Bab 27

Family Completed 32722

Sudah hampir 2 minggu paksu hilang dan belum di jumpai lagi. Setiap kali sembahyang aku selalu berdoa semoga paksu masih hidup. Dan anak dalam perutku dapat melihat ayahnya bila ia lahir nanti.

Sudah hampir 2 minggu juga lah aku tinggal di rumahku dan paksu. Dulu ada paksu di rumah ini. Tapi sekarang aku hanya sendiri, sekarang aku tak bawa lori dah. Aku banyak buat kerja di dalam pejabat saja dan melakukan kerja-kerja ringan.

Kekadang maklong dan ahli keluarganya akan datang menemani ku. Jika hari sabtu keluargaku dari kampung akan datang ke rumahku. Aku bersyukur kerana banyak orang yang mengambil berat tentang diriku.

Kandungan aku sudah masuk 4 bulan. Perutku ternampak sedikit buncit.Aku rindu sangat pada paksu. Aku ingin paksu ada sisi menemaniku melalui fasa mengandung.

Aku tetap yakin paksu masih hidup dan paksu akan datang berjumpa denganku kembali. Hari ini aku akan ke klinik untuk rutin memeriksa kandungan. Sampai di klinik ramai yang datang dengan pasangan masing-masing.

Terasa sebak di dadaku. jika paksu ada, paksu tentu akan menemaniku pergi klinik. Aku cuba menenangkan hati ku dengan memikirkan, aku harus kuat demi anak yang ku kandungkan aku tak perlu sedih. Aku juga harus terima semua ini dengan redha.

Selesai melakukan pemeriksaan kandungan aku balik terus ke rumah. Aku tidak singgah ke syarikat paksu kerana aku ingin mengemas rumah hari ini.

Berapa hari ini aku agak sibuk menguruskan kerja-kerja yang paksu tinggalkan. Jadi rumah pun tak berapa nak kemas jadinya. Sampai di rumah aku mematikan enjin kereta dan kekuar dari kereta. Aku mengambil kunci rumah dan membuka pintu.

Aku masuk ke rumah dan pergi kearah dapur untuk minum kerana tekakku terasa dahaga. Aku juga memakan nasi bungkus yang aku beli semasa dalam perjalan balik.

Kerana aku hanya tinggal seorang diri jadi aku jarang masak. Jika keluargaku dan maklong datang baru aku akan memasak.

Semasa mengemas di dalam laci meja kerja yang berada di dalam bilik sebelah bilik ku dan paksu .aku melihat ada album gambar lama.

Aku membuka album gambar itu dan melihat ada gambar ku,ahli keluargaku dan ada gambar paksu dan ahli keluarganya. Aku selak lagi album tu dan terlihat satu gambar aku bersama paksu berdua. Gambar ni masa aku baru balik sekolah. Sampai-sampai rumah ja paksu ajak bergambar. Nampak hodoh pulak gambar aku masa ni ya lah baru balik sekolah dengan tudung yang senget entah macam apa lagi. Skaf tudung aku pun terjulur keluar.

Paksu ni memang selalu kenakan aku. Paksu kalau ambil gambar aku mesti jadi tak senonoh. Tapi adik-adik aku elok pulak dia ambil gambar. Siapa sangka paksu yang selalu menyakat aku akhirnya jadi suamiku. Dan sekarang aku mengandungkan anak kami berdua. Aku harap anak dalam kandungan ku akan mengikut rupa paksu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience