Chapter 23

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 23

Keesokan malamnya, Sarah dan Suzana mengambil keputusan untuk menggeledah bilik Ayu. Kebetulan masa itu Mak Odah tidur awal kerana demam dan pening kepala. Sehelai kertas jatuh dari atas almari yang sedang digeledah. Isinya berbunyi,

“Maafkan Ayu ibu…Ayu tak sanggup hidup selamanya macam ni.
Ayu nak ibu selamat dari HL. Rambut Melati ada dalam tangan Sarah.”

Surat itu memang ditulis oleh Ayu tetapi siapa pula gerangan nama HL? Inilah yang perlu disiasat dan mungkin HL inilah pembunuh Melati yang dicari selama ini?

Nota tersebut memberi gambaran bahawa Ayu sedang menanggung derita yang teramat sangat sehingga mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Sarah berandaian bahawa surat itu pasti Mak Odah belum membacanya lagi.

Almari baju yang terdapat dalam bilik Ayu tiba-tiba terbuka sendiri. Ada suara mengerang dari dalam seolah-olah sedang menahan sakit. Terang dan jelas suara itu cuba meminta pertolongan.

Sarah dan Suzana berpandangan sesama sendiri dan mula berpelukan. Mana mungkin ada orang lain selain mereka di dalam rumah.
Almari bergegar dan terdengar ketukan bertalu-talu dari dalam. Jeritan dan lolongan semakin didengari dan tiba-tiba darah mengalir keluar dari almari membasahi keseluruhan bilik.

Terdapat helaian-helaian rambut bergumpal di atas darah tersebut. Bau hanyir memenuhi segenap ruang dan mereka mula berasa mual dan loya.

Panik dengan situasi tersebut, mereka mula bertempiaran keluar dari rumah dan berlari tanpa arah. Sarah akhirnya tiba di satu kawasan yang bersemak-samun dan di depannya sebuah rumah usang yang dilihatnya tempoh hari. Kawasan tersebut memang terpencil dan tiada rumah lain di sekelilingnya.

Sarah seperti dipukau untuk masuk ke dalam rumah tersebut dan mula melangkah masuk. Benda pertama yang dapat dilihatnya ialah pelbagai jenis peralatan besi dan tajam bersepah di ruangan tengah. Ada gergaji, parang, gunting, kayu belantan, dan beberapa bilah pisau dan semuanya sudah karat belaka.

“Apa kau buat di rumah Melati?” Satu suara bergema kuat mengejutkan Sarah yang memang dalam ketakutan.

Jatuh terduduk terus Sarah apabila satu lembaga keluar dari ruang gelap dan menuju ke arahnya.

“Siapa kau ha? Apa kena mengena Melati dengan kau?” Sarah menengking ingin mendapatkan penjelasan dan kepastian. Dia gagal untuk melihat wajah lembaga tadi kerana mukanya diselubungi dengan “hoodie” baju panas yang dipakainya.

Gayanya tidak terurus, bajunya koyak rabak dan baunya seakan bangkai haiwan yang mati. Tangan Sarah diikat dan kakinya juga dirantai. Meronta-ronta Sarah hendak melepaskan diri dari ikatan.
“Kenapa kau datang cari aku?” Kau dah tau semuanya kan? Kau tahu yang aku yang bunuh Melati?” Lelaki itu mencekik leher Sarah. Genggamannya sangat kuat sehingga Sarah sukar untuk bernafas.

...bersambung
Bab akan datang:
Siapakah lelaki yang memakai hoodie itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience