Chapter 20

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 20

Sarah cuba menenangkan Suzana walaupun dia sendiri tertanya-tanya apa sebenarnya yang ada di dalam rumah tu. Nak kata rumah orang tak mungkin sebab rumah itu memang usang dan uzur. Macam sudah lama benar ditinggalkan. Bumbung dah tercabut sana-sini.Tinggal masa nak runtuh sahaja. Dia hanya membuat andaian apa yang dilihat Suzana tadi hanya ilusinya sahaja.

Dekat pukul lima baru mereka sampai di rumah yang dituju. Sebuah tempat tinggal kecil yang agak daif dan di tepi-tepinya ada kolam kecil. Ada sebuah reban ayam dan tepi-tepinya banyak tanaman cili dan pokok limau kasturi. Aman dan cantik sungguh suasana kampung dan pemandangan yang menghijau. Tenang rasanya berada di sebuah tempat yang jauh dari hiruk pikuk bandar.

“Assalamualaikum...” Sudah tiga kali salam Sarah tidak disahut. Mesti ada orang di dalam kerana pintunya tidak ditutup. Tak mungkin tuan rumah keluar tanpa mengunci pintunya.

“Mintak maaf, ada orang kat dalam tak?”

Muncul seorang wanita di muka pintu. Sayu sungguh melihat raut wajahnya yang seakan-akan menyimpan seribu rahsia dan derita. Dia keluar sambil tangannya memegang erat sebuah potret. Jelas kelihatan air matanya bergenang dan tunggu masa sahaja untuk jatuh.

“Ya, siapa ya?”

“Saya Sarah, kawan Ayu anak makcik. Ini betul rumah Ayu kan, makcik?” jawab Sarah memperkenalkan dirinya dan Suzana.

“Ya, betul ini rumah Ayu. Panggil je makcik Mak Odah. Marilah, silakan masuk.”

Mak Odah ke dapur untuk membuat air. Bingkai gambar yang dipegangnya tadi diletakkan atas meja. Perlahan sahaja dia berjalan dan sesekali terdengar wanita itu terbatuk-batuk. Tidak sihat agaknya fikir Sarah dari tadi.

“Mak Odah, Ayu mane? Dari tadi saya tak nampak pun? Die keluar pergi mana-mana ke?” Selamba sahaja Suzana bertanya Mak Odah sambil menghirup kopi pekat yang disediakan di atas meja.

Wanita tua itu terdiam, dahinya berkerut dan air matanya serta merta bergenang. Sarah bingung dengan reaksi yang diberikan Mak Odah. Bingkai gambar tadi diambilnya semula dan menatapnya dengan penuh kehibaan.

“Ada yang kami salah cakap ke Mak Odah? Maafkan saya.” Suzana masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku.

“Bila kali terakhir kamu bertemu dengan Ayu?” Mak Odah mula bertanya untuk mendapatkan kepastian daripada mereka berdua.
“Ayu ada menelefon saya minggu lepas. Tapi tak sempat cakap pun. Line putus terus.” Sarah mengeluh.

Riak wajah Mak Odah bertukar terus seolah-olah terperanjat dan tidak senang duduk. Tidak mungkin Ayu yang menelefon. Telefon bimbitnya juga sudah lama tidak dihidupkan dan tersimpan rapi dalam simpanan Mak Odah.

“Ya Allah, Ayu dah takde…Ayu dah takde…Ayu dah pergi jauh dari kita…” Mak Odah memegang lembut tangan Sarah dan Suzana.

...bersambung
Bab akan datang:
Jika Mak Odah mendakwa Ayu telah mati, jadi siapakah yang sebenarnya menghubungi Sarah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience