Bab 20

Family Completed 32722

"Kak,perut Diana rasa sakit" kataku sambil memengang perutku.

Kak farah dengan gelabahnya memanggil berapa orang rakan kerja untuk membawaku ke hospital. Pakcik Mamat menghidupkan enjin kereta kancilnya untuk membawaku ke hospital. Sementara kak farah memapahku untuk masuk ke dalam kereta. Kak farah pun ikut menemani ku ke hospital.

Di dalam kereta kak farah cuba menefon paksu tapi tak berjawab pun. Aku memberikan telefonku kepada kak farah untuk menyuruhnya menelefon mak ku di kampung.

" Assalamualaikum. Ni mak Diana ke.tanya kak farah.

"Saya nak bagi tahu Diana tadi jatuh tangga. Ni tengah nak bawa dia pergi hospital ni sebab perut dia sakit. Diana mengandung." kata kak farah.

Tak lama kemudian sampai di hospital aku turun dari kereta dan di bawa ke ruang kecemasan dengan kerusi roda. Selepas aku di bawa masuk ke dalam ruang kecemasan. Aku minta kak farah dan pakcik Mamat balik tak perlu tunggu aku. Tapi mereka ingin menunggu sampai ada waris aku yang datang.
Selepas doktor melakukan apa yang patut padaku.Aku di pindahkan ke wad. Hampir 2 jam kemudian ayah dan mak aku sampai dengan pakngah. Ayah kata kebetulan pakngah cuti. Lagi pun cepat sikit sampai bawa kereta pakngah.

Doktor mengatakan aku keguguran. Dan kandungan dah masuk 2 bulan lebih. Memang sedih tak mampu ku ungkapkan. Paksu datang agak lewat dalam pukul 6.30 petang.

Sampai saja, paksu terus bersalam dengan mak,ayah dan pakngah. Dan ayah menyerahkan janin yang sudah di bungkus oleh pihak hospital kepada paksu untuk di kebumikan.

Selepas itu mak,ayah dan pakngah pun pulang ke kampung. Semasa bersalaman dengan mak dan ayah air mataku mengalir.

"Mak esok kalau Diana boleh balik dari hospital. Diana nak balik rumah kita kat kampung." kata ku sambil menangis.

Selepas mak,ayah dan pakngah pergi. Tinggallah aku berdua dengan paksu. Tiba-tiba paksu mengegam tapak tangan ku dengan kuat sambil mencium dahiku.

"Maafkan abang sebab tinggal Diana tadi" kata paksu dengan mata berkaca-kaca menahan air mata.

Aku hanya diam mendengar kata-kata paksu.

"Abang tahu sejak akhir-akhir ni abang kurang bagi perhatian pada Diana. Sampai Diana mengandung pun abang tak tahu. Tolong maafkan abang" kata paksu.

"Tapi semuanya dah terlambat, anak kita pun dah tak dak. Kalau paksu sayang sangat dekat perempuan tu pergi la." kataku.

"Percayalah,abang dengan Lin tak ada hubungan. Lin tu bekas awek abang tapi dia dah kahwin. Dia cari abang untuk minta tolong. Jadi abang bantu apa yang mampu. Abang tak sangka Diana akan salah faham."kata paksu.

"Terpulang la dekat abang,Diana tak mahu ambil kisah". Kataku.

"Diana,abang pulang dulu ya nak uruskan janin ni." kata paksu sambil mencium dahiku sebelum pergi.

Hari ni aku sudah boleh keluar dari hospital. Paksu datang dalam pukul 12 tengahari untuk uruskan discharge aku dari hospital. Keluarga ku tidak datang hari ini mereka hanya menunggu di kampung. Kerana paksu sudah berjanji dengan ayah akan membawaku balik ke kampung terus hari ni selepas keluar dari hospital.

Dalam pukul 2 setengah petang aku sampai di rumah keluargaku. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri saja. Kekadang paksu cuba juga untuk bersembang denganku. Tapi aku sikit pun tak menyahut.

Malam ni paksu bermalam di rumah keluargaku. Esok pagi paksu akan pulang ke penang balik. Aku malas nak fikir sangat pasal paksu. Entah kenapa hatiku terasa ingin terus berada di samping keluargaku.

Aku rasa bahagia berada di samping keluargaku. Sebenarnya ada benda yang tak ku beri tahu pada paksu.

Sudah 3 hari aku berada di rumah keluargaku. Hari ni pagi-pagi kepala ku terasa pening dan tekakku merasa mual. Kerana pagi ni adikku izati memasak kek. Kerana bau kek itulah aku merasa mual dan muntah.

Keluargaku memandang ke arah ku yang baru keluar dari bilik air nampak hairan.

"Diana hang sakit ke? Kalau sakit jom suruh ayah bawa pergi hospital." kata mak.

"Tak la mak. Diana mana ada sakit" kataku tersenyum.

"Kalau hang tak sakit,kenapa muntah-muntah hang kan dah gugur. Takut ada sakit lain ja ni" kata Izati.

"Sebab hang la ni masak kek sapa suruh. Yang gugur 1 ja,yang lagi satu masih ada dalam perut lagi." kataku sambil tersenyum pada mereka.

"Apa! anak hang kembar sebenarnya." kata Izati teruja.

"Tapi nak buat macam mana sekarang ni tinggal 1 ja. Lahir nanti dah tak dak kembar." kataku.

"Bersyukur, sekurang-kurangnya ada juga." kata mak.

"Aiman tahu tak ni" tanya ayah.

"Diana tak bagi tau pun dekat abang Aiman."kataku.

" Diana hang ada masalah apa dengan Aiman ni."tanya mak.

"Biarlah mak,abang Aiman lebih pentingkan orang lain dari isteri sendiri." kataku menahan sebak.

"Hang kena bagi tau dekat Aiman. Aiman tu suami hang." kata ayah.

"Nanti hari sabtu ni abang Aiman mai sini baru Diana bagi tau." kataku.

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-01-20 00:10:36 

sedih la kesian diana


NovelPlus Premium

The best ads free experience