Chapter 15

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 15

Pihak polis yang mengendalikan kedua-dua kes ini nampaknya belum menemukan jalan penyelesaian dan masih dalam siasatan. Mak Odah masak benar dengan perangai kedua-dua anaknya itu. Si sulung merupakan seorang yang mempunyai rupa paras menawan, berkulit kuning langsat dan mempunyai bulu mata yang lentik. Memang dia menjadi pujaan jejaka di kampungnya sehingga ramai yang datang untuk menjadikannya sebagai calon menantu.

Mak Odah ingat lagi bagaimana dia terpaksa memujuk si sulung itu untuk menerima salah satu pemuda yang datang melamarnya. Mak Odah sudah tidak tahu bagaimana untuk memberi jawapan tidak kepada mereka yang datang merisik.

“Saya dah ada pilihan hati ibu, dia saja yang saya nak jadikan suami, bukan orang lain,” ujar si sulung pada suatu hari. Dia sudah cukup rimas kerana isi hatinya itu tidak difahami oleh ibunya.
“Berikan saya satu peluang ibu. Izinkan saya keluar dari kampung ni. Saya nak cuba keluar berkerja di bandar.”

Bukannya Mak Odah tidak kasihan dengan anaknya itu, tapi kalau diizinkan dia bimbang kerana tiada sesiapa pun yang dikenali di bandar sana. Kalau dihalang dia bimbang anaknya itu akan terus tertekan dengan situasi tersebut. Peluang perkerjaan di kampung itu memang terhad dan akhirnya Mak Odah akur dengan permintaan anak sulungnya itu.

...bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang terjadi kepada anak Mak Odah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience