Bab 19

Family Completed 32727

Sudah berapa hari ni aku kurang bercakap dengan paksu. Pergi kerja pun aku akan pergi awal dari paksu. Sekarang ni aku selalu sarapan dalam lori ja sorang-sorang. Kepala aku ni suka pening akhir-akhir ni. Pagi kekadang tekak aku ni rasa mual.

Aku pun dah tak buat sarapan pagi dekat paksu. Kekadang aku bancuh air ja pagi-pagi. Terpulang paksu la nak minum atau tak. Paksu pulak kekadang masuk pejabat tapi tengahari dia menghilang sampai petang.

Bila malam pula aku sering buat-buat tidur awal. Paksu pula tak berengang langsung dengan telefon pintar dia tu. Macam sibuk sangat tengok paksu ni.

Aku pun tak tahu bila masa sesuai nak bagi tahu tentang kandungan aku dekat paksu. Setiap kali pandang muka paksu nak bagi tahu tentang aku mengandung, hati aku rasa sakit terbayang perempuan yang bersama paksu hari tu.

Macam mana perasaan paksu jika tahu aku mengandung. Entah lah kenapa mulut aku ni susah sangat nak tanya pasal perempuan tu dekat paksu. Aku rasa buat masa ni biar dulu la aku rahsiakan tentang kandungan aku ni.

Pagi ni seperti biasa aku bangun tidur dan mandi serta ambik wuduk. Selesai sembahyang subuh baru aku kejutkan paksu dari tidur.

"Abang bangun sembahyang subuh"kataku sambil mengoncang badan paksu.
Paksu pun membuka matanya lalu bangun mengambil tuala untuk mandi. Sebelum masuk ke bilik air dia memandang ke arahku yang sedang membuka telekung sembahyang dari tubuhku.

Siap saja membuka telekung aku bersiap untuk pergi kerja pula.Sementara paksu pula baru keluar dari bilik air dan bersiap untuk sembahyang subuh.

Selesai paksu sembahyang subuh. Paksu memandang ke arahku.

" Kenapa berapa hari ni Diana tak tunggu abang untuk sembahyang jemaah sekali."kata paksu.

"Diana nak kena pergi cepat sikit sebab ada janji dengan kak farah. Lagi pun tengok abang macam letih sangat,tu kejut lambat sikit"kataku.

"Oo.ingatkan Diana marahkan abang tadi"kata paksu.

Aku tersenyum ja dengar paksu kata macam tu. Dalam hatiku berkata lain,memang aku marah dengan paksu pun. Geram pulak rasanya hati ni. Nak ja aku tanya pasal perempuan tu tapi tak terkeluar la pulak.

Selepas mengambil barang untuk ku bawa pergi kerja. Aku meminta izin untuk pergi dulu. Sekarang ni dalam beg sandang aku mesti ada buah limau dan gula-gula untuk menlegakan rasa mual. Air botal memang tak pernah tinggal la.

Pagi ni aku menghantar barang ke kedah tapi tak la jauh sangat. Ambil masa 1 jam juga. Kali ni aku pergi dengan rakan kerja bernama Mamat.Mamat umur dalam 40an dah nak dapat menantu dah pun. Pakcik Mamat ni adalah orang yang paling lama kerja di syarikat paksu ni.

Dalam pukul 9 pagi aku dan pakcik Mamat pergi. Sampai di tapak pembinaan dalam pukul 10. Siap memungah barang aku dan pakcik Mamat bertolak balik untuk ke syarikat dalam pukul 12. Hampir jam 1.10 kami dah sampai di syarikat paksu. Ketika aku memasuki pagar bangunan terlihat sebuah kereta airis bewarna biru.

Kereta siapa pulak ni,bisik hatiku. Aku memarking lori dan turun.Pakcik Mamat turun terus pergi ke arah tempat ia bekerja. Sementara aku pergi ke arah pejabat untuk mangajak kak farah makan bersama.

Jalan ke pejabat tu kena naik anak tangga. Anak tangga tak tinggi pun cuma ada dalam 4 anak tangga saja. Aku membuka pintu pejabat dan melihat ada kak farah.

"kak farah jom pi makan."kataku.

"Encik Aiman ada tetamu"kata kak farah berbisik kepadaku.

"Siapa yang datang" kataku.

"Perempuan yang kita tengok dekat shoping mall hari tu."kata kak farah.

Aku terdiam mendengar apa yang keluar dari mulut kak farah. Untuk apa perempuan tu jumpa paksu sampai sangup datang ke syarikat paksu. Perlukah aku minta perjelasan dari pada paksu sekarang ni.

Entah kenapa kaki ku ni gatal pergi ke arah bilik kerja paksu. Dan tanganku mengetuk pintu bilik itu. Tuk..tuk..,tuk bunyi ketukan tanganku pada pintu bilik kerja paksu.

"Ya, masuk"kata paksu.

Aku pun membuka pintu dan masuk ke dalam.

"Ya ada apa Diana"tanya paksu sambil memandang ke arahku.

Aku melihat ada seorang perempuan yang pernah aku nampak bersama paksu di shoping mall hari tu.

"Paksu teman Diana makan boleh"kataku ,entah kenapa mulut ku ini menyebut paksu bukan abang.

"Maaf tak boleh, sebab abang ada hal dengan kawan abang ni."kata paksu.

Aku memandang perempuan tu dan paksu.

"Ada hal ke atau pergi dating berdua dengan perempuan ni"kataku.

"Diana jaga mulut tu."kata paksu nampak seperti marah padaku.

"Diana tak kisah pun.Memang padan pun paksu dengan perempuan ni,tua sama tua." kata ku.

"Diana!kenapa dengan hang ni"kata paksu. Sambil menarik tangan ku.

"Paksu jangan nak pura-pura baik la.Diana dah pernah nampak paksu berjalan berdua siap bawa anak lagi dekat shoping mall"kata ku dengan mata berkaca-kaca menahan air mata.

"Maafkan saya, ni semua salah saya sebab mengangu encik Aiman"kata perempuan tu sambil membuka pintu untuk keluar.

Tiba-tiba paksu melepaskan tangan ku dan mengikut perempuan itu keluar.

"Lin tunggu" kata paksu sambil mengikut perempuan itu.

Aku melihat dari dalam pejabat,. paksu dan perempuan tu berbincang dan kemudian keduanya menaiki kereta masing-masing. Dan keluar dari kawasan bangunan syarikat paksu.

Aku sudah tak mampu menahan air mataku. Akhirnya air mataku jatuh juga kerana paksu. Kak farah memelukku cuba untuk membuat ku tenang.

"Diana nangis la puas-puas jangan di simpan."kata kak farah.

Selepas aku agak puas menangis aku ajak kak farah pergi makan. Kepalaku terasa semakin pening dan berat.

"kak farah jom pergi makan,dah lambat dah ni"kataku.

"Ok.jom"kata kak farah lalu mengambil beg dompetnya.

Aku pun berjalan ke luar pintu nak turun anak tangga. Tiba-tiba kepala ku terasa berat dan berpusing dan aku terjatuh di tangga di depan pintu pejabat. Aku cuba bangun tapi perutku terasa sakit.

"Diana!"jerit kak farah terkejut melihatku terjatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience