Bab 17

Family Completed 32722

Jam menujukkan 11.00 malam tapi paksu belum balik lagi. Kenapa dengan paksu dalam minggu ni dah jarang berada di rumah. Hati aku dah mula berfikir tak keruan. Untuk apa aku fikirkan paksu. aku kahwin dengan paksu bukan atas dasar cinta. Tapi kenapa aku rasa sesak di dada dan sakit hati bila paksu seperti tak mempedulikan aku.

Kenapa dengan hati aku ni. Oi hati patut hang sedar diri la. Paksu tu bukan sapa-sapa pun dah la tua. Hati hang kena tenang tau, biarlah paksu nak buat apa pun. Aku pun tak rugi apa pun. Lesen lori pun aku dah dapat. Pergi kerja pun aku bawa kereta hilux.

Mulut aku duk bercakap dengan hati macam orang bengong dah malam ni. Nasib baik tak dak orang. Aku cuba menenangkan hatiku sambil menunggu paksu tanpa sedar aku tertidur.

Paginya aku bangun tengok paksu ada di sisiku sedang tidur. Entah pukul berapa paksu balik pun aku tak sedar. Lalu aku bangun membersihkan diri dan pergi ke dapur untuk membuat air kopi untuk paksu.

Selesai membancuh kopi dan masak nasi goreng untuk sarapan.Aku pun masuk bilik balik untuk mengejutkan paksu dari tidurnya. Lama juga aku gongcang badan paksu untuk kejut dari tidur. Nampak letih sangat paksu. Entah apa yang di buat paksu malam tadi agaknya.

Lepas paksu bangun dan mengambil wuduk kami pun sembahyang berjemaah berdua macam selalu. Selesai sembahyang aku mengajak paksu sarapan.

"Abang jom sarapan,Diana dah siapkan" kataku.

"Diana sarapan la dulu. Abang nak tidur balik la. Hari ni abang tak masuk kerja." kata paksu.

"Tak pa la kalau macam tu" kataku sambil melihat paksu yang baring balik atas tilam selepas sembahyang.

Semakin sakit pula hati aku melihat kelakuan paksu. Sabar-sabar wai hai hatiku!bisik mulut ku masa aku menaikki kereta untuk ke syarikat paksu.

Sampai di syarikat paksu aku masuk ke pejabat dulu sebelum memulakan tugas memandu lori. Di dalam pejabat sudah ada kak farah.

"Kak farah awal hari ni" kataku.

"Kak farah baru sampai ja ni" kata kak farah.

"Eh,Encik Aiman tak masuk kerja ke hari ni?tanya kak farah melihat paksu tidak bersama denganku.

" Haah bos tak masuk kerja hari ni"kataku.

Aku pergi ke tempat scan pas untuk masuk kerja. Sampai di tempat scan aku mengambil pas kerja di dalam beg sandang aku. Tanganku meraba-raba dalam beg dan tak sengaja terkeluar sekali dengan pregnancy test yang aku beli semalam. Selepas scan pas kerja, aku masuk ke dalam bilik air dan membelek kotak pregnancy test tu untuk tengok cara-cara mengunakannya.

Selepas mengikut apa yang di tunjukkan kotak pregnancy test tu. Aku pun menunggu seketika sambil jantungku berdebar-debar. Dengan tangan yang bergetar-getar aku mengambil pregnancy test itu untuk mengetahui keputusannya.

Aku melihat ada 2 garis merah timbul. Aku agak terkejut melihatnya,boleh percaya ke alat ni bisik hatiku. Untuk kepastian aku keluar dari tandas dan mencari kak farah. Kerana kak farah lagi tahu sebab dah ada 2 orang anak.

" Kak farah mai sini sat"kataku.

"Ada apa Diana" tanya kak farah.

"Kak farah rasa boleh percaya ke benda ni" kataku sambil menunjukkan pregnancy test tadi.

"Mesti la boleh. Ada garis 2 tu maknanya Diana mengandung"kata kak farah agak teruja.

Aku terdiam mendengar kata-kata kak farah. Perasaan aku bercambur-baur, ada rasa gembira di hatiku kerana ada nyawa yang sedang tumbuh dalam rahimku.

" tentu encik Aiman gembira bila dapat tahu ni" kata kak farah.

"Kak farah boleh tak tolong rahsiakan dulu tentang Diana mengandung dekat semua orang, termasuk Encik Aiman sekali." kata ku.

" kenapa pulak" kata kak farah.

"Diana nak buat surprise untuk abang Aiman" kataku sambil tersenyum memandang kak farah.

"Ok, kak farah janji tak kan bagi tau sapa-sapa pun" kata kak farah sambil tersenyum padaku.

Hari ni aku hantar barang dekat kawasan dalam penang saja. Jadi tengahari aku balik kembali ke pejabat untuk mengajak kak farah makan bersama.

Aku dan kak farah pergi ke shoping mall. Sebab kak farah nak beli barang sikit. Dah alang-alang biarlah makan kat sini ja. Habis makan boleh beli barang terus. Aku dan kak farah pun pergi ke kaunter dan memesan makanan yang kami nak makan. Selesai membayar kami pun duduk di bangku yang masih kosong.

Bangku yang kami duduk dekat dengan pintu dan dinding dia kaca yang boleh nampak luar dalam. Sambil tu boleh melihat orang lalu lalang. Tak sengaja aku terpandang sosok tubuh yang aku kenal. Aku terkejut melihat paksu bersama seorang perempuan dan seorang budak perempuan dalam umur 4 tahun agaknya. Paksu siap dukung budak tu lagi.

Kak farah pun melihat ke arah pandangan mataku. Dan kak farah tergamam melihat apa yang aku lihat.

"Diana jangan fikir yang bukan-bukan tau. Nanti balik cuba tanya elok-elok dengan Encik Aiman" kata kak farah.

Aku diam ja mendengar kata-kata kak farah.

"Kak farah nanti Diana tak ikut beli barang. Diana tunggu dekat dalam kereta ja la." kata ku.

Kak farah pun pergi membeli barang yang ia inginkan. Aku pula pergi ke tempat parking kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience