Chapter 11

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 11

Ketika sedang leka menikmati pencuci mulut yang disediakan, Sarah terlihat seperti seorang wanita berjubah hijau di tepi hujung sana memerhatikannya dengan pandangan yang tajam. Mukanya tidak kelihatan tetapi apa yang menarik perhatiannya ialah gaya rambut wanita tersebut sama seperti rambut palsu yang sedang dipakainya itu.

“Siapalah yang sama gaya rambut dengan aku ni. Ish potong mood betol laa.” Sarah membebel sendiri. “Baru nak jadi lain dari yang lain ada pulak copycat kat sini,” Sarah mencebik.

Seorang jejaka datang ke meja lalu terus menyapa Sarah. “Hai awak, nampak macam tak senang hati je”.

Sarah kaget dengan teguran dari pemuda yang tidak dikenalinya itu.

“Ooh…nothing...Saja tengok perempuan kat hujung sana tu,” balas Sarah tersipu-sipu malu.

“Perempuan? Pokok bunga adelah.” Tergelak pemuda itu apabila Sarah memberikan jawapan yang agak melucukan baginya.

Sarah kelihatan agak marah kerana memang betul dia melihat perempuan itu sebentar tadi.

“Oo ye...By the way my name is Arman.” Dia menghulurkan tangannya tanda perkenalan.

“Sarah.” jawab Sarah pendek.

Beep…Beep…

Sebuah mesej pesanan ringkas diterima Sarah. Ayu yang menghantarnya. Pelik! Kenapa Ayu cuma menulis “Tolong aku”. Pertolongan apa yang diminta oleh Ayu?

Tepat pukul dua belas tengah malam, Sarah meminta diri untuk pulang. Entah kenapa matanya kuyu dan berasa sangat mengantuk malam itu. Selepas memeluk cium Suzana, dia terus memandu Myvi merah kesayangannya itu pulang ke rumah.

...bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang terjadi kepada Ayu? Siapakah wanita berjubah hijau itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience