Bab 24

Family Completed 32722

Setelah aku sedar dari pingsan,aku dan keluargaku bertolak pergi ke penang. Semasa melalui jambatan pulau pinang masih boleh lihat kesan kemalangan. Dan jalan pun agak jem dan sesak kerana kemalangan itu.

Di laut ada beberapa bot penyalamat membantu untuk mencari paksu di dalam laut.

Kerja-kerja penyalamat dan penyelam terpaksa di hentikan malam ini. Dan esok pagi akan di sambung kembali mencari paksu oleh kaki tangan penyalamat dan penyelam.

Malam ni aku dan keluargaku berkumpul di rumah maklong kakak iparku. Paginya kami mendapat tahu dari pihak polis bahawa pagi ini dalam pukul 10 kereta persona paksu akan di bawa naik dari dalam laut dengan mengunakan kren.

Dalam pukul 10.30 kereta paksu berjaya di naikkan. Tapi paksu tidak ada di dalamnya. Pihak penyelam dan penyalamat sudah berusaha tapi belum memjumpai jasad paksu.

Sudah 3 hari tapi masih belum menemui jasad paksu. Mak dan ayah sudah pulang ke kampung tapi aku ingin terus di penang. Aku tidak tinggal di rumah maklong tapi aku tinggal di rumah aku dan paksu.

Walau pun ramai yang mengatakan paksu mungkin sudah meninggal. Tapi aku tetap yakin paksu masih hidup selagi jasad paksu tak di temui.

Maklong minta aku ambil alih syarikat paksu sementara waktu ni. Maklong dan suaminya akan membantu apa yang patut. Kak farah serta pekerja-pekerja lain pun sudi membantuku.

Kerana aku mana faham sangat tentang syarikat paksu ni. Tapi aku akan cuba menguruskan apa yang patut.

Rupanya salah satu lori di syarikat paksu atas nama aku. Rumah yang aku tinggal bersama paksu pun atas nama aku juga. Kereta hilux tu pun rupanya sudah di tukar nama aku sebagai pemilik.

Aku tak sangka paksu akan buat semua ni untuk aku. Tapi apa gunanya jika paksu tidak ada. Aku tak perlukan semua ni. Yang aku perlukan sekarang ni adalah paksu suamiku Mohd Aiman Bin Nordin.
Aku perlukan suamiku apa lagi anak dalam kandunganku ni lebih memerlukan seorang ayah dari yang lain.

Paksu dekat mana, kenapa ketika aku dan paksu sudah saling mencintai semua ini terjadi. Paksu, Diana janji akan jaga anak kita baik-baik. Diana yakin selagi jasad paksu tak di jumpai kemungkinan paksu masih hidup,bisik hatiku

Aku kena kuat demi anak dalam kandungan aku ni. Aku tak boleh lemah semangat. Ini lah satu-satunya harta yang paling beharga yang paksu tinggalkan untukku.

Pagi ni aku akan ke syarikat paksu untuk menguruskan apa yang patut. Aku bersiap memakai baju dan tiba-tiba aku tegerak hati untuk memakai tudung pagi ni. Selama ni aku memang bukan jenis memakai tudung.

Masa sekolah dulu dalam sekolah ja aku pakai tudung. Keluar sekolah aku akan buka tudung. Adik-adikku semua jenis bertudung tak seperti aku.

Walau pun sembahyang aku tak pernah tinggal tapi aku belum sempurna menutup aurat. Mungkin apa yang terjadi ni teguran dari Allah untuk aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience