Bab 1

Family Completed 32722

Ardiana anak sulung dari 4 beradik semuanya perempuan. Ibunya lumpuh.Ayahnya pula hanya buruh kasar dan melakukan kerja-kerja kampung.

Ayah Ardiana bernama Nizam.Ibunya bernama Norhayati.Adik ke 2 bernama Izati umur 18 tahun. Adik ke 3 bernama Afifah umur 16tahun dan ke 4 bernama Izara umur 12 tahun.Ardiana pula berumur 21 tahun.

Ayah Ardiana selalu membawa Ardiana untuk membantu melakukan pekerjaannya seperti mengait sawit,memesin rumput rumah orang, meracun dan menyerak padi di sawah.

Dalam 4 beradik Ardiana agak lemah dalam perlajaran. Habis sekolah kekadang ia akan mengikut ayahnya bekerja membuat rumah orang dan tugasnya biasanya memancuh semen dan mengikat bata.

Hari ini seperti biasa Adriana mengikut ayahnya ke kebun sawit kerana sudah banyak buah yang masak.Pokok sawit di kebun ayahnya ada lebih kurang 20 pokok saja.

"Diana ayah pergi dulu, nanti kau tolong bawa kereta gading tu"

"Haa, nanti bila siap kerja kat rumah ni Diana pergi" ucap Diana sambil menyidai pakaian.

"Mak,Diana pergi dulu nasi dengan lauk semua dah siap masak" kata Ardiana pada ibunya yang duduk di kerusi roda.

"Hati-hati bawa motor tu" balas Norhayati ibunya Ardiana.

Diana pergi mengambil kereta gading dan menarik dengan mengunakan motor pergi ke kebun sawit.

Share this novel

Uraini Ani
2020-01-21 17:00:43 

paksuuu...apakah???

Uraini Ani
2020-01-20 22:48:03 

x sabonya..ari2 dok smbngan bab

Uraini Ani
2020-01-20 22:47:56 

x sabonya..ari2 dok smbngan bab


NovelPlus Premium

The best ads free experience