Chapter 14

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 14

Sarah mengeluh panjang. Baru dia berangan mahu beristirehat esok tapi memandangkan Suzana mendesak terpaksalah dia akur. Perbualan dengan Suzana tadi berputar kembali dalam ingatan. Arman memuji rambutnya cantik? Dia tak tahu yang rambut tu rambut palsu!
Angin malam itu agak kencang dan tiba-tiba Sarah terasa seperti ada sesuatu di belakang lehernya. Ada benda halus menjalar-jalar di keliling lehernya dan membuatkan Sarah berasa geli dan rimas. Degupan jantungnya pantas. Dia tidak pasti apa yang berada di belakangnya. Perlahan-lahan dia cuba menoleh ke belakang tapi hampa kerana tidak menemui apa-apa.

Pantas Sarah bangkit dari katil dan terlihat rambut palsunya itu telah jatuh ke lantai. Dia segera ambil dan terus menyimpannya ke dalam almari. Benda apa yang datang mengganggunya tadi tidak mahu difikirkan lagi. Azan Isyak berkumandang dan dia terus pergi menunaikan kewajipannya sebagai seorang umat Islam.

Pada waktu yang sama… Di suatu tempat di pedalaman, seorang ibu sedang menangis meratapi musibah yang melanda dirinya. Dia kehilangan kedua-dua anak perempuannya pada satu tahun yang sama. Seorang mati dibunuh dan seorang lagi ditemui mati bunuh diri. Tidak berdaya wanita berumur separuh abad itu menempuh hari-hari yang mendatang. Entah apa dosanya menanggung beban yang begitu berat seorang diri. Suaminya juga telah pergi menghadap Illahi lima tahun lepas. Dialah yang bersusah payah membesarkan anak-anaknya selama ini namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Sentiasa dilihat berkain batik dan berbaju kurung kedah, si ibu yang biasa dipanggil sebagai Mak Odah ini telah buntu mencari jawapan tentang kematian anak sulungnya dan punca sebenar anak bongsunya membunuh diri.

...bersambung
Bab akan datang:
Siapakah mak Odah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience