Bab 29

Family Completed 32722

Malam ini aku tidur awal kerana keletihan. Selesai menunaikan sembahyang isyak dan berdoa aku terus merebahkan badanku ke atas katil. Cadar tilam di atas katil ini aku tak pernah tukar selepas kehilangan paksu. Supaya bau paksu di cadar ni terus ada.

Aku terjaga bila mendengar telefon bimbit ku berbunyi. Aku membuka mata lalu tanganku mengambil telefon bimbit.

"Assalamualaikum, Diana ni kaklong. Kaklong ada depan rumah Diana ni." kata kaklong,aku terkejut kenapa pulak kaklong datang tengah malam ni.

"Walaikumusalam, baik tunggu sat Diana pergi buka pintu". Kataku.

Aku memasang lampu di ruang tamu dan melihat jam baru pukul 2 pagi. Dalam fikiranku mungkin ada hal penting sebab tu kaklong datang ke rumahku pagi-pagi buta ni.

Aku mengambil kunci pintu rumah dan berjalan ke arah pintu. Tiba-tiba kakiku terasa kejang, adui masa ni la pulak kaki aku buat hal. Aku gagah juga jalan walau pun kaki terasa sakit.

Sampai di depan pintu selesai membuka kunci aku pun membuka pintu. Alangkah terkejutnya aku melihat sosok seorang lelaki yang bersama kaklong dan suami kaklong. Lelaki itu adalah paksu Aiman suamiku.

" Abang !" jeritku sambil memeluk paksu dengan erat.

"Diana".kata paksu sambil membalas pelukkan ku.

" Kaklong dan abang balik dulu tau"kata kaklong sambil berjalan ke arah kereta dan pergi dari rumahku dan paksu.

Selepas kereta kaklong sudah jauh aku dan paksu masuk ke dalam rumah.

"Ahh,aduh" kataku kerana rasa kejang di kaki terasa balik.

"Kenapa Diana" tanya paksu sambil memandangku.

"Kaki Diana rasa kejang"kataku sambil menunduk memengang kaki yang kejang.

Tiba-tiba paksu mendukungku menuju ke arah bilik. Paksu membaringkan aku di katil dan menarik kakiku lalu ia mengurut kakiku yang kejang dengan minyak angin.

" Masih rasa kejang lagi" kata paksu.

Aku menganguk dan tiba-tiba air mataku mengalir kerana sebak. Aku rasa tak percaya di depan ku ini adalah sosok tubuh yang sangat aku rindu.

"Kenapa menangis, sakit sangat ke kaki ni?" tanya paksu.

"Diana takut abang tak kan balik lagi jumpa Diana.Diana takut sangat kehilangan abang" kataku sambil teresak-esak kerana menangis.

"Diana jangan nangis dah,abang janji akan selalu di sisi Diana" kata paksu sambil mengelap air mataku.

Malam ini aku bersyukur sangat pada tuhan kerana telah mengambulkan doa ku. Malam ini juga terselit rasa bahagia kerana dapat tidur di pelukkan suami yang ku cintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience