Bab 13

Family Completed 32722

Malam ni aku balik lewat sikit kerana singgah tengok ibu di rumah kakak. Lepas selesai makan pasembur bersama Diana,aku terus masuk bilik untuk menyelesaikan sedikit kerja yang belum siap.

Malam ni aku lihat Diana lain sikit dari selalu. Entah kenapa masa makan tadi pun dia banyak diam tak macam selalu. Aku melihat Diana memasuki bilik lalu menutup pintu bilik.

Selepas melihat Diana menutup pintu,aku menyambung kembali membuat kerja di atas meja tulisku. Sedang aku leka membelek dan mengira modal untuk projek baruku. Tiba-tiba aku merasakan ada tangan yang menyentuh bahuku dengan lembut.

Aku memandang ke arah Diana kerana hairan melihat tingkah lakunya hari ni.Bila aku bertanya ada apa. Diana nampak malu-malu nak menjawabnya.

Tiba-tiba hari ni dia bertanya kenapa aku lambat kahwin. Dah jodoh aku lambat nak buat macam mana. Lagi pun jodoh aku dengan dia kut lambat la aku kahwin.

Aduh yang tak boleh tahan tu. Dia boleh tanya aku gay ke normal. Sedangkan mula-mula dulu dia sendiri yang tak mau, tak kan aku nak paksa. Diana ni tangan dia boleh tahan sado la juga. Lagi pun Diana ada tali pinggang hitam untuk silat lincah. Masa sekolah menengah dulu merata dia masuk pertandingan dan membuat persembahan.

Mana berani aku nak paksa-paksa. Tapi nampaknya Diana dah beri lampu hijau malam ni. Sebab Diana nak aku buktikan jadi malam ni aku akan buktikan kejantananku.

Jangan sekali-kali kacau singa yang sedang tidur. Sekali dia bangun susah nanti.

Pagi ni aku dan Diana terbangun lewat sikit mungkin kerana letih malam tadi buat ot. Walau pun agak lewat sikit tapi masih sempat sembahyang subuh berjamaah berdua. Kami berdua mandi hadas bersama di dalam bilik air. Sebelum sembahyang subuh.

Selesai sembahyang subuh aku minta Diana bersiap untuk pergi ke rumah kakakku. Kerana semalam ibu ada bertanya tentang Diana. Lagi pun Diana dah lulus ujian lesen lori. Tak perlu la dia pergi belajar dah.

Biarlah minggu ni Diana bantu-bantu kakak ku menjaga ibu. Kerana minggu depan Diana dah mula kerja sebagai pemandu lori di syarikatku.

Pagi ni aku hantar Diana ke rumah kakakku nanti balik kerja baru aku ambil Diana. Diana pun tak kisah, lagi pun dia rasa boring duduk sorang-sorang dekat rumah. Dalam perjalanan nak kerumah kakakku kami singgah sarapan dulu di kedai makan.

Di syarikat pembinaan ku ada 1 kekosongan untuk pemandu lori. Pekerjaku kebanyakannya lelaki. Hanya ada seorang ja pekerja perempuan sebagai kerani kewangan. Yang lain semuanya lelaki.

Minggu depan Diana akan bekerja sebagai pemandu lori untuk membawa barang-barang kerja untuk pembinaan. Syarikat aku ada 2 buah lori. Sebuah lagi sudah ada pemandu yang sebuah lagi pemandunya sudah behenti kerana kurang sihat.

Memang agak susah juga kerana hanya ada seorang saja pemandu lori. Kerana agak lambat untuk menghantar barang.

Aku dah beritahu pada pekerja ku untuk membantu apa yang patut jika Diana mula kerja nanti. Walau pun mereka agak hairan kenapa isteri aku nak bekerja jadi pemandu lori. Aku senyum ja malas nak jawab. Tak kan aku nak bagi tau, kata aku yang buat janji dengan isteri aku masa nak minta dia nikah dengan aku.

Hari pertama Diana mula kerja nanti aku akan duduk di bangku sebelah tempat memandu untuk teman Diana.Dan akan tunjukkan tempat yang syarikat aku melakukan kerja-kerja pembinaan.

Kerana Diana masih baru lagi dekat penang jadi dia kurang tahu sikit tentang jalan- jalan di kawasan ni.

Syarikat aku bukan saja buat pembinaan di penang tapi ada juga melakukan kerja-kerja pembinaan di perak dan kedah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience