Bab 11

Family Completed 32722

Tuk Ma tak tinggal sekali dengan paksu. Tuk Ma tinggal dengan kakak paksu maklong. Pagi ni aku bangun awal sikit konon-konon nak buat sarapan untuk suami la. Pergi ke dapur nak cari bahan- bahan untuk buat sarapan. Jenuh aku selongkar kabenet dapur tak jumpa pun bahan yang boleh buat sarapan.

Yang ada cuma biskut kering dan manggie ja. Nasib baik gula kopi dan teh ada walau pun nampak macam dah lama. Jadi aku bancuh air teh ja la untuk paksu biar cecah dengan biskut kering ja. Nampak sangat paksu jenis tak makan dekat rumah sebab tu dapur dia nampak bersih ja.

Selepas menyelongkar dapur paksu aku pergi kejut paksu."paa..abang bangun lekas" kata ku sambil mengoyangkan badan paksu.

"Haaa la paksu bangun ni" kata paksu sambil bergerak untuk bangun dari tidurnya. Selepas selesai paksu membersihkan badan dan sembahyang subuh paksu baring balik atas katil.

Hari ni aku tak boleh nak sembahyang sebab cuti tiap bulan aku datang la pulak. Jadi paksu sembahyang sendiri ja la. Tengok paksu nak baring balik aku pun duduk sebelah paksu.

"Abang tak nak bawa Diana pergi tengok tempat kerja ke?" tanya ku.

"Nanti bila Diana dah dapat lesen lori tu baru abang bawa Diana" kata paksu.

Aku dah pergi kursus teori amali selama 6 jam. Lesen L untuk lori pun dah dapat. Nampaknya sambung berlajar mamandu lori dekat penang ja la.

Hari ni aku dan paksu pergi cari tempat untuk berlajar memandu lori. Mahal sikit la dari tempat aku ambil lesen hari tu. Sebab nak berulang jauh jadi aku sambung ambil kat sini ja la.

Dah sebulan lebih aku duk berlajar memandu lori ni. QTI (ujian percubaan) aku dah lulus tinggal nak ambil ujian praktikal jpj ja lagi. Bedebarnya jantung aku nak ambil ujian pratikal jpj macam nak nikah kali kedua ja.

Aku dan paksu akan melawat keluargaku seminggu sekali. Tapi sekarang ni keadaan tuk Ma makin teruk jadi aku dan paksu jarang dah balik rumah keluarga ku. Tuk Ma pulak sekarang ni asyik keluar masuk hospital ja.

Kekadang bila tuk Ma masuk hospital aku dan maklong akan gilir-gilir menjaga tuk Ma. Badan tuk Ma pun sekarang ni makin kurus. Kesian tengok tuk Ma menahan sakit tapi tuk Ma memang kuat walau pun sakit macam tu sembahyang tak pernah tinggal. Cukup waktu untuk sembahyang tuk Ma akan minta kami sembur air untuk dia ambil wuduk mengunakan penyembur air.

Alhamdulilah hari ni aku ambil ujian pratikal jpj dan aku lulus. Seronok tak kira la rasa hati ni. Aku bagi tau paksu melalui whatsap ja aku lulus.

Petang aku telefon adikku Izati bagi tau.

"Assalamualaikum,zati kak Diana dah lulus lesen lori". Kataku terlalu teruja.

" Walaikumusalam, tahniah kak. Ingatkan nak bagi tau kut-kut kak Diana dah ada isi dalam perut. Bila zati nak dapat anak menakan ni" kata izati.

"Anak menakan apanya sperma paksu belum pernah masuk dalam rahim kakak tau. Kakak ni dara lagi la" kata ku.

"La kenapa kak Diana dan paksu tak pernah buat hubungan suami isteri" kata Izati.

"Paksu tunggu kak Diana sedia dulu dia tak mau paksa" kata ku.

"Ceh ya ke? Entah-entah paksu tu gay kut sebab tu tak kahwin" kata izati.

"Hang izati jangan buat kak Diana takut wei." kata ku.

"Ya la mana ada kucing tinggal ikan dah depan mata." kata Izati.

"Izati hang ni cakap macam la ada pengalaman" kata ku.

"Izati memang tak dak pengalaman tapi Izati suka baca kisah rumah tangga dekat Fac. Kalau kak Diana nak tau paksu normal atau tak cuba kak Diana goda paksu malam ni." kata Izati.

"Haa la. Malam ni kak Diana cuba ..ok la zati kirim salam kat mak dan ayah." kataku menghakhiri berbualan.

Selepas mematikan berbualan telefon dengan adikku izati. Hati aku mula balik tak keruan. Aku duk fikir macam mana cara nak goda paksu ni. Macam mana kalau betul paksu gay. Adoi dah kenapa otak aku ni.
-------------------------
Info sedikit untuk yang nak ambil lesen lori

LESEN LORI (E)

Syarat-Syarat untuk mengambil lesen Lori

- Berumur 21 tahun.
- Telah tamat lesen P
- Telah memegang Lesen CDL kelas D selama 1 Tahun
- Tiada cacat anggota
- Sihat tubuh badan.

Langkah yang perlu di ambil untuk memiliki lesen kelas E

- Menghadiri kursus Teori Amali selama 6 Jam
- Proses pengeluaran lesen L
- Belajar memandu
- QTI ( Ujian Percubaan )
- Ujian Praktikal JPJ
- Lesen CDL tambah kelas E

Share this novel

norain69
2020-01-14 15:55:37 

tak kan dah hbis kot..


NovelPlus Premium

The best ads free experience