Bab 6

Family Completed 32722

Semasa perjalanan balik dari hospital aku bagi tahu mak dan ayah tentang apa yang paksu katakan padaku.

"Mak,ayah tadi paksu ada bincang dengan Diana"

"Paksu bincang apa dengan Diana" tanya ayah.

"Paksu ajak Diana nikah dengan dia" kataku.

"Habis tu Diana jawab apa kat paksu" kata mak pulak.

"Diana kata nak bincang dengan mak dan ayah dulu. Tapi kenapa mak dan ayah tak terkejut pun dengar" kata ku.

"Sebenarnya hari tu tuk Ma datang dia memang dah bagi tau mak nak jodohkan Diana dengan paksu. Tapi tunggu paksu sendiri bagi tau dekat Diana. Kalau paksu dah cakap sendiri kat Diana tu terpulang la keputusan dekat tangan Diana. Mak dan ayah terima apa pun keputusan Diana." kata mak.

Selepas mendengar kata-kata mak aku terdiam. Dalam jam 9.00 malam kami pun sampai ke rumah. Tengok lampu rumah masih bernyala itu bermakna adik-adikku masih belum tidur lagi

Lepas mak dan ayah keluar dari kereta aku pun pergi parking kereta. Siap parking kereta baru aku masuk dalam rumah. Selesai membersihkan badan aku masuk bilik. Aku tengok Izati masih belum tidur lagi. Asyik membelek-belek buku dan kertas sambil menulis.

"Zati hang rasa kalau aku kahwin dengan paksu macam mana" tanya ku pada Izati.

"Kak Diana nak ke dengan paksu bujang terlajak tu" kata Izati.

"Entah lah,tapi paksu tu tak la tua sangat berduit pulak tu. Tadi kat hospital paksu ajak kak Diana nikah dengan dia. Izati rasa macam mana dari panggilan paksu jadi abang." kata ku.

"Hemm..betul juga dari panggil paksu lepas tu kena panggil abang pulak. Aduh tak dapat bayangkan,tapi terpulang dekat kak Diana. Bagi zati paksu tu orangnya baik juga. Tak macam bekas pakwe kak Diana dulu"kata Izati sambil ketawa kecil.

"Malas la nak fikir,kak Diana nak tidur" kataku sambil menarik selimut.

Malam ni mataku tak mampu nak terpejam asyik terfikir kata-kata paksu siang tadi. Betul juga kata Izati tadi paksu ni baik tak kedekut. Kalau mai rumah selalu ja beri duit dekat mak dan ayah termasuk aku dengan adik-adik.

Walau pun umur paksu dah 33 tahun tapi nampak muda macam umur 20an ja. Paksu pun boleh tahan juga rupa dia, ya la arwah ayah paksu keturunan cina. Jadi kulit paksu memang putih dengan mata sepet. Belah tuk Ma keturunan banjar.

Paginya aku terbagun lambat sikit,nasib sempat juga sembahyang subuh walau pun dah hujung-hujung waktu. Pagi ni aku dengan abah duk rumah ja buat apa yang patut dekat rumah. Letih semalam pun tak habis lagi.

Bayangkan paginya membaja 3 petak bendang. Siap-siap membaja lepas Zohor terus pergi penang 2 jam kut perjalanan. Lepas tu kereta pulak manual,stering pun bukan power stereng faham-faham ja la tangan kiri ni letih asyik tukar gear ja. Yang best dekat jambatan ja. Keluar jambatan jem pulak.

"Diana macam mana keputusan hang nak terima atau tak lamaran paksu hang tu." tanya ayah.

"Diana rasa nak terima ja. Kalau dapat mas kahwin sebiji lori lagi best" kataku.

"Diana hang jangan nak mengada-gada la nak mas kahwin lori pulak dah. Tak pernah di buat orang. Jangan nak jadi mata duittan sangat" kata mak.

"La Diana bergurau ja la mak bukan betul-betul."kata ku.

"Nanti hang telefon paksu bagi tau keputusan hang" kata ayah pula.

Malamnya aku panggil adikku Afifah dan Izara masuk bilik aku dengan Izati nak tanya pendapat mereka berdua tentang paksu. Izara seronok tak kira dia punya angan-angan kat majlis kahwin nanti nak jadi tukang bagi coklat. Afifah pulak tak kisah tapi bila jadi nikah dan buat majlis kenduri dia nak panggil kawan-kawan dia mai.

Aku nak tanya pendapat depa pasal paksu jadi abang ipar depa.Tapi Afifah dan Izara terus cerita tentang majlis kenduri,pening kepala dengan depa 2 beradik ni. Nampaknya pendapat Izati ja la boleh pakai

Selesai aku berbincang dengan adik-adiku,walau pun perbincangan yang carca merba ja pun. Aku ambil keputusan terima lamaran paksu.

Malam tu dengan berdebar-debarnya jantung aku ni lalu tangan ku mengambil telefon bimbitku. Dan menelefon paksu untuk memberitahu jawabanku.

"Assalamualaikum. Hello paksu."

"Waalaikumusalam. Diana dah buat keputusan ke.?" tanya paksu.

"Dah paksu, Diana rasaaaa.hemm Diana terima lamaran paksu tu." kata ku agak gugup sikit.

"Ok.terima kasih Diana. Ni paksu jadi sayang kat Diana. Paksu janji akan jaga Diana sebaik-baiknya." kata paksu.

"Sayang lah sangat,sayang ada makna " kata ku.

"Nanti paksu akan datang dengan Maklong untuk bincang pasal pernikahan kita dengan Ayah dan mak Diana" kata paksu.

Dah selesai berbincang dengan paksu tentang pernikahan aku pun mematikan telefon. Izati memandangku dengan tersenyum sambil berkata," tak sabar nak tengok kak Diana pakai baju nikah dan baju pengatin tentu cantik siap dengan makeup sekali"

Ya la tentu adik-adiku semua mesti teruja. Aku selalu suka pakai seluar panjang ja. Aku cuma berharap keputusan ku ni betul dan akan membahagiakan semua pihak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience