Chapter 5

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 5

Perasaan takut Sarah tadi terus hilang dan mereka terus ketawa tidak henti-henti bila teringat kejadian tersebut. Sejak dari hari itu, Sarah dan Ayu terus menjadi rapat dan sering meluangkan masa bersama. Pergi ke pusat beli belah, ke perpustakaan dan ke kedai makan pun mereka bersama.

Akhirnya, tibalah waktu peperiksaan Sarah yang terakhir. Dia begitu bersemangat untuk menjawab ujian pada hari itu. Waktu ujian pukul dua tiga puluh petang tapi pukul dua belas dia sudah siap sedia. Menyanyi-nyanyi dia bila mengingatkan yang ini adalah peperiksaan terakhir bagi pelajar Diploma Kewartawanan di Kolej Segi Empat. Tahun depan kalau ada rezeki barulah dia akan menyambung pengajiannya di mana-mana universiti tempatan.

“Eh makcik! Kau ni over betol la. Lambat lagi la exam nak start. Aku mandi pun belum.” Suzana tergelak melihat keterujaan Sarah.
“Biarla sebok la kau ni. Cepatlah siap aku dah tak sabar ni nak habiskan last paper kita!” kata Sarah sambil mencebik.

“Yelah yelah aku mandi la ni…Budak gila!” jerit Suzana kepada Sarah sambil menampar manja pipi kawan baiknya itu.

Tepat pukul lima petang, peperiksaan sudah tamat. Sarah melompat kegembiraan selepas keluar dari dewan. Masing-masing mengucapkan selamat tinggal kerana mereka sudah tamat diploma. Ada yang sedih, ada yang gembira.Macam-macam ragam mereka setelah keluar dari dewan peperiksaan. Sarah dan Suzana mengambil keputusan untuk tidak berada lama di situ kerana memikirkan mereka belum selesai mengemas barang. Sudahlah pagi-pagi esok keluarga masing-masing akan datang untuk menjemput mereka pulang.

...bersambung
Bab akan datang:
Apakah rancangan Sarah seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience