Bab 25

Family Completed 32727

Di tepi pantai di hari Aiman kemalangan kelihatan seorang wanita umur 30an sedang berjalan. Wanita itu memakai bedak sejuk di mukanya dan bibirnya comot dengan gincu. Hanya memakai kain batik dan baju yang agak lusuh.

Hari sudah semakin gelap dan menghampiri magrib. Sudah tidak ada orang di tepi pantai. Cuma ada wanita ini saja kerana rumahnya tidak jauh dari pantai. Tapi rumahnya jauh dari rumah orang lain.

Wanita itu bernama Norlela,umurnya 36 tahun. Norlela mengalami masalah mental dari kecil. Kerana selalu di dera oleh ayahnya dari kecil.

Tapi sekarang ayahnya sudah tiada. Norlela tinggal berdua dengan ibunya. Ibunya pula kudung sebelah kaki. Ibunya akan mengesot untuk begerak.

Norlela berjalan di tepi pantai sambil bernyanyi.Tiba-tiba ia ternampak satu jasad lelaki terbaring di tepi pantai penuh dengan pasir. Norlela pun berjalan ke arah jasad lelaki itu dan menarik kaki lelaki tu.

"Berat la tukar pula tarik tangan,yea,yea,aku boleh kahwin" kata Norlela sambil bernyanyi. Dan tangannya menarik tubuh Aiman.

Sepanjang berjalanan menarik tubuh Aiman. Tubuh Aiman menjadi luka dan calar-calar akibat di tarik oleh Norlela. Kerana tubuh Aiman semasa di tarik terpaksa melalui pasir,rumput dan batu-batu kecil sebelum sampai di rumah Norlela.

Sampai di rumah, Norlela menarik tubuh Aiman masuk ke dalam rumahnya. Di dalam rumah ibu Norlela terkejut melihat anaknya membawa tubuh seorang lelaki yang tak sedarkan diri.

"Lela hang bawa apa ni" kata ibu Norlela.

"Lela bawa suami lela la." kata Norlela sambil tersengih-sengih.

"Lela orang ni pingsan,tak elok buat macam ni." kata ibu Norlela bila melihat keadaan tubuh Aiman yang di tarik oleh Norlela. Kerana penuh dengan luka akibat kena duri rumput dan luka akibat terkena batu.

"Tak pa,lela nak main kahwin-kahwin dengan dia" kata Norlela sambil tersengih-sengih.

Ibu Norlela lela hanya mengelengkan kepala melihat perangai anaknya. Ia tak mampu membuat apa-apa kerana keadaan fizikalnya.

Norlela meletakkan tubuh Aiman di satu tempat di dalam rumahnya. Lalu ia mengikat tangan Aiman dengan tali di tepi tiang.

"Lela dia tu orang bukan mainan" kata ibu Norlela.

"Tak ,dia mainan lela. Lela nak main dengan dia" kata Norlela.

Ibu Norlela mengesot ke arah tubuh Aiman dan cuba membersihkan pasir dan duri rumput yang berada di tubuh Aiman.

"Jangan kacau barang lela" kata Norlela bila melihat ibunya cuba membersihkan badan Aiman.

"Kesian badan dia luka" kata ibu Norlela.

"Lela suka macam ni. Tak payah bersih-bersih"kata Norlela.

Malam ini hati ibu Norlela rasa tak tenteram memikir apa yang akan anaknya lakukan pada Aiman. Tiba-tiba ada perasaan takut jika Norlela bertindak kasar seperti yang terjadi kepada suaminya ayah Norlela.

Orang kampung banyak tak berani datang ke rumahnya. Kerana mereka takut Norlela mengamuk. Kerana kejadian mengamuk itu lah Norlela sampai masuk hospital mental.

Sudah hampir 7 tahun Norlela keluar dari hospital mental. Mula-mula keluar hospital Norlela nampak makin baik. Tapi lama-kelamaan ia tak mahu makan ubat lagi.

Sudah hampir 4 tahun Norlela berhenti makan ubat. Dan akibatnya keadaannya makin tidak terkawal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience