Bab 28

Family Completed 32727

Berapa hari ni badan aku semakin membaik dan luka-luka di badanku juga semakin mengering. Ada rasa simpati melihat keadaan makcik Rohana dan anaknya.

Jika aku dapat keluar dari sini,aku akan cuba membantu makcik Rohana dan Norlela. Bagi aku Norlela tu perlu di rawat oleh pakar psikiatri.

Norlela juga suka mengamuk bila moodnya tidak berapa baik. Kekadang ia juga suka ketawa. Aku pernah tidak mahu mengikuti kehendaknya menconteng mukaku. Menyebabkan Norlela mengamuk. Kesian melihat ibunya makcik Rohana menenangkannya.

Begitu tabah seorang ibu seperti makcik Rohana melayan kerenah anaknya. Walau pun keadaan dirinya agak susah untuk bergerak. Kasih seorang ibu tidak ada galang-gantinya.

Malam ini aku melihat Norlela sudah tertidur. Aku mengambil keputusan untuk melarikan diri pada malam ini. Pengelangan tanganku mengalami luka kerana terlalu lama di ikat dengan tali.

Aku mengigit tali mengunakan gigi dan tali itu berjaya terbuka. Aku berjalan perlahan-lahan keluar dari rumah makcik Rohana.

Sampai di depan pintu aku terkejut melihat makcik Rohana mengesot ke arahku. Mulanya aku menyangka makcik Rohana akan menghalangku. Tapi makcik Rohana tiba-tiba menghulur duit ke arahku.

"Ambik la duit ni ,guna untuk balik ke rumah Aiman" kata makcik Rohana sambil menghulurkan RM20.

Aku mengambil duit itu. Kerana memang aku tidak mempunyai duit. Malah kad pengenalan diri pun aku tak dak. Aku sendiri pun tidak tahu ke mana hilangnya barang-barang ku itu. Mungkin masih di dalam laut.

Keluar sahaja dari rumah makcik Rohana aku berlari menuju ke jalan yang banyak rumah. Rumah makcik Rohana jauh pada rumah orang lain di kampung ni.

Aku berjalan dan ternampak masjid. Dan aku pun singgah ke masjid itu. Masih ada berapa orang berada di masjid. Aku memberi salam pada mereka. Dan mereka pun menjawab salamku.

Aku menceritakan apa yang terjadi padaku. Salah seorang dari mereka meminjamkan telefon bimbit supaya aku menghubungi keluarga. Aku mengambil telefon itu dan menelefon kakakku.

Walau pada mula aku ingin menefon Diana. Tapi memikirkan dirinya yang sedang mengandung dan hari pun sudah tengah malam. Aku tidak mahu mengangunya.

Lama juga baru kakak ku mengakat telefon.

"Assalamualaikum. Kak ni Aiman." kataku.

"Walaikumusalam. Betul ke ni Aiman."kata kakak ku.

" Kakak tolong ambil Aiman dekat sini"kataku.

"Kalau macam tu tolong bagi lokasi".kata kakak ku.

Aku pun memberi tahu lokasi dengan bantuan orang di masjid. Orang yang berada masjid sanggup menemani sampai kakakku sampai.

Dalam 1 jam setengah kakak dan suaminya sampai di masjid tempatku berada. Berhenti saja kereta yang di pandu abang iparku,kakakku terus keluar dari kereta dan memeluk ku sambil menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience