Chapter 24

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 24

Dalam masa yang sama, Sarah berasa lega kerana sudah dapat merungkai misteri tentang siapa sebenarnya pembunuh Melati.
Dalam hati kecilnya sangat bersyukur kerana dia dapat menemui jawapan kerana lelaki itu sendiri sudah mengaku perbuatan jahanamnya itu. Sekarang baru dia mengerti tentang maksud mimpi aneh yang selama ini sering mengganggu tidur malamnya. Perempuan berjubah hijau itu adalah Melati yang telah dibotakkan dan dibunuh oleh lelaki ini!

“Sekarang kau dah tau, aku kena bunuh kau pulak! Tapi aku nak seksa kau dulu sebelum kau mati, betina!” jerit lelaki itu yang jelas segala yang diucapkannya penuh dengan dendam dan amarah.

Sarah cuba untuk tidak menunjukkan rasa takut walau dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Dia mesti membela kematian Melati. Dia juga ingin tahu kenapa kawannya, Ayu membunuh diri. Mesti lelaki ini ada kaitan dengan kematian dua beradik tersebut. Lelaki itu mengasah parang sebilah demi sebilah dan kemudian mencapai gunting dan pisau. Dia duduk mencangkung sambil merenung tajam pada Sarah.

“Kau tau sapa aku? Kau belum kenal lagi sape Harun Lang lah!” matanya merah, air matanya bertakung di kelopak mata, tangannya menggeletar dan bibirnya berketap.

“Kau tau sebab apa Melati mati?” Dia tergelak besar.

“Sebab dia tak terima aku jadi suami! Rasakan sekarang kau dah mati Melatii! Takde sapa yang boleh rampas kau dari aku!”

Lelaki itu terus bangun lalu menjambak rambut Sarah dan mengelar pergelangan tangannya. Sarah menjerit kesakitan minta dilepaskan. Dia menjadi lebih agresif apabila mula menggunting sehelai demi sehelai rambut Sarah. Bajunya direntap dengan kuat sehingga koyak, dan mujur sahaja Sarah memakai singlet di dalam. Kalau tidak pasti dia sudah menjadi separuh bogel.

“Kau akan dapat nasib sama macam Ayu, pandai-pandai nak masuk campur hal aku dengan Melati. Puas hati aku dapat jahanamkan dia!”
Sekali lagi lelaki itu membuat pengakuannya di hadapan Sarah.
Fahamlah Sarah sekarang apabila teringat cerita Mak Odah yang Ayu juga dirogol sebelum dia membunuh diri.

Kini sudah terungkai segala misteri yang menyelubungi Sarah. Dia sudah tahu sekarang bahawa HL di dalam surat itu adalah Harun Lang dan dia jugalah yang membunuh Melati angkara dendam.

Pinangannya yang ditolak menimbulkan kemarahan kepadanya memandangkan hanya Melati sahajalah yang menjadi idamannya selama ini. Rasa sakit hati dan kekecewaan yang tidak dapat dibendung mendorongnya melakukan pembunuhan.

“Kalau kau dendam dengan Melati kenapa Ayu pun jadi mangsa jugak ha?” Sarah cuba untuk mengorek lebih banyak rahsia dari lelaki itu.

“Sebab dia tahu aku bunuh Melati! Aku dah ugut Ayu jangan bagitau sape-sape kalau tak nak tengok aku bunuh maknya pulak!” Ketawa besar dia apabila menceritakan semua itu kepada Sarah.

...bersambung
Bab akan datang:
Berjayakah rancangan jahat lelaki itu hendak membunuh Sarah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience