Bab 15

Family Completed 32722

Sudah 2 minggu aku berkerja sebagai pemandu lori di syarikat milik paksu. Selalu kalau kena hantar barang keluar dari penang paksu akan teman. Tapi jika setakat dalam penang ja kekadang aku pergi sendiri tapi kekadang ada jug pekerja paksu yang ikut.

Dalam berapa hari ni keadaan tuk Ma ibu mentuaku semakin lemah. Sudah 2 hari tuk Ma berada di hospital. Selalu lepas hantar barang kalau sempat aku akan melawat tuk Ma di hospital untuk membantu apa yang patut.

Selalunya Mak long yang akan menemani tuk Ma. Giliran aku jaga tuk Ma bila hari aku cuti saja. Tapi jika barang tak banyak nak hantar selalunya paksu akan minta aku gantikan maklong untuk temankan tuk Ma.Kesian juga dekat maklong tentu letih tak cukup tidur jaga tuk Ma.

Jaga orang sakit kanser tak sama macam jaga orang yang sakit demam ni. Sekarang ni tuk Ma pun dah tak boleh nak bangun. Kekadang aku dan maklong akan cuba untuk mengerak-gerakkan kaki tuk Ma. Badan tuk Ma pun aku akan sapukan pelembap kulit. Kerana kulit tuk Ma nampak kering.

Paksu pun kerap datang jumpa tuk Ma dekat hospital. Paksu datang sendiri jika aku ada kerja.

Hampir 2 minggu tuk Ma berada di hospital. Hari ni tiba-tiba maklong telefon paksu bagi tahu tuk Ma tenat. Kebetulan aku baru saja nak hidupkan enjin lori untuk menghantar barang.

Paksu keluar dari pejabat dan memanggil aku yang sudah berada di dalam lori.

"Diana, jom ikut abang pergi hospital! Ibu tenat" kata paksu dengan mata yang agak merah.

"Ya ya..tunggu Diana sat" kataku sambil mematikan enjin dan turun dari lori menuju ke arah paksu.

Aku dan paksu pun menaiki kereta dan paksu pun memandu kereta kearah hospital. Sampai saja di hospital aku turun dulu,kerana paksu nak cari tempat parking.

Turun saja dari kereta, aku terus pergi ke wad tempat tuk Ma berada. Masuk saja di dalam wad,aku lihat maklong dan anak keduanya sedang membaca yassin. Aku pun pergi masuk bilik air dulu untuk mengambil wuduk sebelum membaca yassin.

Selesai aku ambil wuduk tak lama kemudian paksu pun Sampai. Melihat keadaan tuk Ma yang sukar untuk bernafas air mata paksu keluar. Kali pertama aku tengok paksu menangis. Aku ada rasa simpati melihat keadaan paksu. Maklong pun tak berhenti air mata keluar sambil membaca yassin.

Paksu menghampiri telinga tuk Ma dan membisikkan kalimah Allah di telinga tuk Ma tanpa henti. Tanpa sedar air mataku pun keluar tanpa boleh ku tahan.

Aku juga sudah memberi tahu keluargaku tentang keadaan tuk Ma.

Ayah dan ibu sekarang ni masih dalam perjalanan. Tak sampai 1 jam kami membaca yassin tuk Ma pun menghembuskan nafasnya di depan anak menantunya. Sampai ke nafas terakhir paksu terus saja membisikkan kalimat Allah di telinga tuk Ma.

Jenazah tuk Ma di bawa ke rumah maklong untuk di kebumikan. Tak lama selepas jenazah sampai di rumah maklong,ahli keluarga ku pun sampai juga di rumah maklong dari kampung.

Selepas asar jenazah tuk Ma selamat di kebumikan. Paksu lah yang telah menjadi imam untuk sembahyang jenazah tuk Ma. Aku teharu mendengar doa-doa yang paksu lafazkan untuk ibunya.

Betapa sayangnya paksu pada tuk Ma siap membantu menimbuskan tanah. Selesai membaca talkin ramai yang pulang. Tinggal aku dengan paksu saja. lalu aku menghampiri paksu dan tanganku memengang tangan paksu.

"Abang sabar ya,kita doakan yang terbaik untuk ibu di sana"kataku.

Paksu pandang padaku dengan mata merah. Tangan paksu mengengam erat tanganku.

"terima kasih Diana, dah tolong jaga ibu dan selalu ada bila paksu perlukan"kata paksu.

Aku dan paksu kembali ke rumah maklong selepas selesai pekebumian. Kerana keluargaku semua berada di rumah maklong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience