Bab 18

Family Completed 32727

Selesai saja kak farah membeli barang dan masuk ke dalam kereta aku pun menghidupkan enjin kereta. Aku memandu menuju ke bangunan syarikat paksu untuk menghantar kak farah. Sampai saja aku pun mematikan enjin kereta. Lalu kak farah turun untuk ke pejabat dan aku pula turun pergi ke arah lori untuk mengecek barang yang akan aku bawa sebentar lagi.

Hati aku terasa sakit pula bila teringat paksu bersama perempuan lain tadi. Siapa perempuan dan budak kecil tu dengan paksu. Apa agaknya hubungan paksu dengan perempuan tu.

Kacau sungguh perasaan dan fikiran aku sekarang ni. Paksu pun tak pernah menyatakan perasaan cinta pada aku. Perempuan tu nampak cantik dari aku. Aku sedar diri ja aku ni kurang sikit dari segi rupa paras. Dari 4 beradik kulit aku la yang paling gelap sikit dari pada yang lain.

Kenapa dengan hati aku ni terasa pedih sesangat. Tapi aku bukan jenis orang yang suka berebut. Lantak la dengan paksu tu. Lagi pun paksu berduit kalau dia nak kahwin dua tiga pun mampu.

Lagi pun aku sedar ja aku bukannys isteri yang sempurna banyak kekurangan. Buat sarapan pun kekadang nasi goreng dan roti yang siap beli.Kekadang biskut kering dengan air kopi ja.

Perlu ke aku bertanya pada paksu tentang perempuan yang bersama dengan paksu tadi. Atau aku biar ja macam tak terjadi apa-apa. Rasa macam takut nak tahu kebenarannya. Takut jika kebenaran itu sesuatu yang akan menyakitkan hati aku.

Aku ni boleh buat kerja-kerja kasar dan lasak. Tapi kenapa hati dan perasaan aku ni jadi macam tisu lembik semacam ni.

Siap menghantar barang ,aku kembali ke syarikat paksu untuk meletak lori. Selesai meparking lori di tempat sepatutnya. Aku pun turun dari lori dan menuju ke arah kereta untuk balik.

Sampai di rumah aku melihat di halaman rumah tidak ada kereta . Ini bermakna paksu tiada di rumah, ada perasaan kecewa di hatiku. Aku pun mengambil kunci lalu membuka pintu. Aku masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur untuk meminum air kerana tekak ku terasa dahaga. Selesai meminum air aku melihat di atas meja makan masih ada air kopi yang ku bancuh pagi tadi untuk paksu. Air masih penuh seperti tidak di sentuh langsung. Aku pun membuka tudung salji dan melihat masih ada nasi goreng yang ku buat pagi tadi sama banyak seperti aku tinggal pergi kerja.

Nampaknya paksu tak sentuh langsung sarapan yang ku masak pagi tadi. Selalunya kami akan makan sarapan bersama. Kenapa dalam minggu ni sikap paksu berubah.

Adakah aku ada buat kesalahan pada paksu sampai paksu berubah macam ni.Biarlah esok aku tak perlu dah buat sarapan. Kalau buat pun rugi ja terbuang macam tu saja tak di makan.

Kalau paksu rasa nak menjauhi aku. Ok tak pa, aku tak perlu dah nak jaga hati paksu sangat. Malam ni kepala aku rasa pening sangat,mungkin kerana terlalu banyak berfikir. Jadi aku tidur awal malam ni.

Paginya aku bangun dari tidur paksu sudah ada sisiku. Tiba-tiba kepalaku rasa pening dan perutku juga terasa mual kerana tercium bau minyak wangi wanita di badan paksu. Aku terus masuk ke bilik air untuk muntah.

Wuek,wuek,wuek aku memuntahkan isi perutku. Paksu terbangun kerana terdengar bunyi mulut ku memuntahkan isi perut. Paksu pergi ke bilik air untuk melihatku.

"Diana kenapa ni?"tanya paksu.

" kepala Diana pening sikit" kataku sambil tersandar di dinding bilik air kerana berasa tak bertenaga dan rasa pedih di kerongkong kerana muntah.

"Kalau rasa tak sihat,tak payah pergi kerja hari ni" kata paksu.

"Diana dah ok, Perut ni masuk angin ja ni." kataku.

Selepas selesai muntah aku pun mandi dan sembahyang subuh tanpa menunggu paksu terlebih dahulu. Siap sembahyang aku pun bersiap-siap untuk pergi kerja. Dalam 2 minggu ni memang aku dan paksu naik kereta asing-asing pergi kerja.

Paksu siap sembahyang dan bersiap memakai baju aku pun meminta diri untuk pergi dulu.

"Awal hari ni pergi kerja" tanya paksu.

"Ada hal sikit hari ni" kataku sambil berlalu pergi.

Aku keluar awal malas nak pandang muka paksu. Dalam perjalanan ke tempat lori aku singgah beli sarapan dulu. Air botol memang aku selalu bawa. Sampai di tempat lori aku pergi masuk pejabat dulu untuk scan kedatangan.

Aku makan sarapan yang aku beli tadi dekat dalam lori ja. Sementara menunggu pekerja lain datang untuk meletakkan barang-barang yang akan di hantar di dalam lori.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience