Bab 3

Family Completed 32727

Lepas makan malam aku pun masuk bilik. Rumah aku ni ada 3 bilik saja. Aku berkongsi bilik dengan Izati dan Afifah berkongsi bilik dengan Izara. Bilik lagi satu tentu la bilik mak dengan ayah aku.

Malam ni aku tidur awal sikit sebab letih kut kait sawit. Esok ayah kata rehat dulu sehari. Lusa kena ikut ayah pi buat pagar batu kat rumah orang pulak.
Selalu kalau kerjanya banyak dan makan masa lama.ayah akan ajak 2 orang kawan ayah pakcik Din dan abang wan. Pakcik Din lebih kurang baya ayah. Abang Wan pula umur dalam 30 an dah kahwin ada anak 2 orang.

Mak aku pula kaki dia ada masalah sikit. Kekadang kaki mak aku boleh jalan sikit tapi bila dia terlalu banyak berjalan kaki dia jadi lemah dan tak boleh nak jalan. Doktor kata ada masalah saraf.

Hari ni aku ikut ayah buat pagar batu kat rumah orang. Ayah kata kerja tak la susah sangat jadi kami buat berdua je la. Ayah kata dalam 2 minggu siap la. Lagi pun rumah taman tak dak la panjang sangat.

Sampai-sampai aku pun mula la buat kerja. Pasang getah paip lepas tu mula la aku bancuh semen untuk ikat bata. Sementara tu ayah aku pula angkut bata untuk sapu dengan semen.

Dalam jam 5.00 petang aku dengan ayah pun balik ke rumah. Walau pun mak aku kadang-kadang kena duk kat kerusi roda tapi dia tetap akan masak juga untuk kami. Kalau harap aku yang masak untuk goreng lauk reti la dengan masak nasi. Untuk masak kuah-kuah ni tak reti.

Kalau buat kuih-muih atau kek adik aku Izati memang pandai. Sebab tu banyak orang yang berkenan kat izati ni. Izati pandai masak,pandai ambil hati orang tua cakap pun lemah lembut. Kawan lelaki aku pun banyak yang nak berkenalan dengan adik aku ni.

Walau aku ni lasak tapi aku pun pernah suka kat seseorang tau. Tapi tu la aku ingat dia pun sungguh suka kat aku tapi cuma ambil kesempatan kat aku. Bila tak dak duit selalu pinjam tapi tak pernah bayar balik pun. Sekali tu tak sengaja terjumpa dia bawa awek naik motor. Lepas tu apa lagi aku tuntut balik duit aku dan aku pun putus dengan dia.

Dah hampir seminggu buat pagar rumah orang dah nak dekat siap. Petang ni aku gan ayah balik lambat sikit. Sebab ayah ralit sembang dengan tuan rumah. Sampai rumah dah jam 6.30 petang.

Sampai rumah ada subuah kereta warna merah dekat halaman rumah.Tengok kereta tu aku dah kenal dah sepupu mak aku. Kami adik beradik panggil dia paksu. Sepupu mak aku ni rapat la sikit dengan keluarga aku.

Sepupu mak aku ni umur dia dah 33 tahun tapi bujang terlanjak. Tak tau la bila dia nak nikah entah. Nak kata tak dak awek tipu la. Duit pun banyak siap ada syarikat kontraktor bembinaan sendiri. Siap dapat tender kerajaan dan syarikat swasta lagi.
Aku pun parking kereta lepas tu ikut ayah aku keluar dari kereta. Kereta ayah aku kereta terpakai jenis nissan sani yang tahun 80 an punya.Nak masuk rumah ayah aku bagi salam. Aku masuk rumah tengok ada paksu dengan mak dia yang aku panggil tuk Ma. Aku pun salam dengan tuk Ma. Lepas tu minta diri nak membersihkan badan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience