Bab 30 Tamat

Family Completed 32722

Selepas dua bulan paksu kembali ke rumah. Paksu membawaku melawat ke rumah makcik Rohana yang pernah menolong paksu. Paksu membeli barang-barang dapur seperti beras dan bahan-bahan memasak untuk di bawa ke rumah makcik Rohana.

Dengan bantuan paksu dan orang kampung Norlela anak makcik Rohana di bawa ke pakar psikiatri. Dan keadaannya bertambah baik.

Sekarang ni aku sudah tidak bekerja atas permintaan paksu. Kaki aku pun dah macam kaki gajah dah bengkak. Usia kandungan ku dah masuk 9 bulan. Barang-barang baby memang dah banyak paksu letak dalam kereta kerana takut aku akan bersalin bila-bila masa saja.
Dari kandungan aku 7 bulan paksu akan bawa aku sekali ke syarikatnya kerana risau aku tinggal seorang diri di rumah.

Aku ikut pergi ke syarikat paksu bukan ada buat apa pun. Aku hanya duduk dekat dalam ruangan pejabat sambil perhatikan paksu membuat kerjanya.

Di dalam pejabat ni paksu telah meletakkan sebuah katil bujang untuk aku baring dan tidur. Jadi pejabat paksu makin sempit jadinya. Katil bujang di lindung dengan tirai langsir. Kalau aku baring atau tidur paksu akan tarik tirai tu. Jadi bila ada orang masuk dalam pejabat untuk berjumpa paksu memang tak nampak la aku sedang baring dan tidur di katil.

Hari ni seperti biasa aku mengikut paksu ke pejabatnya. Sebenarnya tarikh jangka bersalin aku dah lewat 2 hari. Agaknya anak aku suka sangat duk dalam perut aku sampai tak mau keluar. Paksu jangan duk kata la mulut dia asik duk tanya, tak rasa nak bersalin lagi,tak rasa sakit lagi ke sejam sekali. Rimas pula jadinya ,tau la tak sabar timang anak tapi dah anak tak mau keluar lagi nak buat macam mana.

Tengah paksu ralit buat kerja aku terasa ingin ke tandas.

"Abang nak pi tandas sat" kataku.

"Abang ikut" kata paksu.

Masa kandungan aku dah 9 bulan memang paksu akan ikut teman pergi tandas. Tapi tak dak la masuk sekali paksu cuma tunggu dekat depan pintu ja.

Aku pun masuk tandas untuk membuang air kencing. Bila air kencing keluar aku terkejut kerana air kencing ku bewarna hijau.

"Abang !air kencing Diana warna hijau" jeritku.

Paksu mendengar jeritan ku terus membuka pintu tandas.

Kak farah yang mendengar jeritan pun datang ke arah tandas. Aku memberitahu kepada kak farah warna air kencingku. Kak farah meminta paksu segera membawaku ke hospital. Kemungkinan besar anak dalam kandungan aku telah mengeluarkan najis. Takut anak dalam kandungan akan tertelan najis.

Paksu segera membawaku ke hospital. Kali ni rasa macam nak tercabut nyawa aku, bukan sebab nak bersalin tapi cara paksu bawa kereta dah macam formula 1 dah.

Sampai di hospital paksu keluar dari kereta memberitahu pada pihak hospital tentang air yang keluar dari farajku bewarna hijau.

Aku terus di bawa ke bilik pembedahan kerana bahaya jika anak dalam kandunganku tertelan najisnya sendiri. Aku telah di tidurkan dan dibuis semasa melakukan pembedahan.

Bila aku membuka mata jururawat menletakkan anakku di sisiku. Aku selamat melahirkan anak lelaki. Selepas itu mereka mengambil anakku kembali. Kemudian aku di bawa masuk ke wad. Dan anakku bersama dengan paksu untuk di azankan dan iqamat.

Anakku terpaksa di letakkan di wad NCU untuk permantauan. Kerana doktor memberitahu anakku tertelan najis tapi tidak banyak. Mungkin dalam 2 hari jika tidak ada masalah anakku di benarkan balik.
------
Tujuh tahun kemudian

Hari ini adalah majlis berkahwinan adikku izati. izati berkahwin dengan pilihan hatinya yang ia kawan dari tingkatan 6.

Mak aku sudah meninggal dunia 2 tahun yang lalu akibat sesak nafas kerana penyakit asmanya. Afifah dan izara masih berlajar lagi. Ayah masih lagi buat kerja-kerja kampung.

Hari ini aku yang akan mengantikan tempat mak sebagai tuan rumah untuk menyambut tetamu dan bersalaman dengan tetamu. Suami ku paksu Aiman sentiasa ada di sampingku. Kerana aku sedang mengandung anak kami yang ketiga yang sudah memasuki 6 bulan.

Anakku yang sulung bernama Mohd Darwish berumur 6 tahun. Dan yang kedua bernama Mohd Danish berumur 3 tahun. Walau pun kandunganku baru 6 bulan tapi dah macam orang mengandung 8 bulan.

Kerana aku dan paksu bakal mendapat anak kembar. Bukan kembar 2 tapi 3 paksu la yang paling teruja bila dapat tahu aku mengandung kembar 3.

Aku memandang paksu yang berada di sisiku. Paksu yang mengambil bangku untuk aku duduk. Terasa bahagia di hatiku. Aku tidak salah membuat pilihan menerima paksu sebagai suamiku.

Jodoh ku dengan paksu bukan kerana cinta. Tapi cinta itu datang bila kita sedar tanggung jawab sebagai seorang isteri dan suami.
-------
Tamat

Share this novel

Rafizah
2020-01-23 14:03:42 

rehat sat dulu. minggu baru depan baru buat cerita baru pulak..

Norazyah Hamid
2020-01-23 13:56:06 

terbaikla ceta ni. bila nak keluar ceta baru


NovelPlus Premium

The best ads free experience