Bab 10

Family Completed 32722

Hari ni adalah hari pernikahan aku dan paksu..Aduh berdebar-debar jantung aku ni rasa nak terkeluar. Aku akan bernikah dekat masjid dalam jam 9 pagi.

Paksu dan rombongannya terus ke masjid. Aku pula naik kereta dengan makngah dan pangah serta anaknya satu kereta. Ayah dan adik-adiku naik kereta ayah Nissan sani. Kereta makngah kereta produa axia.

Paksu pulak datang bawa kereta toyota Vellfire pada hari ini. Selalunya kalau datang berdua dengan tuk Ma ke rumah aku paksu selalu bawa kereta persona warna merah. Tapi kalau paksu datang seorang ja dia akan bawa kereta toyota hilux. Biasa la orang banyak duit. Rasanya nak tak paksu belikan aku sebuah lori.

Aku dan rombongan keluarga aku pun sampai ke masjid. Dekat masjid dah ada Paksu dan rombongannya. Paksu pandang aku tergamam, ya la kali pertama aku pakai baju kebaya moden agak longgar sikit dan memakai tudung bawal kosong ada manik-manik. Hari ni kali pertama aku pakai makeup. Rasa muka aku dah macam opera cina. Aku sendiri tengok cermin rasa pelik pulak tengok muka aku penuh bahan-bahan solekkan.

Sampai saja tuk kadi dan 2 orang saksi paksu pun ambik air sembahyang. Dengan 2 kali akad paksu dan aku sah jadi suami isteri. Nak tau kenapa kena 2 kali akad sebabnya kali pertama paksu agak gugup sikit. Mungkin terkejut tengok muka aku yang dah macam opera cina ni.

Selesai akad nikah paksu berngajak ke arah aku untuk memakaikan rantai tangan,cincin dan rantai leher emas kepadaku. Tak sangka aku dapat satu set barang kemas di pakaikan sendiri oleh paksu. Mak aku pun tak sangka sebelah lelaki akan beri satu set barang kemas kepada aku. Selesai paksu pakaikan barang kemas tu aku pun salam dan mencium tangan paksu.

Habis saja majlis akad nikah di masjid tadi keluarga aku pun pulang kembali ke rumah untuk majlis kenduri pulak. Keluar dari masjid aku naik kereta dengan paksu dan kami pergi ke butik yang telah kami pilih untuk menukar baju lain.

Dalam pukul 12.30 baru siap tukar baju. Paksu asyik pandang aku ja. "Paksu ni dah kenapa pandang Diana macam nak keluar biji mata ja" kata ku.

"Paksu tak sangka isteri paksu cantik juga ya." kata paksu sambil tersenyum memandang aku.

"Ya lah tu.." kata ku

"Diana jangan la panggil paksu dah, panggil la abang pulak kan dah jadi suami isteri" kata paksu.

"Ya la cek abang ooi" kataku.

Rasa susah pulak mulut aku nak menyebut panggilan abang dekat paksu ni.

Dalam jam 3 petang orang dah makin kurang datang ke majlis kenduri aku. Aku bagi tahu paksu nak masuk bilik nak tukar baju biasa. Paksu kata dia pun nak tukar baju juga. Selesai tukar baju biasa aku pun bantu apa yang patut.

Petangnya dalam pukul 4 maklong dan tuk Ma balik ke penang. Malam ni paksu akan tidur dalam bilik aku. Izati pula memang dah kemas barang-barang dia letak kat dalam bilik Afifah dan Izara. Aku dah kahwin ni terpaksa la izati tidur bertiga dengan adik-adiku yang 2 orang tu.

Malamnya lepas makan malam ayah dan paksu berbual di beranda. Aku lepas tolong apa yang patut dekat dapur terus masuk bilik untuk tidur. Tak lama kemudian paksu pun masuk bilik juga.

Aku pandang paksu rasa berdebar-debar tak keruan .Kali pertama kut tidur dengan lelaki satu bilik ni. Paksu pandang aku tersenyum."jangan risau la paksu tak akan paksa Diana melakukannya jika Diana belum sedia."kata paksu.

"Malam ni kita tidur ja la paksu ya" kata ku.

"Ya la kita tidur sambil peluk-peluk manja, kan dah suruh panggil abang kenapa keluarnya paksu juga ni" kata paksu.

"Tersasul la paaa, abang" kata ku.

Malam ni aku dan paksu tidur bersama-sama diatas katil dan tilam yang sama di dalam bilik ku. Lepas 3 hari majlis nikah paksu meminta izin pada keluargaku untuk membawa aku ke penang. Keluargaku mengizinkan paksu membawaku kerana sudah menjadi kewajipan seorang isteri untuk mengikuti suaminya.

Rasa sedih juga aku kerana kali pertama kut berjauhan dengan keluarga. Sebenarnya tak jauh mana pun 2 jam perjalanan dah sampai dah ke rumah paksu. Kalau aku nak balik tiap-tiap hari pun boleh ja.
Dalam perjalanan nak ke penang rumah paksu tu ,aku bersembang juga dengan paksu untuk menghilang boring.

"Paa..abang tak lama lagi Diana nak dapat dah lesen lori tu. Kerja pemandu lori tu ada kosong lagi tak." tanya ku.

"Jangan risau la abang dah janji dengan Diana kan. Jadi mesti la ada lagi untuk Diana jadi pemandu lori tu." kata paksu.

"Tapi kan paa..abang kalau dapat hadiah sebiji lori kan lagi best." kata ku.

"Amboi lesen lori pun belum dapat dah berangan nak dapat sebiji lori pulak dah" kata paksu.

"Alah abang ni sekali-kala berangan tak salah. Lagi pun paksu kan banyak duit" kata ku.

"Tak sangka Isteri abang ni mata duitan juga" kata paksu.

"Diana bukan mata duitan tau. Diana saja cakap macam tu nak hilangkan boring ja" kata ku.

"Ya la, abang faham" kata paksu.

Sampai di penang paksu bawa pergi singgah kedai makan dulu sebelum sampai rumah paksu. Sampai saja di rumah paksu, aku mengambil barang-barang yang aku bawa untuk di bawa masuk ke dalam rumah. Rumah ni ada 3 bilik tidur,ruang tamu dan ruang dapur. Biasa la rumah taman. Malamnya aku tidur bersama paksu di biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience