Bab 7

Family Completed 32722

Berapa hari kemudian paksu,maklong dan tuk Ma datang ke rumahku untuk membincang tentang pernikahan aku dan paksu. Tuk Ma yang tak sihat pun datang sekali dengan paksu berkerusi roda. Agaknya tuk Ma teruja sangat la tu anak bujang terlajak dia nak nikah dah.

Kata sepakat dah di setujui bahawa lagi 2 bulan aku dengan paksu akan nikah. Hantaran ayah dan mak aku kata terpulang pihak lelaki nak bagi berapa. Tapi mas kahwin RM1000.00. Hari nikah tu juga buat majlis kenduri terus.

Sebelah lelaki tak buat kenduri sebab tuk Ma tak sihat. Aku dengarkan ja la mak,ayah,Tuk Ma dan Mak long berbincang. Selesai berbincang paksu ajak aku ikut dia pergi pantai nak berbincang berdua dengan aku.

Mak dan ayah izinkan aku dan paksu pergi berdua dan adik-adikku tak dak seorang pun nak ikut. Mula-mula paksu nak bawa kereta. Tapi aku suruh bawa motor dinamik aku ja lagi senang. Aku pun apa lagi ambil kunci motor hidupkan enjin lepas tu aku suruh paksu naik kat belakang.

"Paksu naik la, tapi jangan pengang pinggang Diana" kataku pada paksu.

Paksu naik dan aku pun bawa la motor pergi hala ke pantai. Pantai ni dengan rumah aku tak jauh sangat ambil masa setengah jam sampai la.

Motor dinamik untuk aku buat pi ronda-ronda kampung dan pi kedai ja. Untuk tarik kereta gading guna motor suzuki Fx tahun 2000 ayah punya.

Sampai saja di tepi pantai aku pun berhentikan motor dan matikan enjin. Aku dan paksu turun dari motor dan kami pun cari tempat yang redup untuk duduk.

"Paksu ada apa nak bagi tau Diana sampai nak pi pantai segala" kataku.

"Saja nak berdua dengan bakal isteri tak kan tak boleh" kata paksu.

"Paksu janji nak bagi modal untuk Diana ambik lesen lori. Jadi tak ni." tanya ku.
"Jadi la kenapa pulak tak jadi". Kata paksu.

"Kalau macam tu kalau Diana dah lulus boleh la Diana kerja dengan paksu jadi pemandu lori" kata ku.

"Kenapa pulak dah nikah duduk rumah dah la" kata paksu.

"Maaf la paksu tapi Diana tak mau jadi suri rumah tangga. Diana nak kerja juga sia-sia ja la ambil lesen lori tapi tak guna." kataku sambil memandang paksu.

"Ya la paksu tau,Diana boleh ja kerja dengan paksu. Lagi pun pemandu lori ada lagi kosong." kata paksu mengalah.

"Hehe. Macam tu la paksu. Sekurangnya kalau Diana kerja boleh kirim duit dekat mak bulan-bulan." kata ku.

Tiba-tiba angin kuat dengan langit pun nampak gelap."paksu jom balik nampak macam nak hujan ni"kata ku.

"Mai kunci biar paksu bawa motor,Diana duduk belakang pulak"kata paksu.

"Nah ni kunci"kataku sambil menghulurkan kunci kepada paksu.

Paksu pun ambil kunci dan menghidupkan enjin motor. "cepat naik,Diana nak peluk paksu kuat-kuat pun boleh"

"Ceh tak ingin la nak peluk paksu. Belum nikah lagi mana boleh paksu"kata ku.

Sampai rumah hujan turun dengan lebat. Nasib baik hujan turun dah dekat dengan rumah jadi tak dak la basuh kuyup sangat kena hujan. Malam ni paksu dan tuk Ma tidur di rumah ku.

Maklong pulak balik dengan suami serta anaknya. Rupanya suami maklong sampai lambat kerana nak hantar anak mereka kembali ke asrama.

Paginya selepas sarapan pagi paksu dan tuk Ma pun berangkat balik kembali ke penang.

Dalam hati aku berfikir tak sangka jodoh aku dengan paksu sepupu mak. Aduh nanti dah nikah aku nak panggil apa dekat paksu. Tak kan nak panggil paksu juga.

Dari pada aku duk fikir pasal paksu baik buat kerja apa yang patut. Aku pun ambil jala nak pergi menjala ikan dekat dalam parit.

"izara jom ikut kak Diana pi menjala. Hang tolong bawa bekas ja dengan kutip ikan" panggil ku .

Yang selalu ikut aku menjala ikan cuma Izara ja. Izati dan Afifah memang tak mau ikut sebab takut kulit jadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience