Bab 14

Family Completed 32727

Sudah seminggu kejadian malam pertamaku. Hari ni aku memulakan kerja sebagai pemandu lori di syarikat suamiku sapa lagi kalau bukan paksu. Tak sabar rasanya nak mulakan kerja baru aku ni. Rasanya boleh bertahan tak aku kerja sebagai pemandu lori ni.

Dekat syarikat paksu ni tak dak la ramai pekerja, kebanyakan semuanya lelaki. Hanya ada seorang pekerja perempuan dalam umur 30an. Bekerja sebagai kerani kewangan. Kerani kewangan ni namanya Farah dah berkahwin.

Paksu kata di tapak pembinaan baru la ramai pekerjanya. Hari ni aku kena hantar barang ke tapak pembinaan di kedah.

Paksu teman aku duduk dibangku sebelah pemandu. Kata paksu untuk tunjukkan jalan kepada aku. Tapi rasanya untuk setakat tunjuk jalan paksu boleh ja bawa kereta dia dan aku ikut dari belakang.

Paksu ni lepas malam pertama hari tu gatal dia lain macam sikit. Yang aku satu hal juga dah kenapa termakan hasutan adikku Izati tu. Dalam perjalanan nak pergi ke kedah tak dak la jem jalan.

Sampai ke tempat tapak pembinaan tu,aku pun memberhentikan lori dan paksu panggil pekerjanya untuk mengambil barang tersebut.

Sudah selesai menurunkan barang dan paksu dah naik lori aku pun menghidupkan enjin lori.

"Diana jom singgah makan sat. Nanti abang tunjuk jalan kedai makan paling sedap kat tempat ni" kata paksu.

"Ok,perut Diana pun tengah lapar ni"kataku.

"Abang tau Diana lapar tu yang ajak singgah kedai makan"kata paksu.

"Ya la,macam la abang tak lapar"kata ku.

"Abang pun lapar juga"kata paksu sambil tersengih.

Sampai kedai makan yang paksu tunjukkan aku pun parking lori di tepi jalan. Turun ja aku dengan paksu dari lori ,orang yang ada dekat situ pandang aku semacam ja. Mungkin kerana aku ni terlalu cantik agaknya ,sampai orang pandang aku macam nak terkeluar biji mata ja.

Masuk kedai aku dan paksu pun ambil nasi dan lauk masing-masing untuk makan tengahari. Kami pun duduk satu meja yang masih kosong. Boleh tahan ramai juga orang makan dekat kedai ni.

Banyak sungguh mata yang memandang aku dan paksu. Entah apa yang di fikir mereka pun tak tau la.

Tak lama kemudian sampai air yang kami pesan. Paksu pesan air tembikai aku pula air suam ja. Sebab aku kurang minum air manis ni. Selalunya bila buat kerja aku selalu beli air botol 100 plus ja.

Selesai makan paksu pergi ke kaunter untuk membayar makanan yang kami makan tadi. Selepas tu aku dan paksu pun keluar dari kedai makan menuju ke lori. Tiba-tiba ada orang memanggil nama paksu.

"Aiman, lama tak jumpa" kata orang tu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan paksu.

Paksu pun menyambut salaman orang tu."Hang apa khabar?aku sekarang ni sibuk sikit" kata paksu.

"Hang tengok la aku sekarang bertambah sihat" kata orang tu. Aku pandang orang tu memang sihat sungguh badannya.

"Apa khabar orang rumah dan anak-anak hang " tanya paksu.

"Orang rumah aku sekarang ni tengah duk mabuk, sebab mangandung anak yang ke 5. Empat orang anak aku semuanya sihat-sihat macam aku ni." kata orang tu.

"Nanti kirim salam dekat orang rumah tau." kata paksu.

"Ni siapa, awek baru ke?" tanya orang tu sambil memandang ke arah ku.

"Oo .lupa nak kenalkan ni isteri aku. Diana kenalkan ni kawan abang nama Adam satu universiti dulu" kata paksu. Aku pun pandang Adam sambil memberikan senyuman pengenalan.

"Masa bila hang kahwin?awat tak jemput aku pun" kata Adam.

"Baru 2 bulan aku kahwin. Maaflah tak jemput sebab belah aku memang tak buat kenduri, sebab mak aku tak berapa sihat. Buat kenduri belah perempuan ja" kata paksu.

"Tak sangka kahwin juga hang ya,jadi masih pengantin baru lagi la ni" kata Adam.

Dalam hati aku duk berkata bila la paksu ni nak habis sembang. Aku dah macam tunggul dekat sini. Tangan aku dengan gatal tak di sengajakan memengang pingang paksu untuk memberi isyarat supaya cepat- cepat habiskan sembang tu.

Paksu pun meminta diri pada Adam kerana ada kerja yang harus dia lakukan. Adam pun masuk ke kedai makan. Aku dan paksu pun naik lori yang aku parking tadi. Aku pun menghidupkan enjin lori lalu aku memandu menuju ke penang.

Dalam perjalanan tu Paksu bercerita pasal Adam. Rupanya adam bekerja sebagai pegawai bank tak jauh dari kedai makan yang kami singgah tadi. Aku dengarkan ja la apa yang paksu cerita. Kekadang aku anguk kekadang mulut aku akan sebut oo,haa,ya.

Sampai kat syarikat paksu dah petang. Jadi aku pun pergi parking lori di tempat yang sudah di sediakan .Selesai parking lori paksu dan aku pun turun dari lori.

"Diana dah petang ni,paksu pergi periksa barang-barang yang penting dulu nanti baru kita balik. Kalau Diana rasa letih pergi la tidur dekat sofa tu dulu" kata paksu.

Aku pun apa lagi masuk dalam ruangan bilik pejabat paksu terus baring atas sofa. Jauh juga kut bawa lori tadi. Dah la kali pertama bawa lori dekat jalan raya. Lepas tu kena hantar barang jauh pulak tu.

Aku tersedar dari tidur dan melihat aku sudah berada di dalam kereta paksu. Masa bila pulak la paksu angkat aku masuk dalam kereta ni atau aku berjalan sambil tidur. Aku pandang paksu yang sedang fokus memandu. Paksu macam sedar aku pandang dia.

"Maaf hari ni lambat balik,sebab paksu banyak kerja dekat pejabat" kata paksu.

"Siapa suruh paksu ikut Diana tadi, setakat nak tunjuk jalan tu orang lain pun boleh. Lagi pun boleh ja guna google maps." kata ku.

"Ala abang nak merasa naik lori sama-sama dengan isteri abang, tak kan tak boleh" kata paksu.

"Abang lapar la" kataku.

"Ok.nanti kita berhenti makan dulu ya" kata paksu sambil memberhentikan kereta di sebuah kedai makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience