Chapter 7

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 7

“Pasni akak kompom akak la paling cantik kat Malaysia ni. Hahaha…Tau-tau je kau kan rambut akak ni tak cantik…Ada rambut palsu ni akak meletop-letop la cam artis,” ujar Sarah mengusik Ayu.
Perbualan mereka tamat di situ setelah Ayu meminta diri. Keesokan harinya sebelum Sarah keluar dari hostel, dia cuba mencari Ayu tetapi tak jumpa. Sarah fikir mungkin Ayu keluar dan dia akan menelefonnya nanti.

Tanggal 13 November adalah tarikh yang memang Sarah tak boleh lupakan setiap tahun. Kalau lupa memang sengaja Sarah mencari nahas.Tahun lepas Sarah buat kejutan sambutan hari jadi kawan baiknya itu di tepi tasik Shah Alam. Sarah mengumpulkan semua kawan kelas dan mereka sepakat untuk membaling telur dan tepung ke muka Suzana tepat pada pukul dua belas malam. Suzana memang sahabat yang sentiasa ada untuk Sarah baik pada masa senang mahupun susah. Sarah tidak akan lupa jasa baik kawannya itu sepanjang tempoh persahabatan mereka. Tahun ini Suzana mengadakan sambutan hari jadi di rumahnya sendiri. Sarah lah orang pertama yang dijemput Suzana bagi berkongsi kegembiraan bersama-sama.

“Sarah, kau wajib datang malam hari jadi aku tu nanti. Kawan abang aku mesti ramai yang datang jugak malam tu nanti. Semua hensem-hensem and kaya-kaya. Kau nak cari jodoh tak?” Suzana tergelak sengaja mengusik Sarah.

...bersambung
Bab akan datang:
Di manakah Ayu berada? Adakah dia akan mengikuti Sarah ke rumah Suzana?

Bab 8
Sarah sudah memasang angan-angan untuk memakai rambut palsu yang dihadiahi Ayu itu. Rambut palsu panjang mengurai berwarna hitam itu pasti akan membuatkannya tampil menarik dan anggun.
“Ape salahnya kalau aku lagi cantik dari birthday girl kan!” Sarah tergelak sendirian sambil memikirkan baju apa yang bakal digayakan dalam majlis hari jadi Suzana nanti.

Bammmm!!! Angin bertiup kencang dan bunyi hempasan pintu yang kuat mengejutkan Sarah dari lamunan. Sudahlah dia tinggal seorang diri, menyesal pula dia tidak mengikut mama dan abah pulang ke kampung siang tadi. Mama Sarah sudah penat mengajak dia untuk pulang bersama tapi sia-sia sahaja. Sarah berdegil untuk tinggal sendirian. Sengaja Sarah memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.

Sarah bangun dari katil dan segera mengunci semua tingkap dan pintu. Selepas selesai semuanya dia masuk semula ke dalam bilik. Komputer ribanya di buka dan terus sahaja leka melayari Internet. Earphone dipasang sambil menikmati lagu-lagu hindustan kegemarannya. Tiba-tiba dia teringatkan Ayu. Di mana gadis itu menyepi. Selepas dia habis diploma langsung Ayu tidak berhubung dengannya. Sudah puas Sarah menelefon dan menghantar SMS namun semuanya tidak berbalas.

Rambut palsu yang berada di atas meja solek menjadi perhatian Sarah. Hairan memikirkan bila masa dia meletakkannya di situ. Seingat Sarah dia menyimpan rambut tersebut di dalam almari. Tak mungkin Sarah silap. Ya, dia yakin benar di mana dia menyimpannya. Angin yang datangnya dari kipas siling membuatkan rambut palsu tersebut seakan melambai-lambai lembut kepada Sarah. Sarah menggosok-gosokkan mata dan tiba-tiba rambut palsu itu hilang begitu sahaja.

...bersambung
Bab akan datang:
Mengapakah Sarah berfikir yang bukan-bukan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience