Chapter 2

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 2

Terus dia buka almari baju kesayangannya itu. Almari putih warna kesukaannya itu penuh dengan segala benda dari baju, seluar, dress, baju tidur, aksesori semua disumbatnya di situ.
Isi almari satu persatu dikeluarkan. Tangannya mengorek-ngorek ke dalam mencari benda yang dari tadi tak jumpa-jumpa.

“Eee…mana pulak ni!” Sarah mendengus sambil matanya meliar melihat dari atas ke bawah. Tak jumpa!
Putus asa dengan usahanya itu Sarah terus menghempas pintu almari tanda tidak puas hati. Dia yakin benar yang dia meletakkan benda yang tersebut di dalam sana.

“Takkan boleh hilang pulak! Ade kaki kot boleh nak kuar dari almari tu!” Sarah melepaskan geramnya. Elok sahaja dia hendak melangkah keluar dari bilik, pintu almarinya terbuka sendiri. Ada satu benda hitam menjurai keluar. Sarah menoleh dan tersenyum lebar!

“Haa…Ada pun kau...hihihi...” Sarah mengekek sendirian kerana berjaya menemukan apa yang dicarinya tadi.

Benda berjurai itu diangkatnya dan terus ke depan cermin. Diletakkan di atas kepalanya dan nahh…rambut palsu rupanya! Dia menggayakan benda tersebut dan membetul-betulkan kedudukannya. Menyanyi-nyanyi dia kegirangan. “Cantiklah aku lepas ni,” bisik hatinya. Bagaimana pula rambut itu tiba-tiba muncul pun dia malas ambil pusing. Asalkan sudah jumpa, sudahlah.

...bersambung
Bab akan datang:
Dari manakah Sarah mendapat rambut palsu itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience