Bab 21

Family Completed 32722

Sedang aku sibuk menguruskan kerja-kerja di pejabat. Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu pejabatku.

"Masuk lah kataku." pintu pun di buka dan aku melihat Azlin yang membuka pintu.

"Abang macam mana urusan dekat wisma putra dengan kawan abang tu" tanya Azlin.

flashback

Sebenarnya 3 minggu yang lalu Azlin menefonku untuk meminta bantuan dariku.Azlin adalah bekas awekku yang aku kawan dari sekolah menengah lagi. Masa aku semester akhir Azlin telah berkahwin.

Suami Azlin adalah kawan rapatku zaman sekolah menengah dulu bernama Ewan . Memang aku sakit hati juga bila tahu Ewan dan Azlin bertunang dan kemudian berkahwin. Masa mereka bertunang aku masih berhubung dengan Azlin. Tapi selepas mereka berkahwin aku memang tak pernah dah berhubungan dengan Azlin. Nombor telefon pun aku dah block.

Ewan dapat masuk universiti dekat penang . Aku pula dapat luar dari penang. Azlin hanya masuk tingkatan 6 saja. Azlin pun dapat tawaran masuk universiti lepas habis tingkatan 6 tapi dia tak pergi. Sebab Azlin dapat tawaran kerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan. Jadi dia memutuskan untuk bekerja.

Kerana aku sambung berlajar jauh dari penang. Ewan la yang selalu membantu Azlin, bila Azlin ada masalah. Mula kawan lama-lama Azlin merasakan Ewan lebih memahami dirinya dari aku.

Aku ni tak berapa pandai nak mengayat perempuan. Masa majlis kenduri kahwin mereka tak dak jemput aku pun. Aku tahu pun dari kawan 1 sekolah tentang perkahwinan mereka berdua.

Sebab ramai yang tahu aku berkawan dengan Azlin dari tingkatan 4. Sekali kahwin dengan orang lain. Lepas tu kawan rapat aku sendiri pulak jadi pengatin lelaki tu.

Azlin dan Ewan pun dah ada 2 orang anak seorang umur 7 tahun. Seorang lagi baru berumur 4 tahun. Aku memang masih ada rasa sayang dekat Azlin tapi sebagai kawan biasa ja. Lagi pun aku dah ada Diana sebagai isteriku.

Untuk apa lagi memikirkan Azlin yang menghianatiku. Mula-mula aku pun terkejut bila Azlin menefon ku kerana sudah hampir 7 tahun kut tak berhubung.

Dia menefon ku untuk meminta bantuan dan nasihat mengenai masalah suaminya Ewan. Ewan di tahan di negara kemboja atasan tuduhan membawa dadah. Lebih kurang macam keldai dadah juga.

Ikut kata Azlin, Ewan pergi ke kemboja atas urusan kerja. Ini bukan kali pertama Ewan pergi ke kemboja. Ewan sudah kerap ulang alik dari kemboja dan malaysia. Kali ni Ewan di tahan kerana ada dadah di dinding beg nya.

Azlin merayu padaku supaya membantu Ewan. Aku pun merasa simpati bila memikirkan 2 orang anak Azlin dan Ewan. Jadi aku setuju membantu.

Aku kerap tak masuk kerja kerana kerap pergi ke kuala lumpur. Kekadang naik kapal terbang. Tapi kerap naik kereta api laju atau ets dari butterworth ke kuala lumpur. Pergi dalam pukul 8 pagi. Dan balik pulak dalam pukul 10 malam.

Kekadang aku akan pergi bersama dengan Azlin ke wisma putra di kuala lumpur. Dan juga sekali-sekala akan pergi ke kedutaan kemboja di kuala lumpur.

Jika semua urusan dah selesai baru aku akan berangkat ke kemboja untuk berurusan di sana pula. Aku bantu kerana Ewan pernah menjadi sahabat aku. Sekurangnya jika membuat rayuan mungkin dapat meringankan hukumanya.

Flash of

"Ada tinggal sikit lagi dokumen yang perlu di selesaikan" kataku.

"Lambat lagi ke nak siap?" tanya Azlin.

"Rasanya minggu depan dah boleh pergi kemboja dah" kataku.

"Tapi Azlin tak boleh pergi, sebab cuti tahun habis dah guna" kata Azlin.

Tiba-tiba pintu pejabatku di ketuk dan aku menyuruh orang yang mengetuk pintu tu masuk. Rupanya Diana yang ketuk pintu. Diana mengajakku untuk pergi makan. Tapi aku menolak kerana harus membantu Azlin berapa hal lagi.

Diana macam tak boleh terima. Lalu terjadilah perang mulut antara aku dan Diana. Azlin melihat perang mulut antaraku dan Diana. Lalu Azlin meminta maaf dan keluar dari pejabatku.

Mulanya aku menarik tangan Diana. Tapi bila melihat Azlin keluar aku pun melepaskan tangan Diana dan mengikut Azlin kerana ada perkara yang aku lupa beritahu dia.

Aku dan Azlin hari ini akan ke wisma putra di cawangan penang saja. Tak perlu ke kuala lumpur hari ni. Selesai urusan di wisma putra aku pergi ke sebuah syarikat mengikuti pembukaan tender dari jabatan kerajaan.

Hampir pukul 5.40 aku keluar dari bangunan dan melihat banyak panggilan dari farah kerani kewangan di syarikat ku.

Dan ada whatsap dari farah mengatakan Diana masuk hospital kerana terjatuh dan keguguran. Aku membaca teks itu terkejut kerana tidak pernah tahu Diana mengandung. Aku terus menelefon farah untuk bertanya. Dan Farah memberitahu memang betul Diana mengandung. Farah kata Diana nak bagitahu sendiri dekat aku.

Sepanjang memandu ke arah hospital jalan jem. Air mata jantanku keluar kerana terasa bersalah pada Diana dan bakal anakku.

Aku tidak tahu isteriku Diana mengandung. Aku dapat tahu hanya setelah bakal anakku sudah tiada di dalam rahimnya. Kenapa aku tak perasan tentang perubahan Diana. Sedang aku pernah melihat Diana muntah. Dan tiba-tiba dia kurang bercakap. Emosinya pun selalu tak menentu.

Maafkan abang Diana..bisik hatiku.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-12-28 10:43:48 

priorities friends


NovelPlus Premium

The best ads free experience