Chapter 22

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 22

Pada malam itu, Sarah sukar melelapkan mata dan memerhati sekeliling ruang bilik.

Di bilik inilah Ayu membunuh diri. Terngiang-ngiang lagi pesanan Ayu menyuruhnya supaya menjaga rambut palsu itu dengan baik.
Terasa seperti gegaran kecil di bawah katil. Sarah terus terjaga dari tidurnya. Dia melihat Suzana sudah lena diulit mimpi. Sarah melihat jam di telefon bimbitnya dan waktu menunjukkan jam dua belas tengah malam. Badannya terasa bergoncang sekali lagi.

Juraian rambut keluar dari bawah katil dan membelit kakinya. Kebas kaki Sarah kerana dililit ketat dan dia meronta-ronta minta dilepaskan. Juraian rambut tadi terus membelit badannya dan kemudian naik ke atas muka.

Sarah cuba menjerit namun suaranya tidak keluar. Satu sosok badan wanita muncul di depannya dan melambai-lambai, seolah-olah mengajaknya ke suatu tempat. Mukanya tidak kelihatan kerana dilindungi dengan rambut yang panjang.

Entah bagaimana Sarah tiba-tiba mengangguk tanda setuju. Seperti mimpi, Sarah di bawa ke satu tempat yang sebelum ini macam pernah dilihatnya.Ya, baru dia teringat yang kawasan ini sama dengan mimpi yang dialaminya tempoh hari.

Di tepi tasik dan dia berjalan mengelilingi kawasan itu. Sarah terdengar suara tangisan seperti rintihan kesakitan.

“Huuuk… Hukk… Huk aughhhh... Aughhh ampuuuuun... Ampuuunnn… Ampunkan saya…” Suara itu seperti menggeletar.

Sarah pun mengikuti arah suara tersebut. Dia terus berjalan ke dalam meredah kegelapan malam, sehingga suara itu semakin jelas didengar oleh Sarah.

“Huuuk… Hukk…Huk aughhhh… Aughhh…Apa salah saya?”

Sesampainya di tempat itu, Sarah melihat perempuan itu sedang mencangkung memohon ampun dengan seseorang yang sedang berdiri di hadapannya. Lelaki yang berbadan tegap itu langsung tidak mengendahkan rayuan perempuan itu.

Dia melihat lelaki tersebut terus memukul perempuan itu, menarik rambut lalu menyeretnya. Sarah sangat ketakutan melihat kejadian itu dan ingin sekali membantu tetapi dia tidak berani untuk mendekati mereka. Sarah terus mengikutinya lalu sampailah mereka di tepi tasik yang airnya kelihatan sangat tenang.

Lelaki itu berhenti dan terus memotong habis rambut perempuan itu. Guntingan demi guntingan sehingga menjadi botak dan kulit kepalanya dikelar-kelar dengan pisau.

Perempuan itu menangis sekuat-kuatnya sambil memohon ampun kepada lelaki itu.

*****
Sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil. Sarah dapat mengecam itu suara Suzana dan tiba-tiba sahaja dia berada di depan rumah Mak Odah. Sudahlah terbaring di atas tanah, jari kaki dan tangannya pun luka-luka seperti tercucuk duri.

Mak Odah memapahnya ke dalam rumah sebelum membersihkan luka tersebut. Mereka hanya berpandangan sesama sendiri tanpa berbicara. Masing-masing tidak punya jawapan apa yang terjadi kepada Sarah.

...bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang berlaku kepada Sarah? Adakah dia mengigau?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience