Chapter 17

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 17

“Adik ada berhubung dengan kakak tak?” tanya si ibu. Jelas nada suara si ibu bimbang tentang keselamatan anaknya itu.

“Tak ada la ibu. Adik memang dah lama tak bercakap dengan kakak.”
Soalan yang sama sahaja ditanya oleh si ibu setiap kali anak bongsunya itu menelefon. Biasanya perbualan itu akan tamat begitu sahaja lantaran soalan yang tiada siapa dapat memberikan jawapannya.

Selepas sarapan, Sarah awal-awal lagi sudah memaklumkan ibunya yang dia mahu keluar berjumpa dengan Suzana. Ibunya memang tidak akan menghalang ke mana sahaja Sarah mahu keluar asalkan pandai menjaga batas pergaulan dan maruah.

“Keluar dengan Suzana ke kamu ada date dengan orang lain? Baik cakap terus terang dengan mama.” Sengaja Cik Yati mengusik anak tunggalnya itu. Walaupun sudah berusia dua puluh tiga tahun namun Sarah masih belum mempunyai teman istimewa lagi.

“Ish mama ni, dengan Suzana lah.Tak mainlah laki cikai-cikai kalau nak keluar date pun… Kurang-kurang pun anak datuk bolehla,” jawab Sarah angkuh.

Cik Yati hanya menggeleng kepala dengan perangai anaknya itu.

Selepas menyarung lengging biru dan memakai baju panjang berwarna putih, Sarah terus mengeluarkan rambut palsunya itu dari dalam almari. Dia cuba menariknya keluar tetapi tersangkut.

“Mengada-ngada betul la…Time aku nak cepat ni la kau nak buat hal.”

...bersambung
Bab akan datang:
Ke manakah Sarah ingin pergi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience