianati tapi tetap menghulurkan bantuan bila di minta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience